Oleh Mohamad Faizal
Melepasi 8 Mac 2013 lalu, genaplah lima tahun mandat diberikan oleh rakyat kepada kerajaan terajuan UMNO dan Barisan Nasional, BN di peringkat persekutuan.
Mulai saat itu jugalah hingga kerajaan baru dibentuk melalui PRU13, kerajaan pimpinan YAB DS Najib adalah secara konvensyennya adalah kerajaan 'caretaker'.
Sebagai menghormati konvensyen yang diterimapakai oleh kebanyakan Negara demokrasi dunia hari ini, sebaiknya YAB DS Najib dan kerajaan pimpinannya menghormati prinsip-prinsip umum kerajaan caretaker agar moral kerajaan UMNO Barisan Nasional tidak berada pada tahap yang tidak sewajarnya.
Harus diingat, melepasi lima tahun mandate yang diberikan oleh rakyat adalah suatu keluar biasaan amalan di Malaysia.
Prinsip-prinsip sejagat caretaker government tersebut termasuklah memisahkan parti UMNO/BN dari dilihat menguasai jentera kerajaan, dan terus mengekalkan profesyenalisme kakitangan awam dengan mendokong kebebasan tidak memihak di kalangan kakitangan awam.
Salaku kerajaan caretaker pada konvensyen, kerajaan UMNO/BN seharusnya pada masa kini hinggalah selesainya PRU 13 dilangsungkan, tidak lagi boleh memutuskan sebarang projek mega dan memutuskan dasar-dasar baru yang mengikat kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU 13 kelak.
Meskipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan hal berkaitan kerajaan caretaker, sebagai sebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi pilihan raya, konvensyen yang mengiktiraf prinsip-prinsip kerajaan caretaker ini perlulah dihormati.
Tuesday, March 12, 2013
Lepas 8 Mac, Hormati prinsip kerajaan caretaker
Posted by Suhaimi at 11:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment