Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 8, 2011

Kenapa Jalanraya Malaysia Ada Pondok Tol ?

Perempuan ini sedang kutip hutang negara.

Pondok tol wujud dijalanraya akibat pembinaan jalanraya yang dibuat dengan cara berhutang. Kerajaan kita bina jalanraya dengan berhutang pada tukang buat jalan. Tukang buat jalanraya tentulah syarikat-syarikat besar seperti di bawah:-
  • Gamuda Berhad
  • Gerbang Perdana Sdn. Bhd. (GERBANG)
  • Grand Saga Sdn. Bhd.
  • IJM Corporation Berhad
  • KASEH Sdn. Bhd.
  • KESAS Sdn. Bhd.
  • Lingkaran Transkota Holdings Bhd. (LITRAK)
  • Linkedua Berhad
  • Maju Expressway Sdn. Bhd.
  • Metramac Corporation Bhd.
  • MMC Corp Berhad
  • MTD InfraPerdana Bhd.
  • New Pantai Expressway Sdn. Bhd.
  • Nuzen Corporation Sdn. Bhd.
  • Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB)
  • PLUS Expressways Berhad
  • Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd.
  • Propel Berhad
  • Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd. (SILK)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT)
  • SKVE Holdings Sdn. Bhd.
  • Touch 'n Go Sdn. Bhd.
  • Wira Kristal Sdn. Bhd.
Tukang buat jalan akan minta bayaran daripada rakyat. Caranya ialah dengan membina pondok tol.

Apabila sampai sampai satu masa, maka jalanraya ini langsai dibayar oleh rakyat yang membayar caj tol. Kerajaan bukan wira, yang wiranya ialah rakyat yang rajin bayar tol setiap hari. Maka berbanggalah kita semua!

Media Kerajaan
Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bacul. Mereka takut untuk bercakap mengenai hal yang sebenar. Media mereka tidak bersifat mendidik. Sebaliknya, media mereka menjadi alat untuk menyerang pembangkang dan memutarbelitkan fakta serta mendiamkan banyak isu-isu negara.

Fakta Tersirat
Selagimana pondok-pondok tol ini masih boleh dilihat dengan mata kita, maka usahlah kita berbangga bahawa negara kita negara maju. Negara maju sudah bebas tol. Negara maju ialah negara yang bayar tunai. Bukannya negara yang berhutang.

2 comments:

Anonymous said...

Negara maju kat mana tak ada tol... ?
Adakah kesemua rakyat guna jalanraya tol?
Jika tak guna jalan bertol boleh tak guna jalan lain tanpa tol?

Johan said...

Di indon jalaraya bertol bukan untuk motorsikal. Yang bermotorsikal silakan guna jalanraya lain. Nak menikmati jalaraya itu parkir saja ditepi pagar dan lihat. Di Malaysia motorsikal tak kira cc besar atau kecil dibenarkan guna jalanraya bertol dan ianya gratis Percuma!