leh: AnakSgDerhaka
"Setelah
UMNO yang diperkudakan GERAKAN dalam memerintah Pulau Pinang gagal
mempertahankan kuasanya selepas PRU12 lalu, media tunggangan UMNO sering
memainkan isu kononnya Melayu Pulau Pinang kini terpinggir.
Tujuannya
tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menakutkan Melayu Pulau
Pinang yang mereka jangkakan sebodoh penyokong-penyokong UMNO Pulau
Pinang.
Menurut pemimpin UMNO yang kenyataan mereka disiarkan
oleh media tunggangan UMNO/BN, setelah DAP/PR berkuasa di Pulau Pinang,
Melayu terpinggir dan tersingkir dari Pulau tersebut.
Adakah benar dakwaan mereka itu??
Pada
31 Januari 2012, seramai 31 orang Melayu pemilik tanah warisan (tanah
melayu), di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang, telah menjual
tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) dengan harga
RM8,563,983.12.
Tanah mereka telah dibeli pada harga RM21 setiap kaki persegi dan tanah tersebut kemudiannya telah dijual semula dengan harga RM33 setiap kaki persegi oleh Maison Height kepada Kay Pride Sdn. Bhd. Transaksi ini telah memberikan keuntungan mencecah RM5Juta dalam masa yang singkat kepada Maison Height Sdn. Bhd.
Menariknya dalam hal ini Masion Height Sdn. Bhd. yang menjadi agen atau orang tengah transaksi tersebut dikuasai oleh Pemimpin UMNO sendiri.
Dalam melaungkan isu kononnya angkara DAP/PR, Bangsa Melayu di Pulau Pinang mula tersingkir dan terpinggir dari Pulau Pinang mereka sendiri yang menjadi barua dalam menyebabkan hal tersebut berlaku.
Masion Height Sdn. Bhd. (849163-W) didaftarkan pada 06 Mac 2009 dan dialamatkan di 56-I, 3rd Floor Perak Plaza, Perak Road, Georgetown, Pulau Pinang.
Lihat dokumen seterusnya di SINI
0 comments:
Post a Comment