Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, May 9, 2011

MB Kedah mahu kementerian sendiri merayu

http://www.marsah.edu.my/ver/images/stories/logo_mohe.jpg
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju menimbang rayuan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia, (UUM) jika Kementerian Pengajian Tinggi bertemu sendiri dengan beliau.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata perkara tersebut disampaikan kepada beliau ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar itu hari ini.

"Saya akan melakukan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin agar rayuan ini dapat dipercepatkan dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang media di Alor Setar.

Beliau berkata Azizan telah menerima surat rayuan UUM itu dan telah menyerahkannya kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk pertimbangan, namun permohonan tersebut ditolak.

"Ini kerana permintaan selama lima tahun yang dibuat universiti itu akan mengurangkan pendapatan kerajaan negeri hampir RM8 juta setahun," katanya.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Abdul Aziz berkata Azizan bersetuju perkara berkenaan dibincangkan pada mesyuarat kerajaan negeri dan PTG dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Terdahulu, Abdul Aziz menyerahkan surat rayuan Badan Perhubungan Umno Kedah kepada Azizan untuk dipertimbangkan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rebat tanah UUM itu.

Sebelum ini rayuan UUM untuk menyambung semua rebat cukai tanahnya ditolak oleh PTG negeri menyebabkan pihak universiti itu terpaksa membayar cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun berbanding hanya RM100,000 setahun.

Dalam pertemuan itu, Abdul Aziz juga memohon kepada kerajaan negeri supaya tidak menyifatkan cukai tanah dari UUM, Universti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dan juga Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebagai punca pendapatan kerajaan negeri.

"Kita tahu kerajaan negeri menghadapi kekangan sumber kewangan untuk menguruskan negeri tetapi mereka perlu mencari sumber pendapatan lain bagi memastikan mempunyai dana yang cukup bagi mengurus kerajaan," katanya.

Sementara itu, Azizan ketika dihubungi berkata beliau bersedia mempertimbangkan rayuan tersebut, tetapi permohonan mestilah dilakukan dengan saluran yang betul.

"Biarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat permohonan kepada kami dan kami akan pertimbangkan. Saya bukan orang yang tidak boleh dibawa berbincang namun ia kena dibuat mengikut saluran yang betul.

"Kementerian Pengajian Tinggi yang perlu buat permohonan kepada kerajaan negeri dan saya akan pertimbangkan perkara ini," katanya.

--Bernama

Baca Seterusnya......

Harga gula naik 20 sen

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

Baca Seterusnya......

Skandal Scorpene: Gelombang Perancis bermula

LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini.

Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut.

“Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan.

“Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup,” kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle.

Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk ‘rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat’ selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen.

Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia.

Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro.

Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah.

“Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci,” kata Cynthia dipetik.

Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis.

Seks dan pembunuhan C4 Altantuya
Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut.

Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut.

Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil.

Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya.
Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia.

Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau ‘melepaskan’ Altantuya kepada Razak.

Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia.

Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro
Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut.

Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak.

Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD.

Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut.

Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali.

“Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya,” tambah Gabriel.

Baca Seterusnya......

Ceramah Anwar Di Klang DiSerbu Polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5AlMZImr_C5Ia0cZ-6Rkas0zxc_QtO5oFSa8UNtLq0PB4ZzUMrGUkXBr9Mt28yehvgH3f2cJvJR4Obqxf4UfGwo4fCU-cHzBor22Ab96Elhu5qtI7eK_zmMueTCiCruy-G3SC7hCvczI/s400/Anwar+250311+01.jpg
PELABUHAN KLANG 8 MEI : Polis berjaya membatalkan ceramah anjuran Pakatan Rakyat, namun gagal menghalang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dari bertemu rakyat jelata.

Ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah yang berlangsung di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah malam tadi turut 'disertai' lebih seratus anggota Polis dengan 3 buah trak, seolah- olah dalam operasi menangkap pendatang tanpa izin.

Diketuai Ketua Polis Daerah Klang Assistant Commisioner Mohammad Mat Yusop, mereka bertindak menghentikan program ini atas alasan tiada permit polis.

Tindakan polis mematikan sistem audio semasa Timbalan Presiden, Azmin Ali berucap menyebabkan lebih seribu hadirin yang hadir memberontak.

Namun Azmin berjaya menenangkan keadaan dan berucap tanpa menggunakan sistem pembesar suara sebelum sekali lagi dihalang Polis.

"Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.

Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.

Anwar kemudiannya hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.

"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pon terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.

Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.

"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai. -keadilandaily

Baca Seterusnya......

Abu Darda, Saudagar yang “Berniaga” dengan Allah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQGZ5CZGXuoEWeCoxe0M-MXO98xWjP827ITpQC9TcjtiBvwfNE-rVIp4suuycQNCxTiFwLOVIPkjSH5r4TcwzkPUWck6ruzhBsm2VRa8Ilemv_ffoZwpwkIVMNHsio9jz9k5JPDE2YAosA/s300/1246716-743.jpg
Salah seorang di antara sahabat Rasulullah SAW yang utama ialah Abu Darda. Ia dikenal sebagai sahabat yang cerdas, tapi hidupnya sederhana. Ia bahkan menjalani hidup sebagai sufi yang wara – menjauhi kehidupan duniawi, lebih mementingkan ibadah. Ia salah seorang sahabat yang kehidupan ibadahnya menjadi teladan bagi sahabat Nabi yang lain.

Tidak jelas, bila Abu Darda memeluk Islam . Dia salah seorang hartawan Madinah dan saudagar yang terkenal jujur dan ramai orang yang lebih suka berdagang dengannya berbanding dengan pedagang lain kerana dia tidak pernah menipu.

Tentang keislamannya, Abu Darda menyatakan. “Aku mengislamkan diriku kepada Rasulullah SAW ketika aku ingin agar ibadah dan perniagaan dapat terhimpun dalam diriku. Tapi tidak berhasil. Lalu aku mengurangkan waktu perniagaan, agar aku dapat lebih banyak beribadah kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku tidak terlalu gembira meski pun setiap hari mendapat untung 300 dinar. Allah memang tidak mengharamkan perniagaan, tapi aku lebih suka bergabung dengan orang yang dalam berniaga tidak melalaikan Allah SWT.

Itulah Abu Darda, hartawan yang tidak hanya mengejar keuntungan duniawi, tapi bersamaan dengan itu juga mengejar keuntungan yang lebih berharga di sisi Allah SWT.

Sejarahwan dari Mesir, Khalid Muhammad Khalid, sempat memujinya. Dalam bukunya, "Para sahabat yang akrab dengan kehidupan Rasul". Dia menulis tentang Abu Darda, “tidakkah anda perhatikan sinar memancar di sekeliling keningnya? Dan tidakkah anda mencium aroma yang semerbak dari arah dia? Itulah cahaya hikmah dan harumnya Iman. Sesungguhnya Iman dan Hikmah telah bertemu pada laki-laki yang rindu pada Allah ini. Suatu pertemuan yang bahagia tiada tolik bandingnya.

Abu Darda mampu memandukan kegiatan perniagaan yang bersifat duniawi dan ibadah kepada Allah SWT, menjalin hubungan yang akrab dengan sesama manusia dan hubungan yang mesra dengan Allah SWT. Mampu mengambil hikmah kehidupan di dunia namun tak lupa mengharapkan pahala di akhirat.

Setelah meninggalkan perniagaan, Dia menjalani hidup sebagai sufi. Berikut beberapa ajaran Abu Darda yang penuh hikmah. “Maukah anda mendengarkan jika aku smpaikan amalan yang terbaik? Amalan yang terbersih disisi Allah, yang mampu mempertinggi derjat anda, yang lebih baik daripada memerangi musuh di medan perang, yang lebih baik daripada wang emas dan perak?” kata Abu Darda, “Amalan apakah itu?” tanya para sahabat. Jawab Abu Darda. “Dzukrullah, karena dzikir kepada Allah itu lebih utama.

Anak Durhaka

Suatu hari Abu Darda mengirim surat kepada sahabatnya, “tak ada satupun harta di dunia ini yang kamu miliki melainkan sudah ada orang yang memilikinya sebelum kamu, dan akan ada terus orang lain yang memilikinya sesudah kamu. Sebenarnya harta yang kamu miliki sekadar yang kamu telah menmanfaatkan untuk dirimu. Maka utamakanlah harta itu untuk orang yang memerlukannya, yaitu anak-anakmu yang mewarisimu. Mungkin kepada anak saleh yang beramal untuk Allah – maka engkau akan bahagia, mungkin kepada anak durhaka yang mempergunakan harta itu untuk maksiat – maka engkau lebih celaka lagi dengan harta yang telah engkau kumpulkan. Maka pecayakanlah nasib mereka kepada rezeki Allat SWT, dan selamatkanlah dirimu sendiri.”

Menurut pandangan Abu Darda, dunia seluruhnya hanyalah titipan Allah SWT. Ketika banyak harta rampasan di bawa ke Madinah sebagai hasil kemenangan pasukan Islam di Cyprus, Abu Darda malah menangis, maka sahabat Zubair bin Nafis pun bertanya, “Wahai Abu Darda, mengapa engkau menangis ketika di menangkan oleh Allah SWT?’ jawab Abu Darda, “Wahai Zubair, alangkah hinanya makhluk di sisi Allah bila mereka meninggalkan kewajibannya terhadap Allah SWT, selagi ia perkasa, berjaya mempunyai kekuatan, lalu meninggalkan amanat Allah SWT, jadilah mereka seperti yang engkau lihat.”

Suatu hari, Abu Darda berkunjung ke Syiria, yang kala itu makmur, penduduknya hidup dalam gelumang kemewahan. Melihat kenyataan itu ia memberi peringatan. “Wahai warga Syiria, kalian adalah saudara seagama, tetangga dan pembela dalam melawan musuh bersama, tapi aku hairan melihat kalian, mengapa kalian tidak punya rasa malu?” kalian kumpulkan apa yang tidak kalian makan, kalian bangun semua yang tidak kalian huni, kalian harapkan apa yang tidak kalian dapat. Beberapa kurun waktu sebelum kalian, kaum Ad telah mengumpulkan dan menyimpannya, mereka memimpikan dan membina, lalu meneguhkan bangunan, tapi akhirnya semua binasa. Angan-angan mereka jadi fatamorgana, dan rumah mereka jadi kuburan belaka.”

Sebagai ahli hikmah, Abu Darda selalu terbuka untuk meneliti dan merenungkan kembali ibadahnya. Ia selalu mengingatkan orang akan perilaku palsu, kerana kepalsuan melemahkan Iman, merasa lebih dari orang lain dan sombong. Tentang hal ini ia berkata, “kebaikan sebesar Zarah (butiran kecil) dari orang yang bertaqwa lebih berat dan bernilai daripada ibadah setinggi gunung dari orang yang menipu diri sendiri.”

Ibadah menurut Abu Darda, bukan sekedar mencari kebaikan dan mengerahkan segala daya upaya untuk mendapatkan ridha Allah SWT, melainkan juga senantiasa rendah hati, mengingat kelemahan diri sendiri. Ia berkata, “carilah kebaikan sepanjang hidupmu, sebab Allah SWT mempunyai tiupan rahmat yang dapat mengenai siapa saja yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Mohonlah kepada Allah SWT agar ia menutupi malu atau cela dan kejahatanmu, serta menghilangkan rasa tidak tenteram di hatimu.”

Itulah beberapa nasihat Abu Darda yang penuh dengan cahaya hikmah dan kebeningan hati. Banyak ulama yang menyatakan, Abu Darda adalah salah seorang pelendak Tasawuf. Karena lebih suka bersunyi diri, sampai di akhir hayatnya orang tidak tahu bila dia wafat dan dimana dikebumikan. Sebab hidupnya memang hanya untuk Allah SWT, “Berniaga” dengan Allah, dan hanya Allah SWT yang mengetahui segala hal mengenai dirinya.

Baca Seterusnya......

Peranan Ulama Terhadap Pemerintah (Umara)

http://sabdaislam.files.wordpress.com/2009/12/tauhid-139.jpg
Sebelum Said bin Jubair dijatuhi hukuman mati oleh penguasa zalim al-Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqofi pada masa pemerintahan Abdul Malik al-Abbasy, terjadi dialog antara Said seorang ulama besar pada masa itu dengan al-Hajjaj si penguasa zalim.

Al-Hajjaj : Siapa nama anda?
Said : Said bin Jabir.
Al-Hajjaj : Kamu adalah Syaqi bin Kasir
(Said artinya bahagia, sedang Syaqi artinya sengsara. Jabir berarti Penyabar, sedang Kasir: Perusak)
Said : Ibuku lebih mengetahui dari pada Anda tentang Namaku.
Al-Hajjaj : Kau dan ibumu sengsara.
Said : Tak seorangpun mengetahui yang ghaib selain Dia.
Al-Hajjaj : Kau harus merasakan neraka dunia.
Said : Kalaulah aku yakin hal itu ditangan kekuasaanmu aku akan jadikan engkau Tuhan.
Al-Hajjaj : Apa keyakinanmu tentang Muhammad?
Said : Beliau adalah Nabi pembawa rahmat dan Imam petunjuk.
Al-Hajjaj : Pendapatmu tentang Ali (bin Abi Thalib), apakah dia di Surga atau di neraka?
Said : Jika kau dapat masuk ke dalamnya engkau pasti akan tahu siapa penghuninya.
Al-Hajjaj : Kalau tentang para Khulafa, apa komentarmu wahai Said?
Said : Yang jelas, Anda bukan wakil (penguasa) bagi mereka.
Al-Hajjaj : Siapa diantara mereka yang engkau senangi?
Said : Yang diridhoi Sang Khaliq.
Al-Hajjaj : Siapa yang paling diridhoi-Nya?
Said : Yang mengetahui itu adalah Dia yang Maha Mengetahui rahasia dan bisikan mereka.
Al-Hajjaj : Mengapa kau tidak tertawa, wahai Said?
Said : Bagaimana makhluk yang diciptakan dari tanah dan dapat dibakar api dapat tertawa.
Al-Hajjaj : Hahaha, kami dapat tertawa sesuka hati?
Said : Karena hati yang ternodai.

Setelah dialog panjang tersebut al-Hajjaj memperlihatkan berbagai perhiasan emas, permata, berlian kepada Said, sebagai tawaran duniawi kepadanya seraya Said berkata: Jika Anda mengumpulkan ini semua karena takut kepada kegalauan Hari Kiamat, maka hal itu baik, karena tidak ada sedikit kebaikan pun pada harta dunia, kecuali harta yang baik dan bersih. Kemudian al-Hajjaj memerintahkan pesuruhnya untuk mengambil cambuk dan bara api untuk menyiksa Said. Saat itu Said menangis. Kenapa engkau menangis Said? Kata al-Hajjaj terhairan-hairan. Apakah engkau menganggapnya sebuah permainan belaka? Sambung al-Hajjaj.

Said : Aku merasa sedih. Tiupan bara itu mengingatkanku akan sangkakala yang ditiup di Hari Akhir kelak, sedangkan kayu cambuk itu adalah pohon yang dipotong tanpa nilai kebenaran sedikitpun. Al-Hajjaj pun marah seraya berkata: Neraka Wail (celaka) bagimu Said.

Said : Tidak akan celaka orang yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam Surga.

Al-Hajjaj : Wahai Said, engkau boleh memilih dengan cara apa aku membunuhmu?
Said :Terserah Anda, tentukanlah. Demi Allah tidak ada yang membunuhku dengan cara apapun kecuali Allah akan membunuhnya dengan cara itu di akhirat kelak.
Al-Hajjaj : Apa engkau ingin aku maafkan.

Said: Maaf… Adalah milik Allah semata. Sedang Anda tidak akan selamat dan memperoleh maaf (dari-Nya).
Lalu al-Hajjaj memerintahkan untuk membunuh Said.
Al-Hajjaj : Bunuh dia.

Saat Said keluar, beliau sempat tersenyum lebar. Ketika dilaporkan tentang sikapnya itu, al-Hajjaj memanggilnya kembali kerana tersinggung.
Al-Hajjaj : Mengapa engkau tertawa hai Said.
Said : Aku tertarik dengan keberanian Anda terhadap Allah dan kelembutan Allah terhadapmu.
Al-Hajjaj pun marah.
Katanya : Segera bunuh dia.
Lalu Said menghadap Kiblat
Said : Aku hadapkan wajahku kepada yang mencipta langit dan bumi secara lurus dan berserah diri dan aku bukan orang-orang yang musyrik.
Al-Hajjaj : Palingkan orang itu dari arah Kiblat. Said berkata “Kearah manapun kalian hadapkan wajah kalian, disanalah kalian mendapatkan wajah Allah”. Al-Hajjaj kurang puas dan semakin geram lalu berkata lagi: Tundukkan wajahnya ke bawah tanah.
Said : Darinya (tanah) Kami ciptakan kalian, kepadanya Kami kembalikan kalian dan dari padanya Kami bangkitkan kalian sekali lagi.
Al-Hajjaj : Cepat sembelih orang ini !!! Kata al-Hajjaj marah.

Said pun mengakhiri hayatnya dengan seuntai kata indah:
Sedangkan aku, maka aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba Rasul Allah, ambilah persaksianku ini sampai engkau berjumpa dengan ku di Hari Kiamat. Allahumma Ya Allah, jangan Engkau jadikan dia berkuasa kepada seseorang yang membunuhnya sesudahku.

Demikian sekelumit kisah dialog antara seorang ulama besar Said bin Jabir dengan seorang penguasa yang zalim al-Hajjaj, sebagai tauladan bagi para Warasatul Anbiya dalam memainkan peranan Amar Makruf Nahi Munkar ditengah masyarakat.

Keberanian dalam membela kebenaran, ketegasan jawaban dalam berdialog dengan perhatian kepada adab sopan santun berbicara, ketajaman pemikiran dan kedalaman pengetahuan, semua itu menjadi sifat dan kriteria para ulama salaf, semacam Said bin Jabir, Said bin al-Musayyab dan lain-lain. Mereka adalah ikutan masyarakat, penasihat penguasa dan pengharum nama bangsa serta penyelamat umat dari bentuk-bentuk penyimpangan dari jalan Allah SWT.
Sebaliknya para pemerintah atau penguasa pun harus mendengar para ulama dengan sikap dewasa sekalipun nasihat yang disampaikan pahit. Ketika Umar bin Abdul Aziz dinobatkan menjadi khalifah, maka banyak orang berdatangan dari berbagai negeri di Jazirah Arab dan sekitarnya, di antaranya adalah rombongan dari Hijaz, lalu majulah anak kecil sebagai juru bicara dari mereka. Khalifahpun meminta: Hendaknya orang yang lebih besar untuk berbicara. Anak itupun berkata: "Semoga Allah memperbaiki engkau wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya seseorang itu justeru dilihat dari hal yang kecil yakni hati dan lisannya, jika Allah mengurniainya lisan yang tajam dan hati yang terpelihara, maka orang itu mempunyai hak untuk berbicara." Khalifah pun membenarkan anak itu. Kemudian anak tersebut memulai bicara dengan memberikan nasihat kepada sang Khalifah. Khalifah bertanya: Berapa umur anak itu? Ia baru berusia 11 tahun, dialah putra dari Husein bin Ali ra. Fa'tabiruu yaa Ulil Albab La'allakum Turhamun.

Baca Seterusnya......

Friday, May 6, 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU PERUBATAN DIBEKUKAN SEHINGGA 2016

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsnFuHtdnywhZgQzE6ja6R9J91LAo1_V1AcAXQwnSbo4yqxi-qWaGfFBYPytf_NpHXY4Z6nv4GOdQFWQh0aL4Y9UWqSg957gAyL_XiDblRFK6-oteYBFHb33dIVsQT5DCoZaz-zni4mYbJ/
KENYATAAN PENUH MENTERI PENGAJIAN TINGGI BERHUBUNG KEPUTUSAN MEMBEKUKAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU PERUBATAN

BERIKUT ADALAH KENYATAAN AKHBAR MENTERI PENGAJIAN TINGGI DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN BERKAITAN MORATORIUM PENAWARAN KURSUS BAHARU BIDANG PERUBATAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI:

BERDASARKAN kepada kadar pengeluaran graduan perubatan dari IPT sedia ada, negara akan berupaya mencapai sasaran seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400) menjelang tahun 2020 secara berperingkat tanpa perlu penambahan kursus perubatan baharu.

Apa yang lebih penting adalah satu bentuk kawalan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan bilangan graduan perubatan yang dihasilkan ini dapat menjalani latihan siswazah yang berkualiti supaya mereka menjadi doktor yang kompeten dan selamat untuk mengamal.

Sehubungan dengan itu, kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan moratorium ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) selama lima tahun, mulai 1 Mei 2011 hingga 30 April 2016.

Pelaksanaan moratorium bagi penawaran kursus baharu perubatan di IPT perlu dilaksanakan segera berdasarkan kepada justifikasi-justifikasi seperti berikut:

(i)Peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan oleh IPT;

(ii)Kompetensi pegawai perubatan siswazah (housemanship);

(iii) Isu tenaga pengajar; dan

(iv)Isu Hospital Pengajar (Teaching Hospital).

Selain itu, moratorium pengambilan baharu dicadangkan juga dikuat kuasakan kepada IPT yang tidak menepati kriteria dan piawaian akreditasi. Pengiktirafan sedia ada boleh ditarik balik sehingga penambahbaikan dilaksanakan.

Pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara.

Ini kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 buah IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai dan diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang tahun 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400).

Sehingga 31 Januari 2011, terdapat sebanyak 33 buah IPT (11 IPTA dan 22 IPTS) yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda. Walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah 47.

Ini kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada 1 program. Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (2006) dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009).

Daripada jumlah keseluruhan 33 buah IPT, 17 buah IPT telah diberikan pengiktirafan, 8 daripadanya adalah IPT awam manakala selebihnya adalah IPT swasta.

SEKIAN

MOHAMED KHALED NORDIN

5 MEI 2011

Baca Seterusnya......