Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, May 17, 2010

China buktikan kekebalan pertahan Piala Thomas

dan HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my

CHINA berjaya pertahankan gelaran Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2004.


SELEPAS terlepas trofi Piala Uber di tangan Korea Selatan kelmarin, skuad badminton lelaki China menebus kehampaan itu apabila ditabalkan selaku juara Piala Thomas 2010.

Kemenangan 3-0 ke atas Indo- nesia pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam membolehkan China muncul juara Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2004.



Sebaliknya, Indonesia yang turun selaku pilihan kedua kejoha- nan terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk merobohkan Tembok Besar China yang kukuh dalam saingan Piala Thomas.

Ketua jurulatih China, Li Yong- bo menganggap kejayaan tersebut telah membuktikan China masih merupakan kuasa besar dalam sukan badminton dunia.

"Biarpun kami terlepas gelaran Piala Uber hari ini (semalam) tetapi kami berjaya menjulang Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut.

"Pujian seharusnya diberikan kepada semua pemain, baik lelaki mahupun wanita kerana mereka telah berusaha dengan gigih untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

"Ternyata segala persiapan yang dilakukan bagi menghadapi Piala Thomas dan Uber kali ini telah membuahkan hasil walaupun pasukan wanita gagal mempertahankan kejuaraan mereka," jelas Yongbo.

Sementara itu, pengurus pasukan Indonesia, Rusdianto Yacob berkata, beliau menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka kerana menganggap semua pemain telah memberikan aksi terbaik.

"Ini merupakan adat dalam setiap pertandingan kerana pasti ada yang akan menang dan tewas.

"Tidak dinafikan China meru- pakan sebuah pasukan yang hebat, namun kemenangan itu tidak peroleh dengan mudah kerana pemain-pemain Indonesia tetap memberikan tentangan yang sengit.

"Kekalahan ini pastinya akan menjadi pengajaran buat kami dan selepas ini kami akan memperbaiki segala kelemahan yang jelas kelihatan dalam saingan Piala Thomas kali ini bagi tampil lebih bersedia pada kejohanan- kejohanan akan datang," katanya.

Terdahulu, bintang sensasi China, Lin Dan menyumbang mata pertama buat pasukannya setelah mencatatkan kemenangan ke atas Taufik Hidayat 21-7, 21-14 dalam acara perseorangan pertama.

Rentak kecemerlangan tersebut diteruskan oleh gandingan beregu, Cai Yun/Fu Haifeng apabila menewaskan pasangan Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12 bagi meraih mata kedua China.

Pemain perseorangan kedua, Chen Jin mengesahkan kejuaraan milik China apabila menyumbang mata ketiga selepas menundukkan Simon Santoso 19-21, 21-17, 21-7.



Sumber : Metro

0 comments: