Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, March 14, 2013

Politeknik 'tersilap' larang pelajar kempen PRU13

Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi telah menarik balik surat yang dihantar kepada 32 politeknik di seluruh negara yang melarang pelajarnya berkempen dalam pilihan raya umum akan datang.

Seorang pegawai kanan jabatan berkenaan mengakui kesilapan pihaknya kerana tidak menyedari tentang pindaan terhadap seksyen 10(1) subseksyen 2(c), Akta 174 tahun 2012 yang kini membenarkan pelajar berpolitik tetapi melarang berkempen dalam kampus.

"Betul, surat itu diedarkan tetapi menggunakan (peruntukan) akta yang lama. Ia memang silap saya. Saya tidak alert (menyedari) dengan perubahan itu. Surat baru, sudah edar pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Surat tersebut tersebar secara meluas di laman sosial facebook dan mmengundang kritikan warga internet.

Pegawai yang namanya enggan disiarkan menjelaskan bahawa arahan terbaru telah dikeluarkan hari ini, yang membenarkan pelajar berpolitik tetapi tidak boleh terlibat dalam ativiti parti politik dalam kampus.

Dalam surat terbaru itu, semua pengarah politeknik diarahkan supaya memantau aktiviti pelajar mereka di dalam kampus agar tidak berlaku perkara-perkara yang melanggar Akta 174 itu.

Mereka juga diminta supaya memastikan supaya logo atau bendera politeknik dan kementerian tidak digunakan dalam sebarang aktiviti kempen oleh pelajar di luar kampus.

Baca Seterusnya......

Malaysia menggunakan perisian ‘spyware’ terhadap rakyatnya, lapor New York Times

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka menggunakan skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera dan mikrofon komputer, lapor akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times (NYT) hari ini.

Selain Malaysia, pengkaji di Citizen Lab yang berpangkalan di University Toronto turut mendapati negara-negara seperti AS, Singapura dan Indonesia termasuk Britian turut menggunakan perisian pengawasan tersebut yang dikenali sebagai “FinSpy”.

“Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire lapor NYT.

Pengarah Urusan Gamma Group, Martin J. Muench — syarikat penjual FinSpy — dilaporkan berkata Gamma Group telah menjual teknologi berkenaan kepada kerajaan untuk mengawasi penjenayah, dan kebanyakannya digunakan bagi memerhatikan pergerakan “fidofil”, pengganas, jenayah terancang, penculikan, dan pemerdagangan manusia.

Marquis-Boire, bagaimanapun menjelaskan mudah disalahgunakan, dan berkata: “Jika dilihat senarai negara yang membeli Gamma, kebanyakannya tidak mempunyai sistem perundagan yang kukuh.”

Negara lain yang menggunakan khidmat FinSpy termasuklah Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kanada, Republik Czech, Estonia, Habsyah, Jerman, India, Jepun, Latvia, Mexico, Mongolia, Belanda, Qatar, Serbia, Turkmenistan, dan Emiriah Arab Bersatu, termasuk Vietnam.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, berdasarkan laporan 2013, Malaysia masih belum memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambahnya, Putrajaya terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan.

FinSpy digunakan di dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, menurut laporan Marquis-Boire yang dipaparkan di laman web Citizen Lab semalam.

FinSpy juga turut didapati dalam emel yang mensasarkan aktivis Bahrain, pada Julai lalu. Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri.

Pemerhati hak asasi manusia turut menggelar Turkmenistan sebagai negara yang paling teruk menindas di dunia bulan lalu.

“Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab ~ The Malaysian Insider.

Baca Seterusnya......

Tuesday, March 12, 2013

Siapa Juara


Selangor di bawah PR dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, telah menunjukkan prestasi kewangan yang cermerlang. Rezab kewangan kerajaan semasa 2008 adalah hanya RM400 juta. Akan tetapi dalam jangka masa yang pendek sahaja, rezab ini telah bertambah berkali-ganda ke RM2.5 bilion!

Pencapaian ini bukannya disebabkan wang kerajaan tidak dibelanjakan seperti yang selalu dituduh oleh pembangkang Barisan Nasional. Malah, perbelanjaan kerajaan telah meningkat dari RM1.1 bilion pada 2008 ke RM1.6 bilion tahun ini.

Penjimatan ini telah dicapai walaupun kerajaan Selangor bawah PR telah memberikan pelbagai bayaran kebajikan kepada rakyat Selangor yang tidak pernah diperuntukkan oleh BN. Antara perbelanjaan yang besar adalah 20m3 air percuma untuk setiap keluarga yang memakan perbelanjaan sebanyak RM650 juta sejak dasar ini dilaksanakan. Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Cina dan Tamil juga mendapat bantuan kerajaan negeri berpuluh-puluh juta, walaupun ia merupakan tanggungjawab kerajaan pusat BN.

Pencapaian kerajaan Selangor meningkatkan rezab dan meningkatkan perbelanjaan yang mendahulukan kepentingan rakyat hanya tercapai kerana sebuah pentadbiran yang bersih dan beramanah. Ia juga membuktikan kecekapan pemimpin PR dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan kewangan.

Hendakkah rakyat Selangor memberikan rezab yang telah terkumpul ini dipulangkan kepada BN pada pilihanraya yang akan datang? Wang rakyat yang lama dijimatkan ini akan tersia-sia diselewengkan sekali lagi oleh pemimpin BN.

Baca Seterusnya......

KETUA PESURUHJAYA RELA GUNA IC PALSU?

 Oleh : MUTALIB M.D

PASUKAN Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah terus mengalami kemelut setelah ada pihak mendakwa Pengarahnya, Samasudin Lawe dan ramai ahlinya termasuk Peer Mohd Bin Kadeer adalah pemegang mykad projek; malah terkini Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah, Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd Said turut menggunakan kad pengenalan palsu?

Jerry dikesan menggunakan Mykad PALSU bernombor 660509-12-5543 dalam Notis Kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi yang disiarkan media tempatan pada 2009.

Menurut notis berkenaan, Jerry yang beralamat di No 25, Lorong 17, Taman King Fisher, Likas, Kota Kinabalu, Sabah; dijatuhi hukuman Muflis oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada 9 Julai 2009 melalui Petisyen K29-406 Tahun 2008 oleh Electronis Electrical (S) Sabah Sdn.Bhd (169291-H).

Semakan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati Mykad bernombor 660509-12-5543 tidak wujud di dalam sistem JPN. Begitu juga dengan rekod Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Baca di sini

Baca Seterusnya......

Lepas 8 Mac, Hormati prinsip kerajaan caretaker

Oleh Mohamad Faizal

Melepasi 8 Mac 2013 lalu, genaplah lima tahun mandat diberikan oleh rakyat kepada kerajaan terajuan UMNO dan Barisan Nasional, BN di peringkat persekutuan.

Mulai saat itu jugalah hingga kerajaan baru dibentuk melalui PRU13, kerajaan pimpinan YAB DS Najib adalah secara konvensyennya adalah kerajaan 'caretaker'.

Sebagai menghormati konvensyen yang diterimapakai oleh kebanyakan Negara demokrasi dunia hari ini, sebaiknya YAB DS Najib dan kerajaan pimpinannya menghormati prinsip-prinsip­ umum kerajaan caretaker agar moral kerajaan UMNO Barisan Nasional tidak berada pada tahap yang tidak sewajarnya.

Harus diingat, melepasi lima tahun mandate yang diberikan oleh rakyat adalah suatu keluar biasaan amalan di Malaysia.

Prinsip-prinsip sejagat caretaker government tersebut termasuklah memisahkan parti UMNO/BN dari dilihat menguasai jentera kerajaan, dan terus mengekalkan profesyenalisme kakitangan awam dengan mendokong kebebasan tidak memihak di kalangan kakitangan awam.

Salaku kerajaan caretaker pada konvensyen, kerajaan UMNO/BN seharusnya pada masa kini hinggalah selesainya PRU 13 dilangsungkan, tidak lagi boleh memutuskan sebarang projek mega dan memutuskan dasar-dasar baru yang mengikat kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU 13 kelak.

Meskipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan hal berkaitan kerajaan caretaker, sebagai sebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi pilihan raya, konvensyen yang mengiktiraf prinsip-prinsip kerajaan caretaker ini perlulah dihormati.

Baca Seterusnya......

Ragu bendera PKR, jurutera lapor polis


Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera PKR yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Saya minta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan (PKR) ini," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR di sebalik penciptaan logo dan warna di dalam bendera parti terbabit sejak empat tahun lalu, namun gagal.

Mohamad Ridhwan Batumalai yang mempunyai pengalaman dalam bidang minyak, gas dan pentadbiran korporat berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat sekiranya Anwar enggan menjelaskan perkara berkenaan.

"Sekiranya Anwar tidak dapat memberi penjelasan, rakyat tidak seharusnya mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya mengenai keputusannya membuat laporan polis demi kepentingan negara dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang mualaf, saya tidak boleh melihat umat Nabi Muhammad SAW berpecah belah kerana Nabi Muhammad tidak suka umatnya berpecah belah," katanya.

- Bernama

Baca Seterusnya......

MB Selangor jawab Tun M


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak mengikuti perkembangan semasa di Selangor apabila mengeluarkan kenyataan negeri itu patut diselamatkan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk menjamin hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, sepanjang PR menerajui Selangor, penggunaan masjid di negeri itu kerap kali diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan.

“Dr Mahathir akan terperanjat kalau beliau diberitahu qiamullail dihadiri beribu orang dalam satu masjid.

“Ini tak berlaku langsung dalam zaman (pemerintahan) Dr Mahathir. Penggunaan rumah ibadat Islam (masjid dan surau) sangat diterima rakyat (ketika PR memerintah),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Teresa Kok dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

Kelmarin, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kelemahan dua parti yang dipimpin orang Melayu dalam PR dengan mudah mengikut kata rakan parti menyebabkan orang lain tidak lagi menghormati hak Melayu dan Islam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mempersoalkan keupayaan Dr Mahathir meningkatkan ekonomi orang Melayu ketika melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia dilihat tidak mencapai matlamat.

“Masa dulu beliau buat pun tidak berjaya juga. Ketika beliau melaksanakan DEB, tetapi yang dapat (manfaatnya) bukan orang Melayu.

“Kalau kita tengok penswastaan yang dibuat, berapa peratus yang akhirnya sampai ke tangan (golongan) Bumiputera?,” katanya.

Beliau berharap supaya Dr Mahathir berhenti daripada membuat kenyataan seperti itu.

Dalam satu majlis lain, Abdul Khalid berkata, pembubaran Dun Selangor bakal dilaksanakan dalam bulan Mac ini bagaimanapun, tarikh belum diumumkan.

Menurut beliau, pembubaran Dun akan dilakukan pada bulan ini setelah semua keputusan telah dicapai namun tarikh belum diumumkan.

“Kerajaan negeri telah buat keputusan bubar Dun dalam bulan ini, insya-Allah kalau tidak apa-apa halangan ia akan diadakan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Baca Seterusnya......