Video dengan suara latar berbahasa Melayu,  mengupas dakwaan kerosakan  di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang  Penan, monopoli pembalakan  dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam  pentadbiran di Sarawak. Ia turut memetik laporan dari blog  Sarawakreport.com yang mendakwa  Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah  USD80 juta di Kanada dan USD60  juta di London. Selain itu,  peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai  ‘Chief  Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa  ‘menyapu’  semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina  kilang. Turut  disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak  dan  kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak  dengan  memperalat polis dan samseng.
KUALA LUMPUR:  Sebuah video dokumentari bertajuk ‘Bloody Wealth’ atau  ‘Harta  Berdarah’ Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di laman  youtube,  hari ini hampir mencecah 30,000 penonton dalam masa singkat.
Video  yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun  lalu itu  dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.
Antara  yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan   mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling   miskin di Malaysia. 
Klip ‘kekayaan’ Taib Mahmud hangat di internet
bloody wealth/harta berdarah,taib mahmud
0 comments:
Post a Comment