Oleh: imamsurau
"
Rupa-rupanya
semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN
seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN
menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak
negara merdeka.
Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa
mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih
kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan
datang ini.
Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen
telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang
sama. “Dah nak tergolek baru panggil kami” kata salah seorang yang
menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang
tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius
dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.
“Kami bekas-bekas ADUN
dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar
temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang
‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja” kata bekas ADUN yang
masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.
Bekas ahli
parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan
sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat
mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi
BN akan lingkup” katanya kepada saya.
Apa yang dilakukan oleh
Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini
merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral
standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit
yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil
dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.
Tetapi
Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa
tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama
ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada
pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak
bertapak kepada bumi yang nyata.
Semasa saya menulis posting ini
saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah
negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. “Apa
yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya
orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya
dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya
UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan
kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara.” kata beliau
yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun
dahulu.
“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja.
Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni
Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan
ramai. Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk
mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak.”
Sambungnya lagi.
Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah
dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah
yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal
harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat
makan karipap sahaja.
Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin
berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak
tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’
terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar
itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.
Di
negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor,
menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan
mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.
Anak-anak
pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik
negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih
Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk
keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.
Anak pemimpin besar
negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan
perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar
memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan
semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta
benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.
Sebagaimana
yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan
Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa
terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi
jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.
Saya bertanya kepada ahli
MUBARAK itu, "So are you going to campaign for Pakatan?" Beliau
menjawab, "I am not sure how to do it, but if they vote against BN, I'll
be the first to congratulate them"
Saturday, July 14, 2012
Bekas wakil-wakil rakyat BN bersungut
Posted by Suhaimi at 1:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment