Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, March 19, 2013

Bekas Ketua SPRM Kalah Dalam Kes Saman Malu MB Selangor


Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Keputusan penuh serta permohonan maaf akan dibuat hari ini pada jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama hari ini.

Abdul Khalid yang ditemui selepas perbicaraan secara tertutup di dalam kamar Hakim Datuk Lau Bee Lan bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahguna kuasa tidak berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan juga Menteri Besar Selangor.

“Saya sekeluarga terutama isteri (Datin Seri) Salbiah Tunut dan anak-anak sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahgunakan kuasa walaupun di dalam soal hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban Aidiladha,” katanya yang turut ditemani Isteri, Datin Seri Salbiah Tunut.

Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin, Nadia Hanim Azlina mewakili mantan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam S Sankaranair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.

Abdul Khalid didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak.

Menteri Besar juga menyeru pegawai kerajaan, SPRM dan polis perlu bertugas secara profesional dan tidak membenarkan diri mereka terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Ujarnya lagi, sebagai Menteri Besar, beliau sangat mementingkan integriti pengurusan dan gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

0 comments: