Perdana Menteri kita baru selesai membentangkan Bajet 2014 petang Jumaat tadi. Seperti yang dijangkakan PM umumkan bahawa GST akan dikuatkuasakan bermula pada 1hb April 2015.
GST sebanyak 6% akan menggantikan sistem percukaian yang biasa kita panggil sebagai Sales Tax 10% dan juga Service Tax 6%. Kedua-dua sistem cukai yang kita pakai sekarang biasa di panggil sebagai SST (Sales and Service Tax)
Di negara kita GST dipanggil sebagai Government Service Tax. Tetapi GST dikenali sebagai Goods and Services Tax di peringkat antarabangsa. Di peringkat antarabangsa, GST juga dikenali sebagai VAT yang bermakna Value Added Tax.
Jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan GST atau VAT ini dan apa bezanya dengan SST yang sedang kita guna pakai sekarang di negara kita bolehlah membaca di sini. Maklumat terperinci diterangkan dengan bahasa yang mudah difahami.
Apa kesan GST pada pengguna
Sebaik sahaja GST dikuatkuasakan, hanya barang barang berikut sahaja yang tidak terkena cukai (0% cukai):
Minyak masak, tepung dan gula & garam
Pengankutan awam
Jualan dan Sewaan hartanah
Selain daripada yang disebutkan di atas, kesemuanya akan dikenakan cukai. Ini membuatkan banyak barangan sebeluim ini yang bebas cukai seperti barangan elektronik, kamera, jam tangan dan seumpamanya akan meningkat harganya sebanyak 6% bermula April 2015 nanti.
Namun begitu, ada banyak juga barangan yang diimport sebelum ini seperti aksesori kamera umpamanya akan menyaksikan penurunan harga sebanyak 4% kerana sebelum ini cukai import adalah 10%.
Oleh itu para peminat kamera atau jam tangan boleh beli sekarang untuk nikmati diskaun 6% yang ada sebelum GST dikuat kuasakan. Bagi barangan aksesori pula anda boleh tunggu selepas ini untuk dapatkan diskaun sebanyak 4%.
Gula nak harga sepantas kilat bermula sekarang
Kerajaan risau akan masalah kencing manis yang melanda rakyat Malaysia. Jumlah mereka yang menghidapi diabetes dianggarkan seramai lebih 2 juta orang dan itu hanyalah jumlah mereka yang mendapatkan rawatan kerana tahu ada masalah. Jika dicampurkan dengan mereka yang masih tak tahu angka itu mungkin meningkat kepada 4 juta orang!!!.
Oleh itu kerajaan buat keputusan untuk naikkan harga gula dengan manarik balik subsidinya. Kenaikannya taklah banyak sangat. Untuk sekilo harganya meningkat hanya RM0.35 sen sahaja.
Apakah rakyat akan kurangkan pengambilan gula kerana itu? tak pasti dan berkemungkinan tak ada kesan langsung melainkan mereka yang kerap minum di kedai mamak. Mamak yang kedekut tentu akan kurangkan gula dalam minuman jika tak mahu naikkan harga minuman mereka. Jadi minumlah di kedai mamak yang kedekut untuk kurang gula selepas ini.
Bonus pekerja kerajaan separuh bulan gaji dan beri tunai pada rakyat
Beruntung pada pekerja kerajaan. Mereka sentiasa dapat bonus samada kerajaan ok atau tidak ok. Mereka semua dapat separuh bulan gaji atau minimun RM500 seperti mana yang diumumkan oleh PM. Mereka boleh belanja lebih seperti biasa atau bayar hutang, kerana ramai pekerja kerajaan hidup dengan banyak hutang.
Pemberian tunai masih berjalan dan dinaikkan pula. sejumlah RM4.6 billion akan diberikan pada seramai 7.9 juta rakyat Malaysia nanti. Ini termasuklah:
RM650 pada keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3000
RM300 pada golongan tidak berkahwin lebih dari 21 tahun berpendapatan kurang dari RM2000
RM450 untuk keluarga yang berpendapatan antara RM3000 ke RM4000
Bantuan persekolahan RM100 diteruskan dan bantuan beli buku pada pelajar RM250 juga diteruskan. Bolehlah mereka yang ramai anak bersekolah tersenyum lebar untuk belanja anak-anak makan McD atau beli buku Upin dan Ipin nanti.
Jika anda nak tahu ringkasan berkenaan apa yang ditawarkan kerajaan dalam bajet 2014 tadi pada rakyatnya sila baca rumusannya di sini.
Tak ada banyak sangat perubahan dalam cara kita berbelanja dan menjalani kehidupan. Nak tunggu rumah murahpun lambat lagi nak siap. Jadi kita tetap hidup macam biasa dan perlulah tambah pendaptan dengan kerja di rumah.
Saturday, October 26, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment