Oleh Aspan Alias
Sekarang
ini UMNO dan BN sibuk mengkritik manifesto Pakatan Rakyat pula.
Penghujung tahun lepas UMNO terutamanya Najib sibuk dengan komennya
tentang bajet Pakatan Rakyat teapi takut untuk berhadapan dengan wakil
dari Pakatan Rakyat untuk membahaskan bajet BN itu sendiri. Najib tidak
hadir di Dewan Rakyat untuk mengelakkan perbahasan dan mempertahankan
bajet BN yang beliau sendiri bentangkan.
Apabila
diajak berbahas Najib menjawab yang berbahas bukannya budaya kita.
Najib patut di beritahu yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa bukannya
budaya kita juga. Budaya kita di tempelkan dengan adat dan adab dan
letaknya dalam lingkungan hukum syarak agama yang tidak membenarkan
pemimpin melakukan rasuah.
Sekarang
sudah diperbesarkan oleh BN khususnya UMNO yang manifesto Pakatan
Rakyat itu tidak realistik dan mustahil untuk dilaksanakan. Kebanyakkan
yang di paparkan dalam manifesto Pakatan itu menjadi masalah kepada
BN. UMNO menggunakan media massa arus perdana mencela dan mencacatkan
paparan manifesto Pakatan Rakyat. Dalam hal ini rakyat masih lagi
menunggu giliran Pakatan Rakyat untuk menggunakan media massa perdana
pula untuk memberikan penerangan tentang manifesto nya kepada rakyat..
Pimpinan
UMNO dan BN selalu menyamakan kemampuan orang lain dengan kemampuan
terhad mereka dalam UMNO itu. Bagi mereka jika UMNO tidak dapat
melakukannya maka orang lain tidak mungkin mampu melakukannya.
Kemampuan UMNO dan Pakatan tidak mungkin sama. Jika UMNO tidak mampu
membendung rasuah di kalangan pimpinan mereka tidak semestinya pimpinan
Pakatan Rakyat tidak mampu membendung kegiatan yang hina itu di
kalangan pimpinan mereka.
Masalahnya
rakyat belum dapat membuktikan yang Pakatan Rakyat mampu melakukan
pembaik-pulihan semua nilai buruk seperti yang di persepsikan terhadap
pemimpin-pemimpin UMNO. Ia akan di buktikan setelah Pakatan Rakyat di
berikan peluang untuk memerintah. Biar rakyat yang menentukan dan
membuat penilaiannya, bukannya pemimpin UMNO. Jika di dengar kata-kata
dan pandangan pemimpin UMNO tentulah ia tidak akan memberikan komen
yang baik kerana kebaikan bagi Pakatan Rakyat itu adalah mudharat bagi
UMNO dan BN..
Hakikatnya
UMNO telah gagal menepati janji-janji mereka selama ini. Jika UMNO
telah menepati janji-janjinya untuk meningkatkan pendapatan rakyat
seperti yang dijanjikan sejak merdeka dahulu, mana mungkin orang ramai
rata-rata miskin dan terpaksa UMNO mengambil kesempatan ke atas
kemiskinan rakyat dengan memberikan BRIM yang di heboh-hebohkan siang
dan malam itu? Lebih dari 50 peratus rakyat yang kebanyakkan nya orang
Melayu tergulung dalam kategori berpendapatan kurang dari RM1500
sebulan?
Kalaulah
UMNO itu telah melaksanakan semua janji-janjinya selama ini sekarang
ini rakyat tidak perlu lagi di berikan BRIM dan RIM-RIM yang lain.
tetapi kemiskinan rakyat ini sekarang diambil kesempatan oleh UMNO
untuk mendapatkan sokongan lagi sekali dalam PRU yang akan datang ini
dengan memberikan BRIM yang di bahagi-bahagikan oleh wakil rakyat UMNO
dan BN. Peluang untuk UMNO menepati janji-janji mereka telah di berikan
sejak merdeka lagi tetapi sekarang UMNO masih lagi bergantung dengan
sokongan orang-orang miskin untuk sokongan dalam PRU ini.
Sebab
itu lah saya tidak berhenti-henti memberikan gambaran yang UMNO tidak
akan membiarkan rakyat mendapat pendapatan yang tinggi. Jika rakyat
sudah berpendapatan tinggi UMNO tidak akan ada lagi cara untuk memujuk
orang ramai untuk menerima BRIM dan memberikan sokongan kepada UMNO
lagi. UMNO selama ini menggantungkan ‘survival’ politiknya di atas
kesusahan rakyat yang tidak terdedah kepada nmaklumat yang tepat dan
betul bagi menilai tahap kemampuan UMNO mentadbir dan pencapaian
prestasi mereka dalam menyelenggara negara dan rakyat.
Dalam
keghairahan mereka untuk menawan Selangor UMNO telah melakukan
segala-galanya untuk mencapai matlamat jahat mereka. Di gunakannya
semua janda-janda dan ibu tunggal untuk berdemonstrasi di depan kamera
TV3 setiap malam dan siang. Apabila sudah tiada lagi cara untuk
mendapatkan sokongan maka kali ini UMNO menggunakan janda-janda dan ibu
tunggal pula untuk membuat fitnah yang tidak terperi jahatnya itu.
Sepatutnya
UMNO Selangor membariskan pimpinan yang boleh diletakkan harapan serta
masa depan rakyat tetapi parti itu masih lagi menggunakan pemimpin
yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya yang lalu.
Bukannya kecil masalah yang UMNO Selangor hadapi sekarang, Mereka
berpecah di antara satu dengan lain untuk merebut kesempatan bertanding
dalam pilihanraya kali ini.
Entah
siapa yang akan di tonjolkan untuk menjadi Menteri Besar jika UMNO
berjaya merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat tidak dapat di
bayangkan sampai kehari ini. Selangor seperti juga banyak negeri-negeri
yang lain sudah ketandusan kepimpinan. UMNO terpaksa juga menggunakan
‘warlords-warlords’ yang berpengaruh untuk melakukan satu-satu tindakan
dan keputusan dan tidak berdasarkan kepada kehendak ramai. Jika mereka
mahu pun untuk memilih calon kemahuan rakyat, parti itu sudah tidak
ada lagi pemimpin seperti itu sekarang.
Satu
lagi kesusahan yang akan dihadapi UMNO dalam pilihanraya yang akan
datang ini ialah apabila sampai waktu penyerahan watikah untuk menjadi
calon nanti. Semua di antara mereka dalam UMNO itu mengaku diri sendiri
sebagai ‘winnable candidates’. UMNO akan berperang sesama sendiri
apabila sampai hari penentuan calon itu.
Ada
di antara yang saya kenali telah datang berbincang dengan saya sendiri
dan saya tahu puak yang tidak dapat menjadi calon akan memberikan
sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat. “Alang-alang berebut, biar
semua tidak merasa” kata seorang pemimpin UMNO bahagian di Selangor
yang bercita-cita menjadi calon PRU ini semasa minum petang dengan
mereka semalam.
“Dia
orang ni bang, hanya hendakkan duit dari UMNO sahaja. Mereka anggap
UMNO ini sebagai tempat bisnes sahaja, bukannya nak melihat sangat
UMNO tu menang. Mereka lebih suka UMNO kalah sebab duit akan datang
mencurah-curah untuk merampas Selangor dalam pilihanraya yang akan
datang ini.” sambung beliau lagi. “Nak tengok bilik gerakan tutup kali
ini, pilihlah orang lain. Saya dah lama membuat kerja” beliau terus
bersungut.
Oleh
yang demikian eloklah UMNO tumpukan perhatian kepada masalah dalaman
mereka yang tidak terlerai di setiap peringkat itu, dari menumpukan
kepada manifesto Pakatan Rakyat.
0 comments:
Post a Comment