KUALA LANGAT, 19 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan notis
pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kepada
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin
Fah Kui hari ini (19/7/12).
Notis tersebut telah diserahkan oleh delegasi Kerajaan Negeri yang
diketuai oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan
Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.
Selain itu turut serta dalam delegasi tersebut termasuklah Exco Kerajaan
Negeri lain, Iskandar Samad, Ronnie Liu dan Dr Halimah Ali.
Penyerahan notis tersebut merupakan tindakan yang selaras dengan Klausa
32 dalam perjanjian konsesi air antara Kerajaan Negeri Selangor,
Kerajaan Persekutuan dan Syabas.
“Kita telah disambut oleh Saudara Nicholas iaitu Setiausaha Sulit Kanan
kepada Menteri di kementerian itu, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
“Kita telah menjelaskan isu ini kepada dia, dia pun faham dan dia terima sekali kertas kerja yang kita hantar.
“Dia orang mintak kertas kerja, itu pun kita dah hantar sekali.Dia akan
beri kepada menteri, tetapi masa saya dalam perjalanan ke sini tadi ada
berita bahawa Menteri KeTTHA umum bahawa sekarang bukan bawah kuasa
dia.,” ujar Dr Xavier ketika ditemui TVS dalam Majlis Sesi Dialog Bajet
Selangor 2013 Peringkat Daerah Kuala Langat hari ini.
Ekoran kerajaan Selangor bertindak untuk memantau perjalanan operasi
Syabas, hari ini kerajaan persekutuan telah membentuk Jawatankuasa Khas
kabinet bagi menanganani isu Air di Selangor, Wailayah Persekutuan dan
Putrajaya
“Kabinet telah wujudkan satu jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa
Menteri dalam jawatankuasa itu termasuk dari Selangor,” katanya lagi.
Menurut Dr Xavier lagi, Kerajaan Negeri akan diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi.
Selain Khusrin, Kerajaan Negeri turut bercadang untuk menghantar wakil
di kalangan Ahli Exco atau Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
sendiri.
Sementara itu, Majlis Sesi Dialog Bajet Selangor 2013 Negeri Selangor
yang diadakan di Dewan Seri Jugra di sini telah dihadiri kira-kira
seratus peserta dari pelbagai latar belakang.
Perbincangan dan rumusan dari dialog tersebut akan dibawa ke peringkat
lebih tinggi untuk diputuskan sebelum Bajet 2013 Negeri Selangor
dibentangkan pada September nanti.- Selangorku
Friday, July 20, 2012
Kerajaan Selangor Serah Notis Ambil Alih Syabas
Posted by Suhaimi at 7:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment