Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, January 23, 2014

Pendedahan dokumen bukti penamatan Azmin dari PKNS bukan keputusan MB


SHAH ALAM 22 JAN: Kertas Ringkasan bertarikh 12 November lalu tidak menyatakan Pejabat Menteri Besar mengesyorkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ditamatkan sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perkara itu terkandung dalam dokumen sulit keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi, hari ini.

Pada surat bertarikh 12 November lalu, Menteri Besar sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit menyediakan satu Kertas Ringkasan bertajuk ‘Cadangan Untuk Mempertimbangkan Semula Pelantikan Ahli-Ahli Perbadanan Yang Dilantik Di bawah seksyen 4(1) (d) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.”

“Tidak terdapat dalam sebarang para kertas terbabit yang menyatakan Pejabat Menteri Besar mengesyorkan YB Mohamed Azmin Ali ditamatkan jawatan.

Kertas Ringkasan itu yang ditandatangani Menteri Besar menyatakan dua syor iaitu mengekalkan jawatan tiga Ahli Lembaga PKNS iaitu Iskandar Abdul Samad, Teresa Kok Suh Him dan Mohamed Azmin Ali untuk tempoh sehingga 10 Februari 2015.

Menteri Besar sudah membentangkan Kertas Ringkasan terbabit di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 35/2013 dan Exco serta meluluskan Kertas Ringkasan itu.

Mesyuarat Exco Ke-37/2013 menyatakan kerajaan negeri menimbang dan meluluskan Ahli Lembaga PKNS iaitu Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Samad’ manakala seorang calon lagi akan ditentukan kemudian.

Manakala, syor kedua adalah digantikan dengan calon lain yang bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran masing-masing.

Pada 9 Disember lalu, Setiausaha Dewan MMKN menghantar cabutan minit kepada PKNS melalui surat bertarikh itu.

Sebulan kemudian, melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, PKNS memaklumkan kepada Azmin bahawa kedudukan beliau sebagai Ahli Lembaga PKNS ditamatkan mulai 4 Disember lalu yang disahkan Azmin dalam twitternya menerima surat penamatan daripada PKNS.

Pada 15 Januari lalu, Abdul Khalid menjelaskan tindakan tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan Azmin Ali bukan keputusan beliau atau Exco Selangor, tetapi diputuskan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar.

Pada 16 Januari lalu, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek menafikan kenyataan Menteri Besar dengan menyatakan pengguguran Azmin dibuat selaras keputusan mesyuarat Exco pada 13 November lalu dan disahkan pada 4 Disember lalu.

Pada 19 Januari lalu, Menteri Besar mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan tatatertib kepada Datuk Othman dan beberapa pegawai PKNS.

Pada 20 Januari lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan surat pertukaran serta merta kepada Othman dan Norita ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 22 JAN 2014, Datuk Setiauasaha Kerajaan Negeri dalam kenyataan akhbar bertarikh 21 Januari 2014 menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah mengarahkan PKNS menarik balik surat penamatan perkhidmatan.

Menteri Besar, telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit supaya mendedahkan dokumen isu Ahli Perbadanan PKNS mengikut kronologi untuk tatapan umum.-Selangorkini

Untuk baca lampiran KLIK INI

0 comments: