Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, January 23, 2014

EXCO Agama Pulau Pinang puji Selangor mengadakan KAFA Menengah

abdul malik kassim
SHAH ALAM, 23 JAN: Usaha Selangor memperkasa pembangunan ummah menerusi pendidikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) aliran menenggah dipuji Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Datuk  Abdul Malik Kassim.

Walaupun usaha itu sedikit berbeza di Pulau Pinang, Abdul Malik menyifatkan ia suatu pendekatan yang murni dan membanggakan.

“Pelaksanaan Sekolah KAFA Menengah di Selangor itu antara cabang bagaimana kekuatan sesebuah ummah itu mampu dijana.

“Ia sewajarnya dipuji, bahkan jika berkemampuan, tidak mustahil ia akan dicontohi kerajaan negeri lain,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Bermula tahun ini, Kerajaan Selangor menggerakkan pembelajaran KAFA peringkat Menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada.

Projek perintis itu dilihat selaras dengan manifesto pakatan Rakyat Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu yang mahu menubuhkan sekolah KAFA Menengah di seluruh negeri itu.

Penubuhan KAFA Menengah bertujuan membuka peluang pendidikan alternatif kepada murid yang tidak berpeluang mengikuti pengajian sekolah agama menengah negeri atau persekutuan.

Keputusan itu diambil berikutan dengan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor.

Abdul Malik berkata, jika permintaan sama timbul di Pulau Pinang, pihaknya akan berusaha memenuhi kehendak itu.

0 comments: