Sumber Beritasemasa
Apa yang berlaku pada Proton Preve ini? Siapakah pemilik disebalik model Proton Preve ini?
Apakah sebenarnya masalah yang dialami
oleh kebanyakan Proton Preve ketika ini termasuklah kereta Proton Preve
merujuk kepada gambar di atas ini sehingga mendatang kerisauan kepada
pemilik dan juga bakal pembeli yang berminat untuk menempah Proton Preve
ini selepas beberapa gambar di atas dan yang seterusnya seperti di daam
laporan berita kali ini mula tersebar di internet……
Mengapa produk Proton dilihat begitu
dekat dengan rakyat Malaysia? Ini kerana…hakikatnya kami boleh katakan
ini merupakan kereta Proton yang asalnya merupakan idea dan buah tangan
Tun Dr Mahathir telah banyak menggunakan duit negara (duit rakyat) sehingga
berbelas bilion ringgit berdasarkan rekod dan semakan Kementerian
Kewangan ketika itu semasa membangunkan Proton sekitar tahun 90an.
Proton telah menggunakan guna duit kerajaan untuk tubuhkan kilang buat
kereta. Tiada negara dalamdunia bertindak melabur untuk membuat kereta
kecuali Malaysia, di mana negara lain cuma bagi menyediakan
insentif/kemudahan kepada pelabur untuk tubuhkan kilang buat kereta.
“Ya…hanya di Malaysia”
Jadi, rakyat Malaysia sememangnya ada
hak untuk tampil memberikan pandangan dan kritikan yang membina supaya
dilihat pelaburan yang mereka “korbankan” selama ini benar-benar
berbaloi.
Walaubagaimanapun, dalam isu kali ini
sebelum membuat sesuatu pertimbangan, kita perlu mengambil satu
penilaian yang boleh kami katakan bersifat objektif daripada mana-mana
pengkritik automotif yang berpengalaman termausklah daripada anda-anda
semua di sini. Apatah lagi, Proton Preve masih lagi “baru” dalam pasaran.
Bagi kami penilaian seperti yang
ditunjukkan pada gambar di atas ini boleh kami katakan sebagai sabotaj.
Entah-entah mungkin tidak pernah menggunapakai pakai langsung kereta Proton Preve
ini tetapi mungkin minda sudah menetapkkan Proton adalah “tidak
berguna”, maka akan terus dikritik dan dikritik tanpa alasan yang kukuh.
Samalah juga pandangan yang
mengagung-agungkan/mempromosikan secara melampau sehingga mengkritik
kereta orang lain. Maka pandangan seperti ini juga tidak wajar diambil
secara serius aatah lagi tidak disertakan alasan yang begitu kukuh. Jadi
adalah penting di sini untuk kita menganalisa terlebih dahulu sebelum
membuat sebarang pertinbangan (analytical minded).
Antara Dakwaan Masalah Proton Preve? Benarkah?
Adakah dengan hanya beberapa keping
kertas, adakah ramai yang akan terus melenting dan mengakui Proton Preve
ini sangat teuk mesalahnya ketika ini sehingga menyebabkan siri
menjatuhkan Proton orang lain ini dilihat telah berjaya? Begitu?
Kejadian ini dikatakan berlakudi sekitar
cawangan Sungai Besi. “Tuan punya kereta” ini mengatakan berlakunya
kebocoran enjin. Agak tergantung di situ?
Teringat kami kes yang berlaku
di PreveClub di aman terdapat seorang individu yang menjaja cerita dan
kisah mengatakan brake kereta beliau mengalami kerosakan. Ada kebocoran
katanya lagi dan bertindak sehingga mahu menghantar aduan kepada
pengurusan tertinggi, akhirnya terbongkar di mana rupa-rupanya di pengadu tersebut hanyalah kaki provok yang hanya mengaku sebagai “pemilik Proton celup” sahaja.
Antara kenyataan beliau di facebook
Kami lebih suka kes yang berlaku kepada pemilik model kereta Honda
sebelum ini. Masih ingat lagi? Pemilik kereta Honda itu sendiri yang
membongkarkan dan mendedahkan diri beliau yang sebenar di mana gambar
kereta Honda di atas dimuat naik sendiri di blognya. Berbeza dengan kes
Proton Preve seperti di atas.
Apa kata pemilik sebenar Proton Preve?
- Kes kereta Honda Civic : Pemilik menjelaskan masalah sebenar secara jelas dan beliau hanya memberikan komen dan pandangan hanya berkenaan masalah yang menimpa kereta beliau sahaja.
- Kes kereta Proton Preve : Yang ditulis dan yang dipaparkan ketika ini selalu digunakan oleh “basher”. Lebih kepada mahu menghentam Proton di mana tidak highlight pasal masalah sebenar yang menimpa kereta tersebut di mana masalah kereta tersebut ala2 -ala tergantung. Enjin bocor?? Apa bocor.. air menitik?? Di mana??
0 comments:
Post a Comment