Katanya, ketua biro profesional muda MCA, Datuk Chua Tee Yong sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan seperti itu.
"Orang yang membuat dakwaan ini tidak membuat semakan terlebih dahulu mengenai jual beli ini kerana perjanjian telah dibuat pada 12 Januari 2006 di mana, semasa itu Selangor di bawah kerajaan BN," kata Teresa dalam sidang media selepas mesyuara Exco di Shah Alam petang ini.
Chua semalam mendakwa, kerajaan Selangor membeli unit pejabat tersebut dari syarikat pemaju perumahan Talam Corporation Sdn Bhd (kini Trinity Corporation) dengan membuat bayaran lebihan sebanyak RM 1.9 juta berbanding harga rizab lelong.
Chua (foto, bawah) yang juga timbalan menteri pertaian dan industri asas tani juga mendakwa kerajaan negeri membeli lima unit pejabat itu dengan harga 327 peratus lebih tinggi daripada harga rizab lelong pada tahun 2010.
Kok juga berkata, kerajaan negeri mempunyai bukti transaksi berhubung perjanjian bagi pembelian tersebut.
Katanya, perkara itu melibatkan Pendidikan Industries YS Sdn Bhd (Unisel) dan wakil Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) bagi melakukan perjanjian bersama sebuah syarikat kontraktor Maxisegar.
Justeru, kata Kok, kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat hanya meneruskan persetujuan yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini dengan mematuhi perjanjian tersebut.
"Apabila Pakatan mengambil alih Selangor, kita harus memulakan peruntukan global dengan Talam. Jadi Pakatan perlu mematuhi perjanjian yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang mana telah dipersetujui oleh mahkamah," kata Kok lagi.
0 comments:
Post a Comment