Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti
eksais kenderaan diturunkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau
berkata penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara
sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur
negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.
Katanya
jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais,
rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan
sebab duit tidak ada.
"Bila mereka hapuskan duti eksais harga
kereta akan turun, itu betul...tapi kalau tiba-tiba turun (duti eksais)
kedai-kedai second hand yang ada banyak kereta memang akan muflis dan
orang yang bekerja di kedai itu macam mana?
"Itu akan beri
kesan sampingan kepada ekonomi. Nak kurangkan eksais itu boleh tapi kena
fikir banyak aspek, keburukan dan kebaikannya," katanya kepada
pemberita selepas melawat rumah Leha Nayan sempena Program Tenaga
Nasional Berhad (TNB) Prihatin di Tasek Gelugor hari ni.
Beliau
berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Mohd
Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan
pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Nor
Mohamed berkata janji yang dibuat pakatan pembangkang jelas menunjukkan
bahawa mereka kecetekan pemikiran kerana membuat kenyataan tanpa
mengkaji dan memikirkan kesan yang akan diterima negara apabila kesemua
janji itu
dilaksanakan.
Katanya sikap pembangkang itu
sangat berlawanan dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa
mementingkan kebajikan rakyat dengan membuat keputusan mengikut
kebijaksanaan supaya ekonomi dapat dijana dan rakyat mendapat
kemakmuran.
Mengenai Program TNB Prihatin, Nor Mohamed, yang
juga anggota Parlimen Tasek Gelugor, berkata program itu selari dengan
hasrat kerajaan yang mahu memastikan semua rakyatnya mendapat bekalan
elektrik yang mencukupi.
Beliau berkata hanya satu peratus
penduduk di Semenanjung dan lima peratus di Sabah dan Sarawak yang masih
belum mendapat bekalan elektrik.- Bernama
Sunday, July 29, 2012
Menteri: Ekonomi tak stabil jika harga kereta diturunkan
Posted by Suhaimi at 8:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment