Pengawal keselamatan kebas barang kemas
Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Setapak, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Difahamkan, sebelum kejadian pengawal keselamatan berkenaan sedang duduk di kerusi berdekatan pintu masuk kedai manakala staf lain sedang menyusun dulang barang kemas dalam rak kaca.
Sumber polis berkata, dengan tiba-tiba lelaki berusia 30-an dan berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mengarahkan seorang staf untuk keluarkan sebuah dulang barang kemas dan melarikan diri ke arah aras bawah tanah dipercayai untuk mengambil motosikalnya.
Katanya, meskipun kejadian berkenaan berlaku hanya 100 meter dari pintu masuk utama pusat beli-belah itu namun disebabkan pintu berkenaan akan dibuka selepas 10 pagi, suspek melarikan diri melalui aras bawah tanah.
Beliau berkata, kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.
hmetro
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengawal keselamatan guna kad pengenalan palsu rompak kedai emasPengawal keselamatan guna kad pengenalan palsu rompak kedai emas
Seorang pegawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, berhampiran Setapak pagi tadi.
Rompakan berlaku sekitar jam 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan, tiada kecederaan dilaporkan.
Menurutnya, suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi pemilik kedai emas berkenaan.
Pada 24 Oktober lalu, negara digemparkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, selepas mangsa membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.
Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.
Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek untuk membantu siasatan.
Friday, November 1, 2013
Lagi Kes: Pengawal keselamatan guna kad pengenalan palsu rompak kedai emas
Posted by Suhaimi at 11:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment