Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, March 12, 2013

Siapa Juara


Selangor di bawah PR dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, telah menunjukkan prestasi kewangan yang cermerlang. Rezab kewangan kerajaan semasa 2008 adalah hanya RM400 juta. Akan tetapi dalam jangka masa yang pendek sahaja, rezab ini telah bertambah berkali-ganda ke RM2.5 bilion!

Pencapaian ini bukannya disebabkan wang kerajaan tidak dibelanjakan seperti yang selalu dituduh oleh pembangkang Barisan Nasional. Malah, perbelanjaan kerajaan telah meningkat dari RM1.1 bilion pada 2008 ke RM1.6 bilion tahun ini.

Penjimatan ini telah dicapai walaupun kerajaan Selangor bawah PR telah memberikan pelbagai bayaran kebajikan kepada rakyat Selangor yang tidak pernah diperuntukkan oleh BN. Antara perbelanjaan yang besar adalah 20m3 air percuma untuk setiap keluarga yang memakan perbelanjaan sebanyak RM650 juta sejak dasar ini dilaksanakan. Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Cina dan Tamil juga mendapat bantuan kerajaan negeri berpuluh-puluh juta, walaupun ia merupakan tanggungjawab kerajaan pusat BN.

Pencapaian kerajaan Selangor meningkatkan rezab dan meningkatkan perbelanjaan yang mendahulukan kepentingan rakyat hanya tercapai kerana sebuah pentadbiran yang bersih dan beramanah. Ia juga membuktikan kecekapan pemimpin PR dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan kewangan.

Hendakkah rakyat Selangor memberikan rezab yang telah terkumpul ini dipulangkan kepada BN pada pilihanraya yang akan datang? Wang rakyat yang lama dijimatkan ini akan tersia-sia diselewengkan sekali lagi oleh pemimpin BN.

0 comments: