KUALA LUMPUR, 16 JULAI: PAS hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak memberikan penjelasan berhubung penamatan perkhidmatan
Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada
1 Julai lalu.
Tuntutan penjelasan tersebut terkandung dalam surat kepada Najib yang
diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamad Nazri Aziz di parlimen pagi tadi.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, perkhidmatan Abu Bakar
ditamatkan melalui pemakluman sepucuk surat yang ditandatangi Najib
sendiri.
“Kami difahamkan bahawa Tan Sri Abdu Bakar Abdullah berumur 57 tahun
dan beliau baru sahaja menandatangani persetujuan melanjutkan tugas
sehingga umur persaraan wajib 60 tahun mengikut polisi baru kerajaan.
“Bagaimanapun pun beliau dengan tiba-tiba telah ditamatkan
perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tanpa
sebarang alasan diberikan,” menurut petikan surat yang diedarkan dalam
sidang media yang diadakan di perkarangan Dewan Rakyat petang tadi.
Mahfuz memberitahu penamatan perkhidmatan tersebut menyebabkan Abu
Bakar tidak akan memperolehi manfaat sebagai pesara kerajaan lain
seperti menerima pencen bulanan dan lain-lain.
Penamatan Abu Bakar dibuat mengikut Peraturan 49 Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atas dasar kepentingan awam
serta gagal tapisan keselamatan.
“Persoalan yang timbul apakah maksud kepentingan awam serta
keselamatan negara yang membolehkan peraturan tersebut digunakan dalam
penamatan perkhidmatan Abu Bakar sebagai Ketua pengarah Perkhidmatan
Awam? soal Mahfuz.
Sekiranya Abu Bakar benar-benar ada melakukan jenayah yang mengancam
keselamatan dan kepentingan awam, maka satu tindakan tegas perlu
diambil, bukan sekadar menamatkan perkhidmatan beliau, katanya.
Bagaimanapun, menurut Mahfuz, Najib harus mengkaji semula keputusan
tersebut sekiranya penamatan perkhidmatan Abu Bakar dibuat bagi menutup
kesalahan pihak lain dalam membuat keputusan kontroversi isu Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA).
“Dalam isu SPBA, bukan Abu Bakar sahaja yang membuat keputusan, tetapi diputuskan setelah dibuat kajian dan mesyuarat.
“Tak wajar kesalahan tersebut hanya dia seorang sahaja yang menanggungnya,” ujar Mahfuz lagi.
Selain itu, isu perlantikan Datuk Seri Dr Ali Hamsa sebagai KSN yang
baru menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang berkuatkuasa pada 24
Jun baru-baru ini turut mendapat perhatian PAS.
“Kenapa Datuk Seri Dr Ali Hamsa dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha Negara dan bukannya Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
“Tan Sri Abu Bakar Abdullah merupakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebelum ditamatkan perkhidmatan beliau.
“Semasa menjawat jawatan tersebut beliau memegang Gred Turus 2
berbanding Datuk Seri Dr. Ali Hamsa yang hanya memegang Gred Turus 3.
“Adalah menjadi amalan biasa perkhidmatan awam negara, pegawai
tertinggi kerajaan akan dinaikkan pangkat mereka mengikut gred dan juga
kekananan jawatan,” menurut petikan surat itu lagi.-Selangorku
Tuesday, July 17, 2012
PAS Minta Penjelasan PM Berhubung Penamatan Perkhidmatan Abu Bakar
Posted by Suhaimi at 7:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment