Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, November 28, 2013

Seorang kanak-kanak yang takutkan Neraka


Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Ketika dia berjalan-jalan dia melihat seorang kanak-kanak sedang mengambil wudhuk sambil menangis.

Orang tua itu yang melihat seorang kanak-kanak itu menangis menegurnya , " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis ? "

Maka berkatalah kanak-kanak itu ,

" Wahai datuk saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga kepada ayat yang berbunyi , ' Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum ' ertinya , ' Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu '. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka. "

Berkata orang tua itu, " Wahai anakku , janganlah kamu takut , sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka . "

Berkata kanak-kanak tersebut, " Wahai datuk, datuk adalah orang yang berakal, tidakkah datuk lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa . "

Berkatalah orang tua itu , sambil menangis , " Sesungguh kanak-kanak ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti ?

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Baca Seterusnya......

Penggemar Daging Orang Utan Mendakwa Lebih Lazat Dari Daging Lembu Dan Babi

” Penggemar Daging Orang Utan Mendakwa Lebih Lazat  Dari Daging Lembu Dan Babi “
Penggemar Daging Orang Utan Mendakwa Lebih Lazat  Dari Daging Lembu Dan Babi |  -PENDUDUK di sebuah perkampungan di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan memakan daging Orang Utan.

” Penggemar Daging Orang Utan Mendakwa Lebih Lazat Dari Daging Lembu Dan Babi “

Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.

Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.

“Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan babi,” ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.

Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50, pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.

Susulan kejadian ini, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia menahan tiga lelaki, Khamis lalu setelah siasatan mendapati dakwaan orang utan tersebut sudah mati ketika ditemui rupanya hanya satu helah.

Perkara ini tersebar selepas gambar-gambar lelaki terbabit memasak dan menyimpan tulang orang utan dikongsikan sempena Minggu Kesedaran Orang-utan anjuran sebuah organisasi, minggu lalu.

Orang Utan merupakan spesies terancam yang kian pupus akibat aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

Kini Orang Utan hanya boleh ditemi di sekitar hutan Kalimantan dan Sumatera sahaja. – Dailymail

Baca Seterusnya......

Mesirkini: Morsi bakal kembali seperti Nabi Yusof?


" Krisis Mesir tiada penghujung dan tiada kesudahan. Setelah lebih 100 hari sejak kudeta Tentera, lebih 6,000 menjadi korban tentera dan ribuan lagi disumbat ke dalam penjara oleh regim kudeta Tentera.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang unik berlaku di Mesir. Setiap hari berlaku demostrasi rakyat untuk mengutuk dan mendesak kejatuhan kudeta tentera.

Jarang benar jika berlaku kudeta Tentera di mana-mana dunia,rakyatnya berani membuat demostrasi jalanan yang aman. Tetapi itulah terjadi di bumi Nabi Yusuf a.s ini.

Cuba anda bayang setelah 6,000 rakyat menjadi korban tentera,kebangkitan rakyat semakin membara. Bermula dari penyokong Ikhwan hinggalah kini semua rakyat terlibat untuk menjatuhkan regim kudeta Tentera ini.

Kini, regim kudeta terpaksa berhadapan dengan pelajar pula. Bermula dari seawal tadika hinggalah pelajar universiti seluruh Mesir.

Bilakah ianya akan berakhir? Inilah persoalannya.

Bagi rakyat Mesir, tiada pengakhiran dan kesudahan hinggalah regim kudeta dijatuhkan dan semua askar balik ke berek masing-masing dan pimpinan tentera dihadap ke mahkamah untuk pengadilan.

Rakyat tidak akan berpatah balik.Mereka sudah kehilangan lebih 6,000 syuhada' tetapi sedang "mengilang" jutaan orang untuk jatuhkan regim dokongan Amerka dan Zionis ini.

Di pihak kudeta dan boneka pula,pelbagai cara dibuat untuk menangani krisis ini.Bermula bantuan Amerika,negara Teluk hinggalah perisikan Israel. Semuanya gagal.

Membunuh,menangkap dan mengubal akta demi akta sudah dibuat untuk menghalang kebangkitan rakyat. Malangnya kebangkitan rakyat semakin membara dan semangat moral anggota tentera semakin menurun dan merundum teruk.

Bagi rakyat, " bunuhlah seberapa ramai kamu mahu dan penjarakan sebanyak mana kamu mahu.......".

Mati akal Amerika,Negara Teluk dan Zionis untuk hadapi "ungkapan keramat" ini !

Yang pastinya, "permainan" ini amat meletihkan regim kudeta Tentera dan "menambah tenaga maksima" untuk rakyat Mesir.

Baca Seterusnya......

Wednesday, November 20, 2013

Obama Pun Tak Hantar Isteri Jadi Wakil Negara


Mahfuz : Rosmah tidak layak guna jet peribadi kerajaan [gambar fail]
Pakatan Rakyat (PR) menegaskan tidak timbul soal sama ada menggunakan jet peribadi atau penerbangan komersial dalam isu lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar.

Pertikaian terbabit berdasarkan kelayakan Rosmah untuk menggunakan kemudahan kerajaan kerana beliau hanya isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, menyifatkan keputusan yang dibuat kabinet adalah lemah dan dilihat tidak wajar kerana seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada usaha memacu ekonomi negara.

“Berapa tambang isu jet bukan persoalannya tetapi kelayakan penggunaan terbabit.

Apakah Rosmah layak menggunakan jet itu dan atas dasar apa kabinet meluluskannya kerana Rosmah tidak layak menggunakan jet atau kemudahan besar kerajaan.

“Rosmah hanya boleh menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengiringi suaminya sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan beliau menyatakan kos penggunaan jet peribadi lebih murah berbanding penerbangan komersial.

Katanya, kerajaan memiliki tujuh pesawat yang diistilah sebagai pesawat eksekutif (VVIP) iaitu Falcon, Global Ekspress, Boeing Business Jet, Blackhawk, Fokker F28 dan dua unit pesawat Agusta.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata perbandingan harga harus dibuat dengan membabitkan tiket komersial bagi kelas ekonomi bukannya kelas pertama.

“Saya fikir perbandingan tiket kelas pertama dengan kelas ekonomi itu tidak sepatutnya dibuat.

Kerajaan juga harus menjelaskan rasional pembabitan isteri Perdana Menteri sama ada berpatutan dengan perbelanjaan yang dilakukan.

“Sebelum ini, timbul isu berlakunya pertukaran destinasi seperti yang didedahkan Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok yang adakalanya ke destinasi pelancongan. Sebenarnya isu pemborosan ini bukan baru,” katanya.- selangorkini

Baca Seterusnya......

Kisah Jutawan Top Ittipat



Jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.

Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.

Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Bahtdan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.

Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.

Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.

Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.

Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.



Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.

Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.

Baca Seterusnya......

Wednesday, November 13, 2013

Akuarium Terbesar Di Jepun

Akuarium ini adalah sebahagian daripada Ocean Expo Commemorative National Government Park yang terletak di Motobu, Okinawa, Jepun. Aquarium ini terdiri daripada empat tingkat, dengan tangki-tangki yang menampung hidupan-hidupan laut dalam, ikan yu, koral dan ikan tropika.

Akuarium ini dibina di atas tanah seluas 19000 meter persegi dengan jumlah 77 tangki akuarium yang menampung 10,000 meter padu air.

Tangki Utama, Kuroshio Sea, menampung 7500 meter padu air dan berdinding kaca acrylic berukuran tinggi 8.2 meter dan panjang 22.5 meter, dengan ketebalan kaca 60 sentimeter. Ini adalah panel terbesar di dunia ketika pertama kali dibuka. Paus jerung dan ikan pari (manta ray) disatukan dalam akuarium yang sama dengan ikan lain.



Baca Seterusnya......

Batman Bin Suparman Dihukum Penjara Kerana Mencuri


Namanya boleh super hero tapi kelakuannya seorang penjahat, itulah yang terjadi terhadap seorang lelaki Singapura bernama Batman bin Suparman yang menjadi selebriti media sosial baru-baru ini.

Batman bin Suparman, yang berarti “Batman anaknya Suparman” dalam bahasa Melayu, dijatuhi hukuman penjara selama hampir tiga tahun pada hari Isnin kelmarin (11/11/2013) kerana melakukan pelbagai kesalahan, termasuk pencurian, pecahrumah serta mengambil dadah.

Penganggur berusia 32 tahun ini ditangkap pada 19 Ogos lalu, setelah video CCTV pihak keselamatan memperlihatkan dia menceroboh ke sebuah kedai di malam hari pada dua tempat yang berasingan.

Ia juga dituduh mencuri kad ATM adiknya dan melakukan pengeluaran sebanyak S$500 dan wang itu digunakan untuk mengambil heroin.

Batman, yang dijatuhi hukuman penjara selama 33 bulan, menjadi sensasi di  media sosial setelah kad pengenalannya beredar secara online.

Meski pun seorang penjahat, sebuah halaman “Batman bin Suparman Fan Club” di laman sesawang sosial Facebook telah mengumpulkan lebih 11,000 likes.


Baca Seterusnya......

Thursday, November 7, 2013

Melaka tawar RM1 sekilogram minyak masak terpakai

MELAKA - Kerajaan Melaka menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menawarkan RM1 untuk setiap kilogram minyak masak terpakai dalam usaha merancakkan lagi projek pemprosesan biodiesel di negeri itu.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin berkata orang ramai boleh menjual minyak masak terpakai kepada PTHM di 28 pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Melaka (Japerun) dalam tempoh dua minggu lagi.

"Ramai penduduk mahupun peniaga di negeri ini masih belum mengetahui kelebihan menjual minyak masak terpakai dan kebanyakan mereka membuang bahan itu ke dalam longkang rumah mereka begitu sahaja.

"Ini menyebabkan pencemaran alam sekitar dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini secara purata PTHM hanya dapat mengumpulkan sekitar tiga tan minyak sebulan berbanding kapasitinya memproses 50 tan sehari.
Beliau turut meminta PTHM dan pihak berkuasa tempatan di negeri itu mengadakan lebih banyak program kesedaran mengenai cara mengitar semula minyak masak terpakai yang betul kepada orang ramai.

"Program mengenai pemprosesan minyak terpakai ini perlu diadakan secara menyeluruh dengan memberi penerangan kepada orang ramai bagaimana minyak terpakai ini boleh diguna untuk dijadikan biodiesel," katanya.

Sementara itu PTHM melalui kenyataannya berkata selain menghantar sendiri minyak terbabit ke pejabat Japerun, orang ramai boleh mendaftar dalam talian di laman sesawang PTHM iaitu www.melakagreentech.gov.my/biodiesel.

"PTHM akan membekalkan tong minyak masak plastik untuk kutipan minyak masak itu dan peserta boleh menyimpan sisa minyak masak mereka sehingga penuh, kemudian PTHM akan mengutip tong itu ke depoh simpanan sebelum diproses menjadi biodiesel," kata kenyataan itu.

Penggunaan bahan api biodiesel boleh mengurangkan 'carbon footprint' dunia dan diiktiraf sebagai alternatif yang baik untuk diesel daripada bahan api fosil.

Baca Seterusnya......

Rupa Air Zamzam Berwarna Hitam Ketika Melalui X-Ray



Air zamzam berbeza dengan air biasa. Air dari tanah suci Makkah yang sering di bawa pulang dari mengerjakan haji ini bila dilihat dari X- Ray kelihatan lebih pekat.

Seperti yang dipetik dari sumber indonesia, di Madinatul Hujaj, Jeddah, Arab Saudi, di tempat bagasi jemaah haji yang terbang dengan Garuda Indonesia.

melalui mesin X- Ray dikata air zamzam berwarna pekat dan kelihatan hitam. Sedang air biasa kelihatan biasa saja.

"Air zamzam berbeza, jadi mudah dikenali melalui X- Ray ," jelas petugas X- Ray Garuda, Zainul kepada wartawan.

Di Hujaj ini, pasukan X- Ray Garuda melakukan pemeriksaan. Jamaah haji memang dilarang membawa air zamzam berkaitan keselamatan penerbangan.

Setiap jamaah haji akan mendapatkan zamzam sebanyak 5 liter perorang. Air Zamzam itu diberikan Garuda dalam bungkusan khas yang lebih selamat.

Baca Seterusnya......

Perincian belanja BN di Sungai Limau

"Tahniah kerana PAS berjaya mengekal kurusi DUN Sungai Limau. Berikut adalah belanja ‘bodek’ yang diketahui, yang terpaksa dikeluarkan kerajaan BN – Negeri dan Pusat untuk mendapat peningkatan 465 undi.

Itu yang diketahui. Jumlah yang tak diketahui tentulah banyak juga. Contoh projek RM100 seorang apabila masuk Umno.

Kira juga jumlah yang dikeluarkan untuk persembahan artis yang disebut Malaysiakini sebagai ‘gred B’ seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi.

Berapa pula ‘komisyen’ daripada peruntukan di atas yang masuk poket?

Baca Seterusnya......

Friday, November 1, 2013

Taskirah Jumaat


Kisah Rasulullah S.A.W Dan Buah Limau

Kisah Rasulullah S.A.W Dan Buah Limau | Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Wallahualam.

Baca Seterusnya......

Malaysia Negara Berhutang Paling Tinggi Di Asia Tenggara

Bajet 2014 dilihat masih kekal sebagai bajet defisit, 16 tahun berturut – turut semenjak krisis kewangan Asia berlaku ekoran amalan dan pelaksanaan dasar fikal ekonomi.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus meningkat daripada 36% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 54.7% (jangkaan) pada tahun 2014.

Ini berdasarkan laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

”Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara,” katanya semasa ucapan perbahasan Bajet 2014 dalam Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya menikmati lebihan kewangan selama 5 tahun berturut-turut (tahun 1993-1998), iaitu ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menajdi Menteri Kewangan.

“Negara hari ini tidak mempunyai ‘fiscal space’ untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya juga tidak mempunyai ‘political will’ untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa,” katanya.

Menyentuh mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Timbalan Presiden PKR itu berkata, pihaknya menyokong sistem percukaian yang dilihatnya telus sekaligus mampu mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada hasil sumber petroleum dan gas.

Malah GST juga dilihatnya boleh menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja.

Bagaimanapun, tegasnya rakyat Malaysia hari ini masih belum bersedia untuk perlaksanaan GSTkerana lebih 40% rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan; 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Hal ini menurut Azmin bertambah serius apabila Bajet 2014 memotong RM 7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat yang akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa membeli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah (inflasi).

“Persoalannya adakah kerajaan telah meneliti impak sosio ekonomi rakyat dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi rakyat?

“Penganalisis ekonomi mengunjurkan tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan.

“Jika perlaksanaan GST ini konsisten dengan langkah pemotongan subsidi yang diumumkan, maka dijangkakan kadar inflasi akan terus meningkat sehingga kadar 5% pada tahun 2015,” katanya.

Sementara itu, katanya langkah kerajaan menarik balik RM 551.25 juta subsidi gula dan subsidi minyak masak bernilai RM 505.4 juta akan terus membebankan rakyat.

“Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.

“Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan mengambil langkah proaktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Nada

Berbeza nada dengan rakan seperjuangannya yang lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berkata pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Bagaimanapun menurut anggota Parlimen Gombak itu, Malaysia dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan cukai baharu itu kerana lebih 40 peratus rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

“Sudah pasti, jika dilaksanakan GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam pelaksanaan sistem percukaian itu, perhatian tidak sewajarnya diberi kepada golongan miskin tegar samata-mata, tetapi juga kepada golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk pekerja muda, pasangan yang baharu berkahwin dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

Hutang

Malah, katanya, FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius, manakala Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.

Azmin turut menyarankan satu reformasi sistem percukaian yang bersifat meluas dan komprehensif digubal segera bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara.

Azmin dalam hujahnya berkata dalam pelaksanaan GST, kerajaan perlu memperbetul falsafah dan matlamatnya agar menjurus kepada menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros berbelanja.

“Pendek kata, GST bertujuan untuk mengagihkan semula atau mempelbagai, dan bukan meningkatkan bebanan cukai…bukannya berobjektifkan memperoleh pendapatan RM27 bilion,” katanya.

Katanya kerajaan perlu belajar daripada negara maju di mana negara terbabit hanya mula melaksanakan GST selepas infrastruktur cukai sudah kukuh di samping kadar cukai pendapatan juga turut dikurangkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban. -FMT

Baca Seterusnya......

Lagi Kes: Pengawal keselamatan guna kad pengenalan palsu rompak kedai emas

Foto
Pengawal keselamatan kebas barang kemas
Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Setapak, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, sebelum kejadian pengawal keselamatan berkenaan sedang duduk di kerusi berdekatan pintu masuk kedai manakala staf lain sedang menyusun dulang barang kemas dalam rak kaca.

Sumber polis berkata, dengan tiba-tiba lelaki berusia 30-an dan berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mengarahkan seorang staf untuk keluarkan sebuah dulang barang kemas dan melarikan diri ke arah aras bawah tanah dipercayai untuk mengambil motosikalnya.

Katanya, meskipun kejadian berkenaan berlaku hanya 100 meter dari pintu masuk utama pusat beli-belah itu namun disebabkan pintu berkenaan akan dibuka selepas 10 pagi, suspek melarikan diri melalui aras bawah tanah.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

hmetro
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengawal keselamatan guna kad pengenalan palsu rompak kedai emasPengawal keselamatan guna kad pengenalan palsu rompak kedai emasPengawal keselamatan guna kad pengenalan palsu rompak kedai emas

Seorang pegawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, berhampiran Setapak pagi tadi.

Rompakan berlaku sekitar jam 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan, tiada kecederaan dilaporkan.

Menurutnya, suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi pemilik kedai emas berkenaan.

Pada 24 Oktober lalu, negara digemparkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, selepas mangsa membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.

Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek untuk membantu siasatan.

Baca Seterusnya......

BN dibidas beri RM1 juta pada sekolah Cina hanya 15 pelajar

Sumber Mkini

SG LIMAU Pemimpin BN dibidas kerana memperuntukkan RM1 juta kepada SJK (C) Aik Min di Sungai Limau yang hanya mempunyai 15 pelajar.

Pengarah operasi pilihan raya kecil PAS, Datuk Amiruddin Hamzah
berkata beliau tidak membantah kerajaan membantu sekolah Cina, tetapi mempersoalkan mengapa jumlah sebesar itu diberikan sekarang, dan itu pun kepada sekolah yang hanya ada 15 pelajar.

Amiruddin menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini enggan meneruskan usaha kerajaan negeri PAS sebelumnya, yang memberi peruntukan tahunan kepada sekolah persendirian Cina.

Amiruddin yang juga exco negeri di bawah kerajaan negeri PAS sebelum ini, berkata kerajaan negeri itu memperuntukkan RM70,000 setiap tahun kepada tiga sekolah persendirian Cina yang tidak mendapat subsidi daripada kerajaan pusat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan RM200,000 untuk dana pendidikan sekolah Cina di Sungai Limau.

Muhyiddin mengumumkan demikian dalam ucapannya di pusat gerakan BN di Sungai Kering, di hadapan kira-kira 1,000 orang, kebanyakannya dari kalangan masyarakat Cina.

Beliau juga meluluskan dana untuk tiga buah sekolah Cina, termasuk RM1 juta bagi SRJK (C) Aik Min, RM1 juta bagi SRJK (C) Yuk Meng di Sg Limau dan RM50,000 bagi SRJK (C) Pek Hwa.

Baca Seterusnya......