Abby
Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja
mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang
keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama
YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang
YIK Nilam Puri.
Abby yang terkenal dengan
watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini
bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini
termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping,
Perak, minggu lalu.
Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya
dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis
mencabarnya supaya berdebat dengannya.
Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.
Abby
Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat
dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai
pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan
untuk berhijrah.
“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas)
untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis
agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.
“Saya
seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui
peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat
kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.
Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.
Apa-apa
pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau
di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.-Sumber Kelab GB
Friday, July 20, 2012
Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS
Posted by Suhaimi at 7:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment