Sumber Arenakereta.com
Para pengguna jalanraya bakal menerima hukuman berat, pemotongan markah (demerit) di bawah sistem Kejara yang baharu – dijangka akan berkuatkuasa bermula Januari tahun hadapan – untuk beberapa jenis kesalahan lalu lintas, termasuklah penggunaan atau cubaan menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu atau menunggang motosikal.
Sesiapa yang ditangkap melakukan kesalahan itu akan dipotong lapan markah – pemotongan paling tinggi untuk satu kesalahan di bawah sistem tersebut. Disamping itu, kepada individu yang gemar menggunakan laluan kecemasan, dinasihatkan supaya menghentikan tabiat buruk itu, kerana bagi kesalahan menggunakan laluan kecemasan juga disenaraikan sebagai kesalahan berat, dan bakal menerima pemotongan 8 markah.
Dan bila mana pengguna jalanraya mengumpul 15 markah dalam setahun, mereka terdedah kepada risiko lesen mereka digantung atau dibatalkan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad, yang bagusnya sistem baharu ini, tiada pemotongan markah (demerit) akan dikenakan jika pesalah-pesalah lalu lintas menyelesaikan saman mereka dalam masa tiga bulan dari tarikh saman dikeluarkan.
“Ini menggalakan pesalah-pesalah lalu lintas untuk menyelesaikan saman mereka pada kadar segera. Dalam sistem sebelum ini, markah tetap dipotong walaupun pesalah-pesalah membayar saman mereka,” jelas beliau dalam temuramah kelmarin.
Datuk Ismail turut menambah, dua kesalahan yang dinyatakan di atas (penggunaan alat telekomunikasi dan penggunaan laluan kecemasan) merupakan antara empat jenis kesalahan yang baru yang disenaraikan di bawah KEJARA. Dua lagi kesalahan lain ialah, tidak memakai tali pinggang keledar samada penumpang hadapan mahupun belakang, serta gagal memakai topi keledar dengan betul; kedua jenis kesalahan ini membawa kepada pemotongan lima markah setiap satu.
“Sistem baharu ini dijangka akan berkuatkuasa Januari,” jelas Ismail, yang turut berkata terdapat 21 jenis kesalahan kesemuanya di dalam sistem baharu tersebut. Beliau juga berkata, lumba haram bukan lagi di bawah sistem Kejara, yang mana pihak polis akan mengambil tindakan yang lebih keras terhadap individu yang terlibat. Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu secara berbahaya, memandu secara melulu, gagal mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, gagal berhenti di simpang dan memotong di laluan berkembar juga merupakan kesalahan-kesalahan trafik yang menerima pemotongan lapan markah.
Penggunaan alat telekomunikasi ketika memandu atau menunggang merupakan kesalahan yang serius kerana perlakuan tersebut didapati merupakan antara penyumbang kepada punca nahas jalanraya.
“Memandu di laluan kecemasan boleh menyebabkan kemalangan, yang mana mengakibatkan kesesakan jalan yang sangat teruk.,” jelas Datuk Ismail.-The Star
Tuesday, October 22, 2013
KEJARA – Lapan markah ditolak bagi kesalahan gunakan telefon bimbit ketika memandu
Posted by Suhaimi at 11:37 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment