Keduanya, siapa Saiful yang melayakkan dirinya untuk menghubungi telefon Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Bahkan, apa hebatnya Saiful hingga Khairil Anas membawa beliau ke rumah Najib Razak?. Semua ini menambahkan misteri kes liwat II itu sebenarnya. Ketiganya, selepas Saiful berjumpa Najib pada 24 Jun mengatakan Anwar meliwatnya maka kenapa dia masih berjumpa Anwar untuk "menadah bontotnya" bagi membuktikan dia diliwat pada 27 Jun 2008?. Ikuti rentetan kes hari ini.
Perbicaraan Kes Liwat Di Tangguhkan Esok Pagi
Esok, pihak pembelaan dan pendakwaan akan berhujah berhubung permohonan peguambela, Karpal Singh untuk menangguhkan perbicaraan tersebut sehingga selesai rayuan terhadap keputusan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pagi tadi. Hakim itu menolak permohonan pihak pembelaan unutk mendapatkan kenyataan bersumpah saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan
Saiful Mengaku Bertemu Ezam Pada 27 Jun 2008
Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor (foto) pada 27 Jun 2008 untuk mengadu tentang penganiayaan yang berlaku kepadanya.
Saiful Hubungi Musa Hassan Pada 25 Jun 2008
Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (foto) ada menghubungi beliau, Saiful juga menjawab bahawa beliau yang menghubungi Musa ketika itu. Beliau ingin mengadu masalahnya kepada Musa kerana dia memang ada banyak masalah. Beliau bagaimana pun menafikan berjumpa Musa dan hanya berhubung menerusi telefon pada pagi 25 Jun 2008. Beliau juga memberitahu bahawa dia hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh Musa Hassan kerana mungkin dia hanya main-main. Musa kemudian meletakkan telefon dan menyuruh Saiful menghubunginya kemudian.
Saiful Mengaku Jumpa Najib Pada 24 Jun 2008
Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mengaku ada membuat pertemuan dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak (foto) pada 24 Jun 2008. Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh Anwar. Dia juga mendakwa dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas. Katanya Najib terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar). Dia menafikan Najib ada menawarkan sebarang nasihat kepadanya. Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.
Sumber : pahang online
0 comments:
Post a Comment