KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin
Hussein perlu bertanggungjawab terhadap keganasan perhimpunan aman
BERSIH 3.0 yang telah mengakibatkan Asrul Wadi Ahmad, 27, buta sebelah
mata akibat ditembak dengan gas pemedih mata polis.
Ketua
Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan agar memberi pampasan
seumur hidup kepada Asrul yang juga seorang jurutera mekanikal.
“Sebelum insiden tersebut, penglihatan Asrul sempurna 20/20 tetapi kini
tahap penglihatan mata kanannya hanya 15 peratus. Akibatnya, beliau
mungkin tidak boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal walaupun
mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Tun
Hussein Onn dalam bulan Februari,” katanya.
Menurutnya, Asrul telah berunding dengan dua hospital swasta serta tiga
hospital kerajaan ttapi malangnya diberitahu bahawa kecederaan yang
dialami pada mata kanannya adalah serius malah penglihatannya tidak
dapat dipulihkan semula melalui prosedur perubatan.
“Mata kanan Asrul telah diberi sembilan jahitan dan dua lagi bagi kecederaan yang dialami dibawah hidungnya,” jelasnya.
Ahli Parlimen Ipoh Timor itu berkata, mengimbas kembali kejadian pahit
yang berlaku Asrul bersama ayah dan adik lelakinya melarikan daripada
semburan air di Jalan Tun Perak menuju ke Masjid Jamek untuk
berlindung.
“Apabila beliau keluar daripada Masjid Jamek dalam keadaan berpusu-pusu
dan terpisah dari adik dan ayahnya ketika itulah, beliau terkena
tembakan kanister dan jatuh,” katanya.
Beliau yang memetik laporan media online berkata, kanister gas pemedih
mata tersebut telah diarahkan dan ditembak terus kepadanya, kemudian
orang ramai yang berada di sekitar membawa beliau mendapatkan bantuan
kecemasan paramedik yang datang dengan ambulans kemudian membawanya ke
hospital.
Kit Siang berkata, sekiranya Hishammuddin tidak bersedia untuk
mengambil inisiatif menggesa kerajaan untuk memberi pampasan kepada
Asrul, satu kempen di seluruh negara harus dilancarkan.
Wednesday, July 25, 2012
Bersih 3.0: Kerajaan BN bertanggungjawab atas kecederaan mata Asrul Wadi
Posted by Suhaimi at 7:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment