BENTONG - Persekitaran hijau dan alam semulajadi yang masih terpelihara
di sekitar Janda Baik di sini, dilihat menjadi pilihan terbaik bagi
pembinaan zoo negara yang baru.
Anggota Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Zoo Negara
sedia ada kini dilihat tidak lagi sesuai berikutan pembangunan pesat
yang berlaku di sekelilingnya.
"Bagaimanapun kerajaan masih belum memutuskan lagi sama ada akan
dilaksanakan atau tidak, memandangkan ia masih dalam peringkat
perancangan.
"Perancangan untuk memindahkan Zoo Negara ke kawasan Janda Baik dilihat
pilihan terbaik kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Kuala
Lumpur.
"Kawasan persekitaran yang menghijau di Janda Baik amat sesuai untuk
dijadikan tempat tapak zoo bagi menempatkan pelbagai jenis haiwan. Namun
begitu ia masih memerlukan perancangan teliti dan rapi bagi memastikan
tidak menimbulkan masalah kepada penduduk," katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk di Janda Baik hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata sekiranya perancangan
pemindahan Zoo Negara itu diluluskan ke kawasan berkenaan, sesi taklimat
khas perlu diadakan kepada penduduk.
"Ianya penting bagi memastikan penduduk mengetahui dengan jelas perkara itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
“Pemindahan Zoo Negara ke kawasan ini dilihat dapat menjadikan Janda
Baik sebagai destinasi yang lebih terkenal dengan kepelbagaian produk
pelancongan," katanya.- Bernama
Sunday, July 1, 2012
Liow: Janda Baik pilihan terbaik lokasi Zoo Negara
Posted by Suhaimi at 9:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment