Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, June 25, 2013

Apabila "kereta tin milo" dipertahankan...


Kemalangan melibatkan Perodua Viva di Lebuhraya Persekutuan FT2 yang mengorbankan tiga pelajar universiti, yang mana kerangka Perodua Viva ini seakan terkoyak seperti kertas (kredit gambar: Oh! Media)


Kemalangan di MRR2 FT28 dekat Bukit Antarabangsa, yang mana bumbung kereta terbelah dan kepala mangsa putus (Kredit gambar: Oh! Media)

Salam sejahtera,

Dalam entri sebelumnya mengenai Proton Saga FLX SV, saya ada menyebut mengenai reputasi salah satu pesaingnya iaitu Perodua Viva yang semakin tercalar berikutan beberapa kes kemalangan maut melibatkan kereta tersebut, berikutan struktur kerangkanya yang begitu lemah. Ia terbukti semasa kemalangan maut di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) FT28 dekat Bukit Antarabangsa serta yang terbaru di Lebuhraya Persekutuan FT2 dekat Shah Alam; kedua-duanya melibatkan Perodua Viva yang mana kerangka kedua-dua kereta tersebut terkoyak seperti kertas, menyebabkan hampir kesemua pemandu dan penumpang (kesemua bagi kes MRR2 FT28) terbunuh.

Berikutan kes-kes kemalangan maut melibatkan Perodua Viva, saya berasa amat kesal kerana tahap keselamatan kereta tersebut yang sebegitu teruk sehinggakan kerangka boleh terkoyak semasa kemalangan, sungguhpun harganya lebih kurang sama atau lebih mahal daripada Proton Saga FLX yang mendapat 3 bintang dalam Asean NCAP.

Mungkin ada di antara anda (terutamanya pemilik kereta Perodua Viva) akan berasa marah apabila membaca entri ini, tetapi niat saya di sini bukanlah untuk menjadi jurujual Proton ataupun menghina kereta buatan tempatan. Saya menulis entri ini kerana saya berasa amat kesal apabila sebuah pengeluar kereta yang sepatutnya mengeluarkan kereta mampu milik yang jimat minyak dan selamat untuk rakyat sebaliknya mengeluarkan "kereta tin Milo" yang tidak selamat tetapi lebih mahal daripada "kereta rakyat" sebenar yang masih dicemuh oleh sebilangan orang kita meskipun ia lebih selamat dan lebih murah.

Saya percaya, ramai pemilik Perodua Viva yang akan marah-marah dan mengatakan bahawa kesemua kereta lain hatta Mercedes-Benz dan BMW pun kereta tin Milo juga. Kepada golongan tersebut, cuba bertenang dan baca dahulu entri ini lebih lanjut untuk penerangan mengenai zon remukan (crumple zone), yang menjadi asas binaan kerangka kereta-kereta sekarang.

Pada zaman dahulu, persepsi masyarakat mengenai kereta ialah kereta yang lebih keras dan lebih kebal itulah yang dikatakan sebagai "selamat". Namun, tanggapan tersebut disanggah oleh Béla Barényi, seorang jurutera Mercedes-Benz yang digelar "Bapa Keselamatan Pasif" dalam bidang automotif, yang sebaliknya mengatakan bahawa kereta yang keras dan kebal itulah yang sebenarnya lebih berupaya membunuh pemandu serta penumpang terutamanya pada kelajuan tinggi, yang boleh ditunjukkan melalui persamaan E = ½ mv². Misalnya, kereta seberat 2,000 kg yang berlanggar pada kelajuan 60 km/j menghasilkan impak pelanggaran yang sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 14.2 m, tetapi apabila kereta yang sama berlanggar pada kelajuan 90 km/j, impak pelanggaran adalah sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 32 m, meningkat secara drastik sehingga 125%.

Maka, beliau berpendapat bahawa untuk melindungi pemandu dan penumpang, impak pelanggaran mestilah diserap oleh badan kenderaan melalui bahagian yang mudah remuk secara terkawal. Maka, beliau berpendapat bahawa sebuah kereta yang selamat terdiri daripada ruang kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama mempunyai ruang but dan bonet yang mudah remuk secara terkawal. Sebab itulah jika diikutkan kereta-kereta sekarang kesemuanya "kereta tin Milo" - bezanya cuma bezanya cumalah kereta mana yang "lebih rasa tin Milo"!

Namun, cabaran yang dialami oleh mana-mana pengeluar kereta ialah menghasilkan kereta yang mempunyai ruang kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama pula mempunyai ruang bonet dan but yang cukup lembut, dengan menggunakan besi keluli yang sama jenis, untuk menangani impak pelanggaran pada kelajuan tinggi tanpa mencederakan atau membunuh pemandu dan penumpang. Maka, dua kriteria diperlukan untuk membolehkan keadaan tersebut dicapai - pemilihan jenis keluli serta rawatan haba yang dikenakan untuk memperkuatkan komponen-komponen tertentu pada kerangka.

Apa yang saya kesalkan tentang Perodua ialah ketiadaan inisiatif untuk meningkatkan tahap keselamatan kereta-kereta buatannya. Setakat tahun ini (2013), kereta Perodua yang paling selamat hanyalah Perodua Myvi yang memperoleh 3 bintang dalam Asean NCAP (sebenarnya Perodua Kembara lebih keras dan lebih selamat, tetapi model tersebut merupakan model SUV yang sudah lama dihentikan pengeluarannya). Anda tentunya masih ingat akan rancangan Top Gear di mana salah seorang daripada pengacaranya, Jeremy Clarkson, telah membeli sebuah Perodua Kelisa dan memusnahkannya pada hari yang sama - mengetuk bumbung dan bonet hadapan dengan tukul besi, menekan bumbung tersebut dengan tangan, dan seterusnya menggantung kereta tersebut menggunakan kren serta mengikat beban 1 tan pada kerangka hadapan Kelisa, menyebabkan bampar serta segala isi bonet kereta tersebut terburai, dan akhir sekali meletupkan Kelisa tersebut menggunakan dinamit. Babak tersebut kemudian dikecam oleh Parlimen Malaysia dengan dakwaan bahawa tiada satu pun komplen diterima daripada mana-mana pengguna Kelisa di United Kingdom.

Namun, dari sudut kejuruteraan pula, jika kereta tersebut tidak mampu untuk menampung satu tan beban yang dikenakan pada mana-mana bahagian kerangka, maka sudah tentulah kereta tersebut terlalu berbahaya kerana jika berlaku kemalangan pada kelajuan tinggi, ada kemungkinan kerangka akan terkoyak kerana tidak mampu menampung daya yang terhasil akibat pelanggaran. Apa tidaknya, jika sebuah Perodua Kelisa dipenuhi 5 orang dewasa dengan berat purata 65 kg, membawa muatan di dalam but seberat 30 kg dan diisi setangki penuh minyak, maka berat beban tambahan yang perlu dipikul oleh sebuah kereta yang beratnya tidak sampai 700 kg itu sudah melebihi 400 kg. Jadi, Perodua sepatutnya mengambil iktibar dengan berusaha menambahkan kekuatan kerangka kereta-kereta buatan mereka - kalau tak boleh guna jenis keluli yang lebih berat, gunakanlah rawatan haba!

Jika kerangka kereta itu sendiri sudah tidak kuat, maka 8 biji beg udara pun tidak berupaya melindungi pemandu dan penumpang daripada impak pelanggaran yang kuat. Untuk pengetahuan anda, komponen terpenting bagi melindungi pemandu dan penumpang semasa kemalangan ialah kerangka kereta itu sendiri, kerana ia membentuk perlindungan keselamatan aktif. Tali pinggang keledar, alas kepala, lajur stereng mudah pecah serta beg udara pula membentuk perlindungan keselamatan pasif. Maka, jika sesebuah kereta itu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan tetapi dalam masa yang sama pula badan kereta terlalu lemah dan mudah remuk seperti tin Milo, maka sia-sialah perlindungan pasif yang diberikan.

Kesimpulannya, semua pemain industri automotif di Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya dalam menghasilkan kereta yang selamat tetapi mampu milik kepada rakyat Malaysia. Memang benar, kita ada ramai pemandu ***** yang suka melanggar peraturan jalan raya, tetapi dalam masa yang sama kita memerlukan kenderaan yang cukup kuat untuk melindungi kita dan orang yang tersayang. Maka, kita berhak untuk memiliki kenderaan yang mampu memberi perlindungan secukupnya daripada "kejahatan" pemandu-pemandu ***** tersebut kerana melindungi diri dan orang tersayang juga sebenarnya satu bentuk jihad. Akhir kata, kereta buatan tempatan yang cukup kuat dan selamat juga secara tidak langsung berupaya menghentikan segala bentuk kecaman terhadap kereta buatan tempatan oleh orang-orang kita sendiri.

kredit : Blog Jalan Raya Malaysia..

Baca Seterusnya......

Monday, June 17, 2013

Kerana Miskin, Budak Ini Minum Susu Anjing

cf63a5ebd8cf83667ef6_Chotu-Kumar-dog-milk6
Chotu Kumar begitu selesa dengan sekawanan anjing, dapat dilihat ia memegang kaki belakang anjing tersebut sehingga dia boleh minum.

Dan luar biasa anjing liar itu mengizinkan.Chotu mengatakan: “Keluarga kami sangat miskin, kadang-kadang aku merasa lapar.

“Anjing itu tidak menggigit saya. Saya suka dia dan dia suka saya, dia melayan saya seperti salah satu dari anak-anaknya. Saya suka bermain dengan anjing, mereka teman saya.”

Chotu tinggal bersama ibunya Shanichari Devi, 37 tahun, neneknya Amiya Devi, 60 tahun, dan kedua saudaranya Bola, 14 tahun, dan tiga tahun Mahesh di sebuah rumah lumpur di Jharkhand, India Timur.

susu-anjing

Setelah kematian ayahnya empat tahun lalu, keluarga hidup di bawah garis kemiskinan. Kakaknya terpaksa pergi bekerja untuk mendapatkan wang untuk keluarga tetapi ia hanya membawa pulang bawah £ 20 per bulan bekerja di sebuah hotel berdekatan.

Ibu Chotu dan neneknya pergi ke hutan dan mengumpulkan kayu bakar dan cuba yang terbaik untuk mencari makanan di hutan.

Tapi rata-rata makanan mereka sehari-hari terdiri dari sayur-sayuran dan roti.
8f15d4e4302d75f2c1a1_Chotu-Kumar-dog-milk5
Menurut UNICEF 90 peratus kanak-kanak di bawah usia tiga kekurangan gizi di kawasan luar bandar di Jharkhand dan 25000 lebih anak meninggal dunia setiap tahun.

Chotu mulai menghabiskan semua waktunya dengan kumpulan anjing tersebut dua tahun lalu. Dia tidak pergi ke sekolah sehingga ia tidak punya teman – dan sekarang dia mendakwa anjing itu adalah sahabat satu-satunya.

Keluarga tersebut belum makan makanan padat atau susu berhati-hari ketika Shanichari pertama kali melihat anaknya duduk di tingkat minum susu dari puting anjing.

Dia berkata: “Walaupun ia bermain dengan anjing di luar rumah saya melihat dia minum susu anjing itu.”

798bd63313b10b315b02_Chotu-Kumar-dog-milk3
“Saya sangat terkejut, saya berlari dan menariknya pergi. Tapi setiap dia lapar dia selalu menyelinap kembali. Aku membiarkan dia kerana saya tahu betapa laparnya dia.”

“Anjing itu sentiasa ramah dan tidak pernah menyerang dia. Dia sering naik di punggungnya dan kemudian dia melompat dan merawatnya bersama dengan anak-anaknya.”

Anjing itu sering duduk di luar rumah Chotu dan menyalak untuk mengajak keluar dan bermain.

Tapi ketika warga tempatan mengetahui tentang Chotu dan teman-teman barunya mereka mulai marah. Mereka khuatir anak-anak lain dan akan wabak rabies.

348502e603dbf269b77a_Chotu-Kumar-dog-milk2
Shanichari berkata: “Penduduk desa terus mengatakan kami dia alkan meninggal akibat suatu penyakit jika ia terus meminumnya dan itu akan menyebar ke anak-anak lain. Tapi Chotu tetap saja begitu.”

Akhirnya penduduk desa melaporkan Chotu kepada pegawai tempatan dan mereka turun tangan.

Chotu diterima di sekolah di mana ia mendapat makan tengahari percuma dan pihak berkuasa memberi keluarganya kad makanan, yang membolehkan mereka untuk mendapatkan bantuan makanan.

Tapi tetap saja anjing itu terus mengunjungi Chotu dan telah menjadi kebiasaan baginya untuk minum susu darinya.


Chotu berkata: “Aku menghisap susu tiga kali sehari dan rasanya manis seperti gula.”

“Banyak orang di desa tidak suka persahabatan saya dengan anjing tapi saya senang – jika dia tidak dekat rumah saya saya pergi mencari ke luar desa.”

“Dia selalu senang melihat saya dan membiarkan saya meminum susunya.”

Baca Seterusnya......

Hassan Rowhani presiden baru Iran


TEHERAN 16 Jun - Calon berhaluan sederhana, Hassan Rowhani , yang mendahului pilihan raya semalam, berjaya menggantikan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden Iran yang baru selepas mendapat lebih tiga suku daripada undian.

Rowhani yang juga bekas perunding nuklear yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa memperolehi 50.8 peratus undi.

Datuk Bandar Teheran, Mohammad Baqer Qalibaf pula berada di kedudukan kedua dengan 15.6 peratus diikuti dengan perunding nuklear, Saeed Jalili dengan jumlah 11.4 peratus, serta bekas pengawal komander, Mohsen Rezai yang berjaya mengumpul undian sebanyak 11.3 peratus. - AFP

Baca Seterusnya......

Kadar 30% hanya perangkap untuk naikkan tambang


KUALA KUMPUR: Lujnah Pengguna PAS Pusat menyifatkan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30 peratus adalah strategi untuk memerangkap pengguna.

Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tambang bas ekspress walaupun kenaikan satu, 10 atau 15 peratus sekalipun.

"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak wajar kenaikan harga tambang bas berlaku dalam keadaan harga minyak dan tol tidak diturunkan.

Malah katanya, banyak cara lain yang boleh mengelakkan kenaikan harga tambang sama ada tambahkan subsidi ataupun kurangkan kos sama cukai tayar dan alat ganti kepada pengusaha bas.

"Yang paling penting turunkan harga minyak, tol dan tambahkan subsidi kepada pengusaha bas, ini akan membawa kepada tidak perlu kenaikan harga tambang," katanya.

Jelas Mahfuz, tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu turunkan harga minyak dan tol sekali gus pengguna akan menikmati kadar tambang yang lebih murah.

"Hari ini jelas membuktikan kenaikan harga tambang akhirnya ditanggung oleh pengguna. Kerajaan sengaja bermain dengan istilah 30 peratus ini," katanya. 

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.

Bagaimanapun pihak PMBOA, menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) untuk mengumumkan kenaikan harga tambang baru.

PMBOA telah memohon kenaikan harga tiket itu beberapa kali sebelum ini daripada SPAD dan kali terakhir pada 22 Mei lalu.

Baca Seterusnya......

Kouta haji Malaysia kurang 20%, Tabung Haji kaji senarai jemaah

Lembaga Tabung Haji (LTH) akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini berikutan arahan terbaru daripada kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kuota jemaah sebanyak 20 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, arahan itu diterima secara rasmi daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid tiga hari lalu, lapor Berita Harian.

NONEDalam laporan itu, Jamil berkata pengurangan jemaah bagi menunaikan ibadah itu tahun ini perlu dipatuhi kerana ia membabitkan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Kuota jemaah haji Malaysia adalah kira-kira 28,000 atau satu peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28 juta dan pengurangan sebanyak 20 peratus itu membabitkan seramai 5,600 orang jemaah.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan rata-rata jemaah haji di negara ini sudah menerima surat tawaran menunaikan haji dan ada juga yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Saya sangat berharap keadaan ini dapat diterima dengan baik dan difahami semua jemaah haji Malaysia. Arahan ini bukan dikeluarkan sesuka hati, sebaliknya ia bersangkut paut dengan kerja menambah baik keselesaan jemaah di seluruh dunia.

"Ia bukan hanya membabitkan jemaah haji Malaysia tetapi jemaah dari seluruh dunia. Tidak ada pengecualian atau pilih kasih dalam hal ini," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

Sementara itu, akhbar itu turut memetik Menteri Haji Arab Saudi Bandar Hajjar sebagai berkata arahan itu dibuat bukan untuk menghalang kedatangan jemaah haji ke Makkah.

Sebaliknya, ia perlu dilakukan bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu.

Baca Seterusnya......

Otak Pelajar Tahfiz, 'Segar' Seperti Hidup Sekalipun Seluruh Badannya Rentung

Tikam Batu – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu. Foto: thestar

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

Anuar menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. -SH

Baca Seterusnya......

Friday, June 14, 2013

Pelantikan Tengku Adnan Mansor Sebagai Menteri Dipertikai

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan perlu bersih daripada dakwaan terbabit dalam konspirasi skandal Datuk V K Lingam berhubung pelantikan hakim.

Bagaimanapun, segalanya sudah terlambat apabila beliau didapati bersekongkol merosakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terbongkarnya rahsia besar sepertimana pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendapati beliau berkonspirasi mengatur pelantikan hakim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, pendedahan RCI pada 2008 jelas menunjukkan bahawa menteri baru yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi satu misteri.

“Saya hairan mengapa pemimpin seperti itu dilantik sebagai menteri kerana ia boleh dipertikaikan.

“Tengku Adnan sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri sebelum ini berjanji akan “melindungi, memelihara dan mempertahankan” Perlembagaan Persekutuan tetapi beliau sendiri memusnahkan kredibiliti institusi keadilan negara,” katanya.

Justeru itu, katanya, pelantikan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pemimpin berkarisma dan lebih baik.

“Ini membuktikan segala pembaharuan yang didakwa Najib tidak akan ke mana. Malaysia tidak akan mampu mengeluarkan dirinya daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa selagi orang seperti itu, yang jelas merosakkan perlembagaan dilantik ke jawatan menteri,” katanya.

Pada September 2007, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kebocoran rakaman perbualan telefon selama lapan minit VK Lingam dengan seorang hakim kanan membincangkan konspirasi jahat untuk menetapkan pelantikan hakim kanan dalam badan kehakiman Malaysia.

Dalam rakaman selama lapan minit itu, nama Tengku Adnan disebut tidak kurang daripada 11 kali.-Roketkini

Baca Seterusnya......

Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN

Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

NONEMenurut Nik Nazmi (kanan) lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat.

"Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

NONEHarian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007.

Bagaimanapun, Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook masing-masing, menjawab soalan pelayar Internet, menafikan perkara itu.

Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

"Setakat pengetahuan kami, tiada dasar berhubung sebarang harga baru," jelas Peugeot Malaysia di Facebook lagi.-Mkini

Baca Seterusnya......

Anwar Nafi Boikot Angkat Sumpah Parlimen.


PKR tidak akan memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat sepertimana yang dihebohkan oleh media sebelum ini.

Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik PKR, beliau tidak pernah menyebut untuk boikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

"Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut untuk memboikot majlis angkat sumpah, apa yang diperkatakan sebelum ini hanya diputar belit oleh media semata-mata.

"PKR memutuskan tidak ada boikot akan dilakukan pada majlis 24 Jun nanti," jelas sumber PKR yang menyertai mesyuarat Biro Politik PKR malam ini kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan majlis angkat sumpah akan berjalan seperti biasa dan Ahli Parlimen PKR akan hadir pada majlis tersebut. 

Mereka tak pernah putuskan untuk bersetuju untuk boikot acara angkat sumpah. Cadangan tue datang dari NGOs friendly PR tetapi tak semestinya PR terikat untuk mengikuti cadangan tersebut. Baik DAP, PAS dan PKR, mereka telah pun memutuskan untuk tidak memboikot apa2 acara angkat sumpah pada tarikh yang dijanjikan.

Actually aku melihat senario ini menarik.

Jangan terlalu buruk sangka dengan tindakan2 yang di ambil oleh PR dalam situasi neh. Aku melihat samada angkat sumpah hari neh atau hari lain, sebenarnya takde beza. SPR tidak akan tunduk dengan tekanan tak kira la hari apa pun ko angkat sumpah. Pendek kata SPR sikit pun tak heran dengan tindakan2 YB neh. Bahkan YB2 neh akan jadi bahan ejekan di kemudian hari jek.

Eh hari tue boikot. Sekarang nak angkat sumpah plak? Apa kata ko jangan jadi MP langsung oke tak? Kata SPR main tipu..

Kalau nak boikot terus tue logik ah. Memang nampak seperti ko memang tak mengiktirafkan langsung SPR samada ko menang atau kalah.

So cara terbaik yang YB2 neh boleh buat ialah teruskan dengan petisyen. Biar depa deal dalam mahkamah, gunakan jalan undang2 dan teruskan lawan dan lawan penipuan2 yang telah berlaku sambil buat usul khas untuk bincangkan perjalanan PRU yang dikendalikan oleh SPR. Usul desakan perletakkan jawatan pun bawa je dalam parlimen. Yang tue buat pengerusi dan timbalan SPR terbakar.

Boikot upacara angkat sumpah depa tak terbakar.

Personally neh pandangan aku la kan. Tapi desakan2 dari orang awam seperti berhimpun di parlimen, berkhemah untuk tunjukkan protes terhadap SPR itu pun bagus juga. At least SPR ditekan dari pelbagai penjuru. Dengan YB pun dia kena dengan perbahasan dalam parlimen, dengan rakyat pun dia kena dengan perbahasan luar parlimen.-Sozcyili.com

Baca Seterusnya......

Gambar2 Menara Atas Bangunan UMNO Tumbang!

Ribut melanda Pulau Pinang lewat petang ini dan menumbangkan menara antena di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister. Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 23 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk segera mengambil langkah keselamatan. Dalam kenyataan audio kepada media, Lim berkata setakat yang diketahui, hanya seorang yang cedera serius dan telah dihantar ke hospital.

Menurutnya, kira-kira tujuh buah kereta rosak dan beliau berharap tidak ada lagi mangsa terlibat. Lim menggesa Umno negeri supaya segera membuka bangunan itu supaya tindakan segera yang boleh diambil untuk mengelakkan lebih bahagian bumbung jatuh.

Sementara itu, Bernama melaporkan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena itu runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan raya, dua daripadanya parah.
   
Menurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong gas rosak dalam kejadian lewat petang ini.
   
Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian. Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dimaklumkan bahawa antena di atas bangunan itu telah runtuh.

Terdapat banyak pejabat di dalam bangunan itu dan pejabat Umno terletak di tingkat enam dan tujuh.

"Ia adalah satu kemalangan, satu bencana alam," katanya.

Apabila diberitahu ada yang dipercayai cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, Shaik Hussein mendoakan mangsa terbabit cepat sembuh.

"Kami akan menilai situasi dan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.












Baca Seterusnya......

Sunday, June 9, 2013

Kunyah makanan hingga lumat ubat pelbagai penyakit

Oleh: rozmal (Tranungkite)

"Kunyah makanan hingga lumat, merupakan salah satu lagi sunnah Nabi Muhammad saw yang sering kita lupakan. Walhal ianya adalah ubat pelbagai penyakit yang menghantui orang kita dewasa ini seperti gastrik, sakit kepala, angin dalam badan, kencing manis dan mungkin juga pelbagai penyakit lain.

Selepas membaca apa yang saya pautkan selepas ini, untuk umat Islam, perbetulkan niat kita, bahawa kita kunyah makan hingga lumat adalah untuk ikut sunnah Nabi semata-mata, walaupun banyak rahsia perubatan disebalik penawar yang ada dalam mulut ciptaan Allah, iaitu air liur. Untuk yang bukan Islam, amalan mengunyah makanan sehingga lumat hendaklah diamalkan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.

Pakar kesihatan menggalakkan kita mengunyah makanan hingga lumat kerana air liur kita dapat menguraikan kabohidrat yang menjadi punca pelbagai penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Juga air liur kita bertindak sebagai pembunuh kuman dan bakteria untuk mengelakkan dari keracunan makanan dan sebagainya. Hatta kalau makan bubur atau minum air sekali pun kita digalakkan menggaul bubur dan air yang diminum dengan air liur kita dengan seakan-akan berkumur.

Kalau ikut sunnah Nabi dengan air liur kita sendiri pun dapat menyelesaikan pelbagai masalah di dunia ini, apatah lagi kalau umat Islam ikut semua yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith, pasti akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini dari kes ragutnya, kes rasuahnya, kes samunnya, kes buang bayi, zina, dadah dan banyak lagi.

Jadi selepas ini , marilah kita tenang apabila makan, sambil berzikir, kerana kita hendak hidupkan semula sunnah Nabi di akhir zaman. Ingat lagi kisah bagaimana Nabi Muhammad saw memberi makan kepada pengemis perempuan tua Yahudi dengan mengunyahkan dahulu makanan yang hendak disuapkan?

Beberapa artikel mengenai khasiat mengunyah makanan hingga lumat di

"

Baca Seterusnya......

MP cabar Najib jawab tuntutan delegasi Mongolia

MP Ampang Zuraida Kamaruddin mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menjawab tuntutan dari delegasi Mongolia ke Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur, Jumaat lalu yang mahu satu perbicaraan baru diadakan untuk mengenalpasti pembunuh Altantuya Shaariibuu.

“Saya menggesa Najib Razak menjawab persoalan yang telah dilontarkan berkenaan kes pembunuhan Altantuya. Kes ini telah berlarutan selama tujuh tahun tanpa sebarang penyelesaian dan sehingga kini masih tiada seorang pun dihukum bersalah atas trajedi tersebut.

“Najib Razak dan Razak Baginda yang berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya  masih lagi menjalani hidup seperti biasa. Dua kakitangan Unit Tindakan Khas Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah disabitkan bersalah membunuhan Altantuya, walaupun motif pembunuhan tidak diketahui,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida seterusnya turut mencabar menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Karim untuk membangkitkan isu berkenaan kerana Altantuya yang terbunuh dalam kes pembunuhan berkenaan merupakan seorang ibu kepada dua orang anak kecil.

“...Dato Rohani Abdul Karim sepatutnya menekankan kepentingan kes ini diselesaikan kerana ia melibatkan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia yang mempunyai dua anak yang masih kecil.

“Saya ingin melihat samada beliau berani untuk mengetengahkan isu ini kepada Perdana Menteri yang jelas ingin mencuci tangan dalam kes ini,” katanya.

Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg yang menjadi wakil ke persidangan berkenaan pada hari Jumaat lalu berkata, perbicaraan baru harus dimulakan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Beliau yang diiringi kira-kira 70 anggota delegasi berkata MWF juga berharap agar bantuan kewangan diberikan kepada dua orang anak mendiang Altantuya.

Pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren pula berkata pertubuhan berkenaan memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?-Mkini

Baca Seterusnya......

TV kabel digital pertama dilancar | Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) Melancarkan Televisyen Dan Internet Di bawah Jenama ABNxcess


Pengendali siaran kabel TV digital pertama di Malaysia, Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) melancarkan televisyen dan internet di bawah jenama ABNxcess, hari ini.

ABNxcess menawarkan pakej menarik yang boleh didapati dengan harga RM 158.99 sebulan untuk TV dan capaian Internet.

Terdapat lebih 50 siaran TV seluruh dunia, 10 siaran berdefinisi tinggi (HD) tanpa caj tambahan, lapan 'free to air' siaran TV tempatan dan tujuh siaran radio.

Antara siaran TV antarabangsa yang terdapat dalam pakej ABNxcess adalah News Asia, Aljazeera dan Trace TV.

Menjanjikan siaran berterusan meskipun dalam cuaca hujan, ABNxcess menggunakan kabel gentian optik bukan satelit.

Sementara itu, ABN sudah mempunyai empat lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan servis video, data dan suara di Malaysia.

Malah, ABN sedang membina rangkaian sambungan terakhir dengan menggunakan Coaxial Serat Hibrid (HFC) Network atau lebih dikenali sebagai kabel rangkaian.

ABNxcess sudah membuka pendaftaran untuk Pay TV dan pemasangan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di kawasan Pelabuhan Klang dan Johor Bahru.

Dalam tempoh lima tahun, ABN merancang untuk meluaskan rangkaian ke seluruh negara.-Sinar Harian

Baca Seterusnya......

Friday, June 7, 2013

Tolak Air percuma RM11.40, tanggung pula komisyen RM0.70

Oleh: notan (Tranungkite)

"Assaalamualaikum, Sifir mudah dengan kemenangan BN di Terengganu.Umumnya masyarakat bandar sudah menolak BN tetapi masyarakat kampung  dan separuh bandar masih melekat  dan terpesona dengan janji janji BN.Akibatnya, seluruh rakyat Terengganu terpaksa menanggung kerugian air percuma sebanyak 20 meter padu atau dalam  RM bernilai RM11.40 sebulan.

Sebaliknya masyarakat kampung dan separuh bandar dihadiahkan pula oleh komisyen sebanyak RM0.70 sebulan bagi membayar bil air di pejabat pos dan mini pejabat pos.

Masyarakat kampung dan separuh bandar yang menanggung beban komisyen ini kerana hampir seluruh masyarakat kampung dan separuh bandarlah yang menggunakan khidmat pejabat pos dan mini pejabat pos untuk membayar bil air mereka sementara masyarakat bandar ada pilihan lain untuk mengelakkan komisyen ini.

SATU, GLS milik kerajaan negeri yang bertanggungjawab membekalkan air bersih di Terengganu sekarang ini tidak mampu membayar  komisyen kutipan bil air  oleh pejabat pos dan mini pejabat pos untuk rakyat Terengganu.Sedangkan khidmat pejabat pos dan mini pejabat pos paling diperlukan oleh orang kampung kerana  pejabat poslah satu satunya kemudahan yang terdekat dengan mereka.

kalau di Kemaman, masyarakat dari Air Putih, Kijal dan Kemasik merupakan golongan terbesar menggunakan khidmat pejabat pos dan mini pejabat pos dimana golongan inilah yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada kemenangan BN , antara golongan yang menolak tawaran air percuma sebanyak RM11.40 sebulan tetapi kemudiannya menjadi antara golongan terbesar menyumbang komisyen RM0.70 sebulan kepada SATU dan kerajaan BN negeri.

Sementara secara praktikalnya, masyarakat bandar memilik kemudahan bayaran bil air yang lebih banyak dan boleh mengelak dari menyumbang komisyen RM0.70 sebulan dan umumnya masyarakat bandar sudah menolak BN kerana mahu air percuma RM11.40 sebulan.

Apalah malangnya orang kampung Teganu kiter, tolak tawaran  air percuma sebanyak RM11.40 sebulan dan terpaksa pua membayar komisyen RM0.70 sebulan.

Baca Seterusnya......

Thursday, June 6, 2013

Kari kepala kambing resipi tradisi

KARI kepala kambing menjadi sajian tradisi di Negeri Sembilan.

PERNAH dengar atau mencuba masakan kari kepala kambing. Mungkin ada yang tidak lalu makan sebaik mendengarnya. Namun, bagi sesetengah orang ia adalah hidangan istimewa yang amat menyelerakan dan satu masa dahulu sangat terkenal di perkampungan tradisional Melayu.

Contohnya di Rembau dan Jelebu, Negeri Sembilan, masih terdapat adat kenduri-kendara yang mengamalkan hidangan kari kepala kambing. Di kedua-dua daerah itu, yang mengamalkan adat Perpatih, masih ada yang akan menghidangkan masakan itu terlebih dahulu untuk dijamah oleh Buapak (ketua) atau Tok Empat sebelum ia dihidangkan kepada saudara-mara terdekat dan tetamu lain.

Baru-baru ini, Pengurus Felda Sungai Lui, Ahmad Said Hassan, 55, telah menyambut kelahiran cucu sulungnya dengan kenduri doa selamat berserta akikah dan tahlil secara gotong-royong di Felda berkenaan.

Proses penyediaan mudah iaitu selepas disembelih dan dibersih, kepala kambing dikumpul dan dipanggang hingga hangus sebelum tanduknya dibuang dan kesan hangus dikikis hingga bersih.

Jangan sesekali gunakan parang atau kapak untuk membelah kepala kambing sebaliknya, ia memerlukan kemahiran dan teknik tertentu bagi mengelakkan otak kambing daripada hancur.

“Gunakan pisau tajam untuk membuat hirisan bermula dari rahang hingga ke leher kambing, ngangakan mulut kambing dan tarik dua rahang ke arah berbeza secara perlahan-lahan hingga kepala terbelah dua,” kata Ahmad Said.

Membelah bahagian tengkorak juga memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

“Ketuk tengkorak perlahan-lahan menggunakan hujung tajam mata pisau ala-ala tukang yang membuat ukiran kayu. Ini untuk memastikan ia retak secara lurus dan bentuk otak dapat dikekalkan dalam dua bahagian.

“Gigi dan telinga kambing ditanggal dan dibuang, manakala bahagian lidah pula dikeluarkan kerana ia paling enak digoreng menggunakan tepung rangup Goreng Pisang Crispy Cap Masjid,” jelasnya lagi.

Beliau memilih tepung serbaguna keluaran Felda itu yang bukan sahaja sesuai diadun menjadi jemput-jemput, malah untuk menggoreng ayam, udang, sukun dan tempe selain dijamin halal serta bersih.

Sementara itu, ambil tali perut kambing, yang dibersihkan menggunakan air kapur, dan lilit kepala kambing tadi dengan berhati-hati bagi mengekalkan kedudukan otak dalam tengkoraknya.

Jika mengikut resipi Sungai Lui, kepala kambing yang telah dililit perlu direbus dalam air kelapa sehingga kulit menjadi sangat lembut sebelum dimasak menggunakan serbuk kari kambing.

“Lagipun bahagian kari kepala kambing yang paling sedap ialah otak dan kulitnya,” tambah bapa kepada enam anak yang telah berkhidmat 35 tahun di Felda Negeri Sembilan.


DI Syria, kepala kambing sering dihidang dengan nasi mandy Yaman.

Cara masakan kari kepala kambing berbeza bergantung kepada tempat. Di Negeri Sembilan, masakan itu hanya mengandungi kepala kambing dan kentang semata-mata yang enak dimakan bersama sambal belacan serta pajeri terung.

Di Kedah, ia biasanya dimasak bersama umbut pisang manakala di kawasan Pantai Timur kepala kambing biasanya dicampur bersama daging kambing dan mumbang iaitu tempurung kelapa muda yang lembut untuk dimasak ala gulai kawah.

Melihatkan gulai kari itu masih mengekalkan bentuk kepala kambing, tidak hairan kalau ada yang tidak sanggup memakannya, tetapi bagi Ahmad Said tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kambing itu disembelih sempurna.

“Lagipun sebagai akikah, seluruh tubuh haiwan itu dari kepala hingga ekor dimanfaatkan sepenuhnya dan hanya dijamu kepada orang Islam,” jelasnya sambil menambah bahagian kaki dan tulang kambing pula enak dimasak sup.

Untuk catatan, akikah bagi seorang bayi adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Namun, bagi orang yang berkemampuan lebih afdal jika melakukan akikah dengan tujuh ekor kambing atau seekor lembu atau unta bagi seorang anak.

Berbeza pula hidangan masakan kepala kambing di negara-negara Arab. Hidangan masakan kepala kambing yang disaji sebagai sup mahupun sandwic adalah paling popular dan menjadi tumpuan khususnya pelajar Malaysia di ibu kota Jordan, kata Pengurus Agensi Pelancongan HZ Travel & Tour Sdn. Bhd., Muhamad Hazimin Sulaiman.

“Rasanya sesiapa yang pernah belajar atau tinggal di sana pasti pernah menikmati keenakan sup kepala kambing yang dimakan bersama nasi di sebuah restoran popular, Restoran Kaherah, yang terletak di Balad Amman,” jelasnya.

Bagaimanapun, jika ke Balad Amman, beliau lebih gemar mengunjungi kawasan Souq Khadr Balad bagi menikmati sup kepala kambing di Restoran Anwar Quds serta sandwic kepala kambing yang terkenal di Cafe Hanani.

“Di kawasan Shariq Sagaf Sil pula, ada sebuah restoran popular bernama Abu Musa hanya menyediakan masakan dengan membakar atau merebus bahagian otak, hati, testis, limpa dan kepala kambing untuk dimakan dengan roti,” tambah beliau.

Berbeza dengan cara di Jordan yang menghidangkan kepala kambing lengkap dengan tulangnya kepada pelanggan, peniaga makanan di Syria meracik dan mengasingkan isi kepala kambing dari tulangnya sebelum dihidang.

“Jika ke Syria pula, hidangan kepala kambing paling enak dimasak dalam nasi mandy Yaman,” kata Muhamad Hazimin.

Baca Seterusnya......

BERNAMA PECAHKAN TEMBELANG ANAK MAHATHIR BEB... KAH KAH KAH !

Gua ni beb bukan lah PANDAI sangat berkenaan SAHAM dan PEMILIKAN nya... tapi rasa-rasa gua yang BODOH pasal SAHAM ni lah... langsung tak boleh di TERIMA DIAKAL kalau hanya memiliki 1000 SAHAM dari 9.4 Bilion SAHAM dan 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM untuk DILANTIK menjadi AHLI LEMBAGA PENGARAH... sedangkan NILAI HARGA bagi SAHAM tersebut hanya dibawah RM5 sesaham beb... tak kan BODOH sangat Orang yang ada kat dalam Petron Corporation masa itu dengan MELANTIK pemegang SAHAM yang NILAI nya SATU PERATUS pun TAK SAMPAI beb...  agak-agak lah kalau ya pun NAK MENIPU... kah kah kah !.

Dilantik sebagai PENGARAH Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dengan hanya MEMILIKI 1,000 SAHAM... kalau dikalikan RM5 sesaham dengan 1000 SAHAM baru bernilai RM5 Ribu... sedangkan pada masa itu SAHAM yang dipunyai oleh Petron Corporation di Bursa Saham Filipina adalah berjumlah 9.4 Bilion SAHAM... yang kalau berdasarkan HARGA sesaham RM5 ianya berjumkah RM47 Bilion beb... tapi yang jadi Ahli Lembaga Pengarah hanya memang NILAIAN RM5 Ribu sahaja... gua ingat lah kan yang LANTIK Mirzan Mahathir menjadi Pengarah sudah MABUK SAN MIGUEL FREE semasa Masyuarat sedang dijalankan... kah kah kah !.

Manakala bagi San Miguel Corporation pula Mirzan Mahathir hanya mempunyai 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM yang dipunyai oleh San Miguel Corporation... yang mana ianya lebih kurang  BERNILAI hanya sebanyak RM25 Ribu sahaja DIMILIKI oleh Mirzan dari keseluruhan jumlah SAHAM San Migiel iaitu RM16.5 Bilion... lu sendiri NILAI lah beb ada BETUL ke atau TEMBERANG apa yang dilaporkan oleh Bernama tersebut... sebab itu gua cakap kalau ya pun NAK MENIPU biar lah AGAK-AGAK sikit beb... kalau dengan Penyokong Umno mungkin gak dia orang akan PERCAYA sebab jenis dia orang MATEMATIK GAGAL beb... kah kah kah !.

Kerana itu jugak dia orang PERCAYA bila Pemimpin Umno kata Parti DAP yang bertanding sekitar 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen yang ada boleh memerintah... kah kah kah...apa jenis OTAK UDANG lah yang lu orang ISI PERUT UMNO dah MELANTAK beb... punyalah jauh 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen tapi lu orang BOLEH PERCAYA dengan cakap Pemimpin Umno ya beb... yang LAWAK nya boleh dikatakan sebahagian BESAR berita yang dibawa oleh Pemimpin Umno tu seperti BERITA DARI ORANG MABUK SAN MIGUEL... lu sendiri FAHAM sudah lah bagaimana kalau ORANG MABUK membuat cerita beb... kah kah kah !.

Yang PELIK BIN AJAIB nya ialah ANGIN tak ada... RIBUT tak ada tiba-tiba PUTING BELIUNG MUNCUL dari Bernama... berita yang konon nya adalah TIDAK ADIL kepada KELUARGA MAHATHIR dengan TUDUHAN terhadap Mirzan Mahathir... kah kah kah... sebaliknya BERITA tersebut telah MENGESAHKAN yang memang BENAR bahawa Mirzan Mahathir pernah menjadi PENGARAH Petron Corporation dan PENGARAH San Miguel Corpration... jadi selama ini Berita yang telah keluar berkenaan Mirzan dan Syarikat Arak San Miguel tersebut adalah BETUL dan BUKAN FITNAH... cuma PELIK kenapa cerita ini TIMBUL KEMBALI dimasa ianya sudah SEJUK... kah kah kah !. sumber mk

Baca Seterusnya......

Wednesday, June 5, 2013

Pendaki Gunung Everest Malaysia Meninggal Dunia – Innalillah

Pendaki Everest MalaysiaPendaki Gunung Everest Malaysia Meninggal Dunia – Innalillah | NEW DELHI: Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Gunung Everest Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.

“Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal,” kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.

Pendaki yang meninggal dunia ialah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, kakitangan Perbadanan Putrajaya.

Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada ketika dihubungi pada Selasa.

“Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu.”

Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.

“Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu,” kata pegawai itu. – AWANI

Baca Seterusnya......

Tuesday, June 4, 2013

Coklat dari tulang ikan

Coklat dari tulang ikan
Dr Dara Aishah (dua dari kiri) menunjukkan produk yang terhasil daripada tulang ikan.

KUALA NERUS – Siapa menyangka tulang ikan yang sebelum ini hanya dijadikan sisa buangan sebenarnya mampu menghasilkan pelbagai produk bermutu, antaranya coklat, baulu, keropok, penapis air dan sebagainya.

Penemuan terbaru oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Pembangunan Sosio Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu menyaksikan sisa yang sebelum ini hanya dianggap sebagai buangan sebenarnya boleh bertukar kepada produk yang memberikan pulangan membanggakan.

Tujuan penyelidikan itu adalah bagi membantu komuniti setempat terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai mencari pendapatan tambahan, di samping memanfaatkan sepenuhnya kegunaan ikan termasuk tulang untuk menghasilkan produk bermutu tinggi.

Menurut Dr Dara Aishah Mohammad Ali Puteh, kumpulan penyelidiknya berjaya menjadikan tulang ikan yang dibuang itu kepada tepung yang kaya dengan kalsium sejak lebih dua tahun lalu.

“Melalui penyelidikan yang dilakukan, kita dapati tulang ikan yang selesai diproses sebenarnya mampu menggantikan kalsium sintetik yang digunakan untuk membuat pelbagai produk di pasaran.

“Tepung yang mampu menghasilkan produk makanan halal dan selamat itu boleh dijadikan sebagai karbon aktif, protein, gelatin dan kolagen, malah pihak kami juga berjaya menggunakan bahan berkenaan sebagai penapis air,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penyelidikan itu, beliau memberitahu, tulang yang dikumpulkan perlu direbus sebanyak dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam sebelum direndam dalam air suling dan aseton, kemudian dikeringkan serta dihancurkan bagi menjadikannya dalam bentuk serbuk.

“Lebih menarik lagi, kalsium yang terkandung dalam tulang ikan yang diperoleh menerusi penyelidikan itu juga adalah asli dan tidak mempunyai perisa tambahan, sebaliknya masih kekal dengan keaslian rasanya,” katanya.

Menurut Dr Dara Aishah, menerusi penyelidikan yang dibuat itu juga, kumpulan yang diterajuinya juga berjaya memperoleh pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai pihak termasuk di peringkat kebangsaan.

Baca Seterusnya......

Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia Di Bawah Kuasa TPM (Tan Sri Muhyiddin Yaasin). Terus Ditambat?

SPR Timbalan Perdana Menteri
Sejurus selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13, SPR Malaysia menjadi bahan kecaman daripada pelbagai pihak dengan sebab-sebab mereka tersendiri. Contohnya SPR Malaysia tidak bebaslah, bersifat pilih kasihlah, dan macam-macam lagilah. Mengapa? Apa sebabnya?

Terbaru, berdasarkan laporan portal Malaysiakini SPR Malaysia mendapat “bos” barunya…
  • The Election Commission (EC) is now under the purview of the deputy prime minister after a reshuffling in the new cabinet.
  • Tourism and Culture Minister Nazri Aziz said that EC is no longer under the purview of the de facto law minister, a position that Nazri held in the previous cabinet.
  • The EC did not feature in the list of 11 agencies and government arms which fall under the new de facto law minister, Nancy Shukri.
  •  Nazri had previously headed 19 agencies and government arms when he held this position for two terms between 2004 to 2013.
 Sumber : Malaysiakini
SPR Malaysia TPM
Sepatutnya SPR Malaysia menjadi badan yang bebas, bukan sekadar nama sahaja tetapi “benar-benar bebas” tanpa ditambat oleh sesiapa baik daripada parti politik hatta pihak kerajaan.

Selain daripada SPR Malaysia, dua lagi badan yang sepatutnya bebas dan diletakkan di bawah parlimen bukannya di bawah telunjuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang berlaku sekarang iaitu :

 Audit Negara
 SPRM


Terus-terang kami katakan bagi kami Audit Negara ketika ini boleh kami letakkan pada paras kepujian. Tetapi……Ada tetapinya. Tetapi, jikalau Audit Negara lebih diberikan lagi kebebasan tanpa dihalang untuk membuka fail-fail “ikan-ikan jerung” yang masih lagi bebas berkeliaran di Malaysia untuk mencari mangsa terbarunya. Insyaallah jika benar berlaku kelak, kami sangat yakin Audit Negara boleh menunjukkan taring mereka yang sebenarnya-benarnya. Tetapi…….(cukuplah setakat ini, mahu lebih lagi boleh tanya kenalan anda di Audit Negara). Sekian.

SPR Malaysia Diletakkan Di Bawah Parlimen Bukannya…

SPR Malaysia bukan setakat patut badan bebas, Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR Malaysia & setiausaha juga hendaklah daripada kalangan profesional, bukan seperti yang berlaku sekarang. Dilantiknya kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara.

Sepatutnya pimpinan tertinggi SPR Malaysia  dilantik daripada kalangan bekas hakim, atau ex-diplomat. Sekurang-kurangnya, mereka-mereka ini telah ada menjadi pemerhati & sedikit sebanyak berpengalaman dalam perjalanan Pilihanraya di luar negara  atau boleh berbicara sebagai seorang professional. Sekadar beberapa contoh cadangan daripada kami. Terpulang…..
  • Selagi tidak benar-benar bebas, SPR Malaysia jangan cepat melatah jikalau rakyat Malaysia terus mempertikainya.
  • Mengapa cuba mencetuskan & meneruskan kontroversi seperti ini, bukan susah pun untuk meletakkan SPR Malaysia benar-benar bebas, bukan sekadar ucapan sahaja tetapi tindakan. Sukarkah?
Jikalau SPR Malaysia sudah diletakkan di bawah Timbalan Perdana Menteri (TPM), apa yang boleh rakyat Malaysia harapkan apabila SPR Malaysia terus ditambat?

Pada pandangan mata kasar kami, nama yang diberikan agak baik, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Baik….Tetapi, tetapi malangnya diletakkan di bawah kuasa menteri. Kemudian masih mengharapkan rakyat Malaysia untuk menerima SPR akan menjadi “bebas”. Mengapa tidak ditukarkan sahaja kepada Jabatan Pilihanraya Malaysia? -Beritasemasa

Baca Seterusnya......