Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, February 2, 2011

Kerajaan Malaysia Lambat Beri Bantuan Bawa Keluar Pelajar Di Mesir

Sumber Kelab GB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas itu,” katanya.

'Tolong selamatkan kami'

RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin, 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan. -kosmo

Negara China misalnya telah bertindak segera membawa keluar 2,000 rakyat mereka dari negara itu bermula malam kelmarin menggunakan dua pesawat khas China Airlines dan Hainan Airlines, sementara Indonesia telah menghantar pesawat Boeing 747-400 Garuda Indonesia ke Mesir untuk mengevakuasi para pelajar mereka.

Amerika Syarikat juga telah mengambil tindakan yang serupa. Sehingga pagi semalam, mereka telah berjaya membawa keluar lebih 2,000 warga Amerika Syarikat dari Lapangan Terbang Kaherah menerusi sembilan penerbangan.

Rakyat Malaysia hanya akan bermula di bawa keluar pada 5 Februari (hari Sabtu) yang pada masa itu ia boleh dianggap terlalu lewat, kemungkinan demo Mesir pun sudah tamat.

Protes Selamatkan Mahasiswa Malaysia di Mesir

Hari: Rabu
Tarikh: 2hb. Februari, 2011
Waktu: 2:00 petang
Tempat: Wisma Putra, Putrajaya.

Anjuran: Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gabungan Ibu Bapa, NGO, Parti Politik dan Mahasiswa Malaysia di Mesir.

Ayuh selamatkan rakan-rakan dan anak kita di Mesir!

0 comments: