Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, December 27, 2009

Awal Ashaari, Scha Alyahya, Juliana Evans, Qi Qushairi Antara Artis yang Kantoi di Rooftop Lot 10 Jalan Bukit Bintang



Setiap kali Krismas ada saja berita Hot yang menghiasi dada akhbar dan media massa. Malam semalam kami sudah menjangka esok mesti ada cerita hot bakal meletop.

Jangkaan kami mengena apabila Awal Ashaari, Scha Alyahya, Juliana Evans dan Qi Qushairi (Blogger Boy) adalah antara Artis yang kantoi di Rooftop Lot 10, sebuah pusat hiburan terkenal di Jalan Bukit Bintang.


Mereka ini antara 21 orang yang ditahan semasa serbuan keatas pusat hiburan tersebut. Pihak berkuasa tempatan menjalankan serbuan pada 3.15 pagi kerana premis tersebut tiada lesen yang sepatutnya untuk beroperasi lewat.

Pengurus Awal, Azlina Merican turut terkejut setelah dihubungi oleh wartawan cuba menafikan pembabitan Awal. Bagaimanapun ada beberapa individu yang dapat mengesahkan Awal memang ditahan untuk ujian air kencing tetapi dibebaskan setelah negatif.

Nasib tidak menyebelahi Qi(Budi dalam Blogger Boy) apabila didapati positif dadah dan mungkin akan dikenakan tindakan lanjut.

Ada juga yang mengatakan pelakon yang berumur dalam lingkungan 40an yang turut sama diserbu ialah Redzuan Hashim.

Malam ini kita sepatutnya melihat Awal, Scha dan Fahrin didalam Final Sehati Berdansa Musim ke-3, tetapi dengan kemelut yang melanda dua orang pengacara SB3 tidak diketahui apakah status mereka ketika ini. Penerbit Sehati Berdansa 3 memaklumkan semua persediakan berjalan lancar dan tiada sebarang perubahan dalam siaran langsung SB3 malam nanti.


Sumber : Blog Selebriti.tv

0 comments: