“Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”
Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..
Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka. Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’. Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.
Biasanya dalam mengawal kelemahan kita, kita biasanya:
1) Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia. Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain
2) Kita tidak sukakan konflik atau sekurang – sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran
3) Mudah terpancing dengan permainan emosi. Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani. Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?” – air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang
4) Mudah terpengaruh dengan pujian. Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya. Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur. – Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.
5) Takut untuk merasa berbeza. Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza. Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan. Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar. Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip – prinsip kita sendiri.
Bagaimana untuk mengawal kelemahan kita?
Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita? Siapakah dia? Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru. Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.
Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang – kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain. Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada. Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri
Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain. Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati..
Ingat kata pepatah, buat baik berpada – pada, buat jahat jangan sekali
# Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana awak mengatasinya? Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah..
Saturday, March 9, 2013
Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain
Posted by Suhaimi at 10:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment