Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 13, 2010

Fikrah: Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun

DALAM hidup ini, manusia tidak boleh berputus asa dan perlu berusaha bagi menghadapi setiap rintangan dalam kehidupan. Islam mengajar umatnya supaya melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan.


Dalam menghadapi kesusahan atau kesulitan, seseorang itu perlu melakukan apa saja bagi melepaskan diri daripada masalah itu, sambil bertawakal dan memohon keredaan-Nya. Insya-Allah dengan berkat kesungguhan dan tawakal selepas berusaha keras, Allah akan mengabulkan doa umatnya itu.

Kisah Nabi Yunus keluar dari perut ikan Nun, yang berlaku pada Muharam boleh dijadikan iktibar dalam menghadapi sebarang kesulitan dan kesusahan.

Banyak pengajaran di sebalik peristiwa ini terutama gesaan supaya seseorang tidak sesekali mudah kecewa apabila melakukan sesuatu perkara.Peristiwa itu juga mengajar umat hari ini bahawa dengan bertaubat bersungguh-sungguh, nescaya dosa itu akan diampunkan oleh Allah.

Nabi Yunus atau nama sebenarnya Yunus bin Matta dilantik sebagai rasul ke-21 ketika berusia 30 tahun. Baginda diutuskan memimpin kaumnya menyembah Allah dan meninggalkan penyembahan berhala.Bagaimanapun, selepas 33 tahun berdakwah, namun hanya dua orang yang mengikut dan beriman iaitu Rubil dan Tanukh.Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaum yang enggan beriman dan menolak ajarannya, baginda memohon berdoa kepada Allah.

Kemudian baginda diberikan wahyu supaya meneruskan seruan itu selama 40 hari lagi. Jika kaumnya masih ingkar, mereka dijanjikan Allah dengan azab yang pedih.Namun selepas hari ke-37 pun, umat Nabi Yunus masih enggan mendengar nasihatnya. Akhirnya, apabila genap 40 hari, awan hitam kelihatan di kaki langit.Melihat perubahan cuaca yang membimbangkan itu, Yunus segera keluar dari negerinya.

Umatnya yang menyedari azab Allah semakin hampir menimpa mereka, terus keluar rumah dan menuju ke suatu tempat untuk bertaubat.Mereka mencari Yunus untuk mengadu perkara itu, tetapi sia-sia kerana baginda sudah berpindah ke tempat lain.

Allah yang Maha Pengampun menerima taubat mereka, lalu dihilangkan awan hitam itu. Selepas itu mereka menjalani kehidupan seperti biasa, namun masih berusaha mencari Yunus, tetapi tidak dijumpai.Cerita ini dirakamkan dalam al-Quran seperti mana firman-Nya yang bermaksud:

Tatkala mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu.†(Surah Yunus, ayat 98).

Nabi Yunus yang menghilangkan diri daripada kaumnya berlayar dengan sebuah kapal, tetapi dalam pelayaran itu berlaku taufan hingga menyebabkan kapal hampir karam.
Memandangkan keadaan kapal tidak stabil, nakhoda bertanya:

Siapakah antara kamu yang menaiki kapal ini orang pelarian? Jika ada lebih baik mengaku saja dan terjun ke laut demi menyelamatkan penumpang yang ramai ini.â€

Apabila mendengar suruhan nakhoda itu, Nabi Yunus segera terjun ke laut dan terus dilambung ombak. Ketika itu juga datang ikan Nun, lalu menelan baginda.

Bagaimanapun, dengan pertolongan Allah, baginda tidak mati dalam perut ikan berkenaan. Ketika berada dalam perut ikan, baginda tidak henti-henti memohon keampunan dan berdoa kepada Allah supaya diselamatkan.

Akhirnya, doa baginda dimakbulkan. Ikan itu berenang ke tepi pantai dan mengeluarkan baginda dalam keadaan selamat. Baginda berada dalam ikan itu selama 40 hari 40 malam.

Selepas peristiwa itu, baginda menuju ke negerinya. Dalam perjalanan, baginda berselisih dengan seorang pengembala, lalu bertanya: “Bagaimanakah keadaan orang yang tinggal di kampung ini?

Pengembala itu menjawab: “Keadaan orang di sini baik, hidup aman dan tenteram kerana sudah bertaubat kepada Allah, selepas melihat azab yang didatangkan Allah. Mereka menunggu nabinya yang telah lama meninggalkan mereka.

Mendengar jawapan pengembala itu, Nabi Yunus berkata: Akulah nabi dan rasul mereka, Yunus.

0 comments: