Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, July 11, 2012

Rasulullah Selalu Berlapar


Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w. kenyang makan roti gandum 3 hari berturut-turut sejak Baginda datang di Madinah sehingga Baginda meninggal dunia."

Satu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Njjar daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab Baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!'

Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.'"

0 comments: