Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 22, 2014

Kargo MH370 jadi tumpuan, kali ini bateri lithium-ion

Sumber Mkini

Perhatian sekali lagi tertumpu kepada kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 yang hilang selepas pihak berkuasa hari ini mengesahkan ia membawa bateri lithium-ion yang boleh mudah terbakar.

Pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini, empat hari selepas beliau menafikan MH370 membawa barangan berbahaya dan sebaliknya menekankan mengenai "tiga hingga empat tan buah manggis" dalam pesawat itu.

"Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya," katanya.

Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

Ahad Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa "beberapa kali" bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.

Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja.

"Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO," katanya.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.

Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.

Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.

Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.

Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.

'Kemungkinan terlepas pandang'

Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.

Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing terputus komunikasi dengan pusat kawalan trafik udara pada 8 Mac pada jam 1.30 di Teluk Thailand.

Kehilangan pesawat itu telah membawa kepada usaha mencari besar-besaran di Laut China Selatan, tetapi kemudiannya data tentera mendedahkan pesawat itu telah berpatah balik dan terbang ke haluan yang tidak diketahui.

Pasukan penyiasat mengesan lokasi terakhir pesawat itu ialah di antara sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke sempadan utara Thailand, atau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun, selepas usaha mencari masuk ke hari ke-14 yang melibatkan 26 negara, pesawat itu masih belum ditemui.

Baca Seterusnya......

Friday, March 21, 2014

Parlimen : Kos terowong bawah tanah MRT RM340 juta tidak rasional

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kos pembinaan terowong pejalan kaki bawah tanah dalam projek MRT yang dianggarkan bernilai RM340 juta menghubungkan stesen KL Sentral dan Muzium Negara dianggap tidak rasional.

Hal itu kerana negara mampu membina 8,000 unit rumah kos rendah pada harga RM42,000 seunit dengan kos berkenaan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Baharin Raja Ahmad berkata, pembinaan terowong bawah tanah dengan jarak 100 meter hanya meningkatkan risiko keselamatan, selain tidak sesuai dengan iklim Malaysia jika dibandingkan dengan negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

“Dengan harga sama (RM340 juta), kita boleh membina 8,000 rumah kos rendah yang bajetnya lebih kurang RM42,000 sebuah.

“Kita memerlukan rumah kos rendah. Jadi, tidak boleh bandingkan dengan negara maju kerana kita negara membangun,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sebagai perbandingan, kos pembinaan lebuh raya empat lorong dengan jarak 100 meter hanya bernilai RM1.2 juta sementara dua lorong pada jarak sama RM600,000.

Raja Kamarul Baharin turut mencadangkan pembinaan jejantas pejalan kaki diteruskan kerana hanya bernilai RM50 juta dengan jarak sama dan tetap memberikan keselesaan kepada pengguna.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut tidak berpuas hati dengan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang menyatakan terowong terbabit baik untuk rakyat walaupun mahal.

“Kita tidak berpuas hati dengan jawapan CEO MRT Corp. Pada kami kenyataan itu tidak boleh diterima,” katanya.

Baca Seterusnya......

MH370 : Kapal Norway Yang Pertama Tiba Di Lokasi Objek Dikesan Satelit Australia

Kapal Norway, St Petersburg, yang pertama tiba di lokasi imej dikesan satelit Australia, Khamis. -foto EPA

Sebuah kapal Norway, St Petersburg, pada hari Khamis tiba di kawasan Lautan Hindi, lokasi kemungkinan terdapatnya serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata syarikat perkapalan Hoeeg Autoliners.

"Kapal itu telah tiba di lokasi berkenaan untuk mengambil bahagian dalam usaha pencarian," kata jurucakap syarikat Norway itu, Cecilie Moe, kepada AFP.


Kawasan Carian Lebih Hampir Dengan Antartika Berbanding Australia - Wartawan ABC News [Gambar fail pesawat Poseidon P-8A. -foto EPA]

Ekoran laporan terkini Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia bahawa dua objek telah dikesan di selatan Lautan Hindi yang satu daripadanya dianggarkan bersaiz 24 meter, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.

Wartawan ABC News, David Wright secara eksklusif dibenarkan mengikuti penerbangan pertama di kawasan carian dan beliau menyifatkan zon dengan keluasan 6,598 kilometer persegi itu lebih dekat dengan Antartika berbanding Australia.

"Anak kapal yang menjalankan usaha carian berteknologi tinggi ini menjelajah ke 4,100 batu persegi laut terbuka yang lebih hampir dengan Antartika berbanding Australia..." David menulis di Twitter mengenai pengalamannya.

"Malangnya perjalanan 9 jam kami di atas kapal P8, termasuk 3 jam pencarian intensif TIDAK menemui sebarang bukti serpihan."

David yang kecewa dengan pencarian itu tidak dapat membuat banyak laporan, secara kesimpulannya.

"Tiada apa-apa hasil hari ini - kecuali kapal pengangkut dan 2 kumpulan ikan lumba-lumba.

Mereka akan keluar semula esok. Bersemangat untuk memberikan jawapan kepada keluarga yang terlibat."

Pencarian pesawat hilang memasuki hari ke-13 dengan usaha diarahkan semula ke lokasi yang terletak lebih kurang 2,500 kilometer di barat daya Perth selepas Australia mengumumkan bahawa dua objek telah dikesan.

Walaupun mendapat perkembangan terbaharu itu, pegawai penyiasat menekankan bahawa adalah sukar untuk menemui objek itu di Lautan Hindi yang luas dan ia mungkin tidak berkaitan dengan MH370.

Baca Seterusnya......

Kontogiannis dedah 3 email perbualan dengan Kapten Zaharie mengenai simulator


Kontogiannis dedah 3 email perbualan dengan Zaharie - Rakan juruterbang pesawat MH370, Thanos Kontogiannis tampil mendedahkan email perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Menurut Kontogiannis, dia sangat tidak berpuas hati dengan tuduhan liar yang dilemparkan sehingga memburukkan imej Kapten Zaharie hanya kerana dia memiliki simulator penerbangan sendiri di rumahnya.

Susulan itu, Kontogiannis dalam laman blog motionsim miliknya, telah berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email. Beliau turut menjelaskan hampir kesemua juruterbang berminat untuk memiliki simulator penerbangan.

Untuk pengetahuan, Kontogiannis ialah jurutera bagi syarikat Qualcomm yang membekalkan komponen Motion Controller bagi menaiktaraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang-juruterbang lain.

Jom baca isi kandungan ketiga-tiga email perbualana ringkas yang didedahkan oleh rakan Kapten Zaharie menerusi laman blog.

Baca Seterusnya......

Thursday, March 13, 2014

Kambing ganjil bermata satu di Sabah

MOHD.ISMAIL menunjukkan anak kambing bermata satu miliknya di Kampung Busul, Lahad Datu, Sabah semalam.

LAHAD DATU – Seorang penternak terkejut selepas mendapati kelahiran seekor anak kambing ternakannya bermata satu di Kampung Busul, dekat sini Khamis lalu.

Pemilik kambing berkenaan, Mohd. Ismail Abdullah, 55, berkata, anak kambing berwarna hitam itu lahir kira-kira pukul 2.30 petang dan mempunyai berat kurang daripada satu kilogram.

Katanya, dia pada mulanya tidak menyedari mengenai keganjilan pada haiwan ternakannya sehinggalah kambing itu dibersihkan.

"Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum anak kambing dilahirkan.

"Ketika membersihkannya, saya terkejut apabila mendapati anak kambing ini hanya ada satu mata yang terletak di bahagian tengah muka," katanya ketika ditemui di sini semalam.-Kosmo

Baca Seterusnya......

Maklumat, ulasan live mengenai MH 370 tambah menyerabutkan

Sumber MSO

Benar kehilangan pesawat MH 370 yang sudah masuk hari kelima boleh dianggap aneh dan ia mengegarkan dunia. Para pemimpin dan ketua-ketua jabatan tertentu negara kita sendiri sudah pening dan bingung memikirkannya. Setakat ini tidak ada apa-apa 'solusi' berhubung kehilangan pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu.

Dari satu sudut kehilangan membingungkan semua orang itu telah membantu usaha memperkenalkan negara ini di mata dunia. Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, turut mendapat kesan kelabaan dari kejadian itu. Kenapa tidak, dalam sekelip mata saja nama Malaysia menjadi pertuturan negara-negara di seluruh dunia. Orang makin mengenali dan pandai menyebut perkataan MALAYSIA dan nama Malaysia Airline System juga menjadi butiran ratiban.

Tetapi sayangnya kehebatan nama negara kita dalam warna dan variasi yang tidak begitu menyenangkan. Negara kita mendapat kesan langsung atas tragedi itu. Kesan yang kita dapat ialah kesan negatif dan tidak berapa elok untuk sesebuah negara. Reputasi pembangunan dan kemajuan negara kita sedikit terjejas.

Dari beberapa aspek yang terkesan, ada dua aspek yang benar-benar dan menjadi perhatian dunia. Pertama, sekiranya kehilangan itu disebabkan perbuatan pengganas (rampasan), menyebabkan orang luar menyimpulkan tahap keselamatan dan kawalan di lapangan terbang kita tidak begitu ketat. Ia juga tidak profesional apabila terlolosnya orang-orang yang disuspek berniat melakukan perbuatan jahat.

Realiti ini dikuatkan lagi dengan kenyataan atau maklumat ada dua orang yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu. Pengenalan dua suspek yang dikatakan rakyat Iran menguatkan lagi persepsi buruk berkenaan. Kerana ia didedahkan sendiri oleh pihak Interpol, menyebabkan masyarakat luar tambah yakin kalau ada anggapan kawalan di lapangan terbang kita lemah. Alasan dua passport itu tidak ada dalam senarai Interpol tidak membantu untuk menolak kesangsian terhadap tahap kawalan keselamatan di lapangan terbang kita.

Sebenarnya sama ada dua orang penumpang berkenaan yang dikenali dengan nama Pouria Nour Muhammad Merdad dan Delavar Seyed Muhammad Reza masih belum sahih apakah mereka menaiki pesawat berkenaan, dan apa lagi bertanggungjawab dengan kehilangan itu. Jadi tanggapan buruk dan negatif kepada keduanya yang membawa kesan buruk ke atas negara kita dan MAS, tidak perlu diperbesar-besarkan atau 'gampang gelong' membuat kesimpulan yang mereka adalah pengganas.

Kesan kedua ialah dari segi penyebaran dan maklumat berhubung kejadian berkenaan yang diberi dari masa ke semasa. Apabila banyak sangat pihak yang hendak bercakap memberi maklumat maka berlakulah suasana yang kelam kabut dan tidak teratur. Akibat dari itu penyebaran maklumat yang palsu menjadikan keadaan makin haru biru.

Dalam situasi kritikal seperti hari ini semua orang khasnya keluarga mangsa terlibat sangat mendahagai maklumat. Maka kita memang memerlukan maklumat yang pantas serta pengkronologian kejadian itu, tetapi ia perlu dilakukan secara bersistematik dan tepat hingga tidak membedal balik dengan perkara tidak sepatutnya.

Gara-gara kelemahan menguruskan maklumat mengundang padah. Tidak perlu banyak pihak hendak mengambil bahagian dan diberikan ruang bercakap di hadapan media. Ratusan wartawan yang ada di sidang akhbar kita tidak kenal hati budi dan kulit perutnya, dan apakah tujuannya mereka membuat liputan. Jadi maklumat yang akuret, tepat dan telah disahihkan dari berbagai pihak sahaja perlu diberikan.

Apa yang berlaku dalam sidang akhbar semua pihak bercakap. MAS bercakap, DCA bercakap, Polis bercakap, Imigresen bercakap, Pemangku Menteri Pengangkutan bercakap, bahkan Menteri Pertanian dan Asas Tani yang tidak ada kena mengena pun turut sama bercakap. Mulanya Shahidan Kassim juga ikut sama memberi maklumat semasa. Tidak cukup dari itu Tentera yang dianggap entiti terakhir harus bercakap, juga ikut bercakap sama.

Akibat ramai sangat mulut maka berlakulah ketumpahan maklumat sehinggakan berbaur di antara yang palsu dengan yang benar, ilusi dan realiti. Di sini berlakulah percanggahan yang tidak sepatutnya berlaku.

Percanggahan paling melucu dan 'menderhakakan' ialah diantara DCA dengan Polis berhubung dengan status lima orang penumpang. Kata Pengarah DCA Azharudin Abdul Rahman lima penumpang tidak naik ke pesawat dan bagasi mereka dikeluarkan. Manakala kata KPN Khalid Abu Bakar pula, semua penumpang yang tempah pesawat berkenaan semuanya naik kecuali soerang yang terlepas kerana tersilap tarikh.

Percanggahan ini sesuatu yang tidak perlu berlaku dalam sidang akhbar bertaraf dunia yang hanya berlaku bila ada kejadian sebesar kejadian kehilangan pesawat itu sahaja. Apakah tidak ada penyelarasan di antara mereka. Apakah pihak MAS tidak memberi maklumat tepat terperinchi kepada DCA? Dan apakah perkara itu perlu dijelaskan oleh DCA yang tidak bertanggungjawab terhadap urusan naik turun penumpang?

Apa pun mengenai lima penumpang itu sudah selesai bila Khalid menjelaskan percanggahan itu dan selepas itu Azharuddin dirihatkan dari memberi apa-apa kenyataan tidak muncul-muncul lagi.

Tetapi maklumat yang tidak tepat yang dipetik oleh media arus perdana Berita Harian daripada Panglima Tentera Udara Rozali Daud konon menurut firasatnya (radar TUDM) pesawat MH 370 berpatah balik sehingga usaha mencari dan menyelamat terpaksa diperluas hingga ke Selat Melaka sesuatu yang sangat buruk kepada negara dan sistem maklumat negara ini. Ia juga menjejaskan TUDM itu sendiri.

Kenapa perkara ini boleh berlaku. Rozali menafikan yang beliau memberi penjelasan itu? Ertinya ia pandai-pandai Berita Harian sahaja dalam mengejar skop. Betapa laporan dibuat itu mengacau bilaukan pemikiran orang ramai. Iya lebih bahaya lagi apabila berita berkenaan dipetik oleh agensi Reuter dimana ia disebarkan di seluruh dunia. Kemudian laporan Reuter itu pula kita mengambilnya sebagai laporan yang tepat dan betul.

Soal SOP atau etika ini bukan sahaja perlu dipersoalkan kepada Polis, Imigresen, MAS dan DCA, tetapi media khasnya Berita Harian juga. Wajar atas kesalahan itu mereka bertanggungjawab di Berita Harian dihukum. Orang besar di Media Prima yang menaungi BH patut melakukan hara kiri dan Selat Teberau.  Kesalahan yang dibuat itu bukan saja menjejaskan imej TUDM tetapi negara seluruhnya.

Sebagai sebuah akhbar yang besar yang bernaung di bawah Media Prima, Berita Harian tidak harus tersilap melakukan kesalahan itu. Atau apakah kesilapan itu sebagai hukum karma di atas kebiadapan akhbar berkenaan?

Seperkara lagi yang saya melihat agensi menimbulkan kacau bilau berhubung kejadian ini yang menjadi racun  ialah saluran televisyen yang berebut-rebut membuat siaran langsung atau mengadakan slot khas melaporkan misi pencarian dan penyelamatan (SAR) ini untuk mendapat ranting penonton teramai. Mereka juga tidak adil memberi khidmat dan tidak cuba membawa mesej perpaduan dalam siaran mereka. Dalam saat negara berada dalam suasana 'darurat' dan kacau bilau minda ini mereka masih terus dengan sikap kolot dan kejamnya berlaku diskriminasi dalam memberi ruang.

Saya tidak tenguk media mengambil pendapat dan pandangan daripada pihak pembangkang. Tidak ada tokoh-tokoh pembangkang yang ditanya atau diminta pandangan. Semua golongan dan profesyen diberikan ruang melemparkan pandangan mereka hatta ianya bertaraf sampah. Dari pakar penerbangan, (aviation) keselamatan, pakar psykologi, tukang masak, pramugari, pilot hatta artis diminta pandangan. Sikap terus melaku mengasingkan pembangkang inilah satu sikap tidak profesional yang tidak wajar diamalkan oleh media massa yang berfilsofi pembentuk pemikiran massa rakyat.

Apakah pembangkang tidak boleh berkongsi kesusahan dengan rakyat dan rugikah kerajaan kalau mereka turut menyatakan simpati dan komitmen mereka? Kalau institusi media yang dianggap sebagai institusi yang adil dan saksama, makenisme rakyat yang utama, terus bermain politik dalam hal-hal kritikal begini, apa lagi diharap kepada institusi lain yang selalu menafikan hak pembangkang.

Saya percaya kalau media massa bersikap adil dan terbuka dengan turut sama memberi ruang untuk pembangkang memberi pandangan, beban berat negara kini dapat dikongsi dengan lebih ramai lagi. Dengan  menggelapkan wajah dan suara mereka, menjadikan orang akan menganggap media Malaysia khasnya eletronik hanya media propagandis semata-mata. Jadi apa-apa juga maklumat termasuk mengenai kehilangan pesawat MH 370 itu akan diragui dan disangsi kerana sifat media itu awal-awal lagi sudah diragu.

Wajarlah kalau negara luar mengecam kelemahan kita dalam menyediakan maklumat dan melaporkan perkembangan kehilangan pesawat berkenaan sehingga ia memberi beban kepada jutaan manusia.

Baca Seterusnya......

Wednesday, March 12, 2014

Posisi Tidur Yang Boleh Membuatkan Jadi Bodoh

Posisi Tidur Yang Boleh Membuatkan Jadi Bodoh | Manusia normal yang berada di atas bumi pasti melakukan aktiviti ini, walaupun cuma 1 jam sehari. Zaman dahulu kala orang tidur memakai bantal kayu atau batu atau bahkan tidak memakai bantal.

Kebiasaan tidur dengan bantal kayu atau batu, menyebabkan orang-orang dahulu boleh bangun dengan segar bugar, kerana tubuh mereka boleh berehat secara total semasa tidur. Berbeza dengan mereka yang tidur di atas katil empuk, tubuh mereka tidak boleh berehat kerana saling menekan dengan alas tidurnya.

Posisi Tidur Yang Boleh Membuatkan Jadi Bodoh

Posisi tidur yang betul adalah tubuh secara mengiring ke kanan dengan kaki bahagian atas di tekuk, dan tangan kanan sebagai bantal. Tidur dengan kedudukan ini akan mengalirkan darah ke otak dengan sempurna, kerana kedudukan kepala lebih rendah dari jantung.

Posisi tidur yang membuatkan jadi bodoh adalah terlentang, meniarap, dan kaki mengangkang. Posisi ini diibaratkan sebagai cara tidur binatang, kerana aliran darah tidak lancar, perut dan dada tertekan, juga aliran darah ke otak juga terbantut.

Tidur yang baik berada dalam keadaan atau ruang yang gelap, terhindar dari cahaya yang silau. Rangsangan cahaya yang terlalu banyak, menyebabkan otak tidak optimum dalam melakukan defragmentasi(susunan) data-data yang terakam sebelum tidur, ini akan memberi kesan kepada daya ingat pada jangka masa yang lama.

Posisi tidur mengiring sebelah kanan supaya proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya perut di atas hati, agar makanan akan larut dari perut. Selain bermanfaat bagi pencernaan yang tidak ada 3 manfaat lain yang boleh diambil dari kedudukan tidur mengiring ke sebelah kanan:

a. Untuk bernafas, tidur mengiring mencegah jatuhnya lidah kebelakang yang boleh menganggu saluran udara. Lain halnya jika tidur pada posisi terlentang maka relaksasi lidah pada ketika tidur boleh menyebabkan menghalang saluran nafas, menyebabkan seseorang berdengkur.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen malah kadang-kadang boleh berlaku terhenti nafas untuk beberapa saat yang akan membangunkan orang yang tidur dengan posisi demikian. Orang tersebut biasanya akan bagun dengan keadaan pening kerana kurangnya bekalan oksigen ke otak. Tentunya ini sangat mengganggu tidur kita.

b.
Untuk jantung, tidur mengiring kesebelah kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lain ini kerana kedudukan jantung yang memang berada lebih disebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak, sebab paru-paru kanan berada diatas sedangkan paru-paru kanan mendapatkan bekalan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

c. Bagi kesihatan paru-paru, paru-paru kiri lebih kecil berbanding dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring kesebelah kanan, jantung akan jatuh kesebelah kanan, itu tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan besar, lain halnya kalau bertumpu pada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang bersaiz kecil, tentu ini sangat tidak baik.

Ada beberapa hadis Rasulullah berkenaan posisi tidur;

“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Daud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

“Sesungguhnya ([Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)] meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih)

“Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” [Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan solat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

Sumber[Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

Baca Seterusnya......

LOBSTER TAK PERNAH SAKIT TUA!

Dalam dunia haiwan, Lobster (Udang Kara) adalah salah satu haiwan yang takkan mati kerana sakit tua! Biasanya, hidupan seperti manusia dan haiwan mempunyai jangka hayat tertentu. Selepas beberapa ketika, hidupan tersebut akan jadi kurang sihat, mula menunjukkan kemerosotan dan kemudian akan mati secara semula jadi.

Tapi tidak bagi lobster! Sebuah restoran dipercayai telah membela seekor Lobster yang dianggarkan berusia 140 tahun, lebih tua daripada manusia tertua yang pernah direkodkan. Lobster terbesar yang pernah direkodkan adalah seberat 51.5 paun (23.3KG). Bayangkan anda makan lobster sebesar itu.

Setakat ini, masih tiada sebab kukuh kenapa lobster tidak menunjukkan tanda penuaan. Spesis udang ini akan membesar dan terus membesar. Saintis juga percaya bahawa Lobster bertambah subur dan semakin giat membiak walaupun usianya semakin meningkat. Apabila badan lobster semakin membesar dan cangkerangnya sudah tidak mampu menampung penambahan saiz badan, Lobster hanya perlu menjalani proses bersalin kulit untuk mendapatkan cangkerang yang lebih besar.

Ada pendapat saintis mengatakan bahawa "kunci" lobster memanjangkan usianya adalah kerana DNA spesis udang ini tidak merosot malah kekal stabil sepanjang hayatnya, tidak seperti hidupan yang lain.

Ini bermakna, selagi ia tidak terlibat dalam kemalangan ataupun ditangkap dan dimasak oleh anda yang sedang lapar, lobster mungkin boleh hidup beratus tahun lamanya!

Jika anda teringin untuk makan lobster bersaiz besar, mungkin usianya adalah 2 atau 3 kali ganda lebih tua berbanding anda dan semestinya mempunyai lebih ramai cucu dan cicit berbanding anda

Baca Seterusnya......

Kes Anwar: ICJ anggap Mahkamah Rayuan ‘salah laksana keadilan’


SHAH ALAM: Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan kes membabitkan bekas pembantu peribadinya sebagai “salah laksana keadilan”.

ICJ dalam satu kenyataan berkata, 'pusingan-U' yang dilakukan Kerajaan Malaysia terhadap Anwar jelas melanggar standard hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kerana Mahkamah Tinggi pada 2012 telah membebaskan pemimpin pembangkang itu.

"Artikel 377B Kanun Keseksaan Malaysia jarang sekali digunakan di Malaysia tetapi telah digunakan sebanyak dua kali terhadap Anwar,” katanya dalam satu kenyataan yang ditandantangani Pengarah Serantau ICJ bagi Asia dan Pasifik, Sam Zarifi.

Katanya keputusan untuk membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi “pasti menimbulkan keraguan kepada kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia” dan “mencemarkan reputasi sistem undang-undang di negara ini.”

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim itu bagaimanapun, membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan itu.

Anwar kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dibenarkan meninggalkan mahkamah.

Ekoran keputusan itu, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh. -

AFEEQA AFEERA
Selangorkini

Baca Seterusnya......

China Ubah Kedudukan Dan Peranan 10 Satelit Miliknya Untuk Kesan MH370


China Ubah Kedudukan Dan Peranan 10 Satelit Miliknya Untuk Kesan MH370

Dengan nasib MH370 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 10 satelit mengeliling orbit milik mereka.

Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s Liberation Army (chinamil.com.cn).

Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses mencari berkenaan bermula Isnin.

Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.

Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China. -MyNH

Baca Seterusnya......

Azizah: 'Langkah Kajang' masih hidup

Sumber Mkini

"Langkah Kajang" masih hidup dan bakal merintis jalan ke Putrajaya kata calon pilihan raya kecil (PRK) PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam temubual bersama Malaysiakini Wan Azizah berkata walaupun Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding, kehadiran beliau sebagai 'konduit' atau saluran perhubungan bagi memastikan pentadbiran Selangor ditingkatkan.

Menurut beliau penglibatan sebagai ahli dewan undangan negeri akan menguatkan keupayaan beliau sebagai presiden parti kerana mampu berurusan terus dengan kerajaan negeri Selangor.

"Tentunya (Langkah Kajang) masih hidup. Bukan (siapa pegang) jawatan yang kita perkatakan tetapi pentadbirannya.

"Sekarang saya mahu berada di dalam kerana saya bertindak sebagai 'konduit'. Banyak kajian tunjukkan pemimpin wanita lebih pandai berunding," kata beliau.

Wan Azizah yang juga presiden PKR bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor setelah menang 23 Mac depan.

"Tentunya (jawatan MB) bukan sesuatu yang saya cari tetapi saya mahu berkhidmat untuk rakyat.

“Saya bukan kira kedudukan sebab kedudukan itu amanah dan kalaulah kita nak fikirkan penambahbaikan Selangor dengan Tan Sri Khalid, dengan Anwar, juga parti PAS, DAP dan PKR di akar umbi kita akan gemblengkan tenaga begitu supaya bagi satu tarikan untuk dapat sokongan ke Putrajaya," kata beliau.

Wan Azizah turut menafikan terdapat beberapa pasukan dalam PKR yang cuba mempengaruhi keputusan kerajaan negeri contohnya pengambilalihan perkhidmatan air.

Beliau berkata semua pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tela hpun bersetuju berdiri di belakang Khalid bagi memastikan rakyat mendapat manfaat setelah pengambilalihan industri air dari syarikat swasta berlaku di negeri itu.

"Sebenarnya saya fikir ia hanya salah faham yang berlaku dan sekarang kita telah bersatu dan menyokong Tan Sri Khalid dan langkah kerajaan negeri untuk membantu rakyat Selangor," kata beliau.

PKR memilih Wan Azizah menggantinya Anwar, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Wan Azizah akan menentang calon MCA Chew Mei Fun. Kempen 11 hari bermula semalam dan pembuangan undi akan dilakukan 23 Mac depan.

Baca Seterusnya......

Friday, March 7, 2014

UMNO Masih Bergantung Harap Nasibnya Kepada Dubur Saiful...

Sumber Kelab GB

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar SeriIbrahim daripada kes Liwat II akan didengar pagi di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

LAPORAN LANGSUNG

    4.10pm: Peguam Ram Karpal berkata tindakan hakim salah kerana memerintahkan Anwar membela diri kerana tiada kes prima facie.

    "Terdapat pencemaran pada bahan uji peri anal, dan juga di bahagian lower rectum. Ini tidak dipertikaikan. Terdapat juga seorang lagi penyumbang lelaki. Terdapat campuran air mani mengandungi DNA Saiful, 'Male Y' dan seorang lagi penyumbang lelaki yang diperolehi dari kawasan peri anal.

    "Terdapat penyumbang lelaki ketika untuk bahan uji dari kawasan rectal, mungkin pengadu telah dimasuki oleh sorang lagi individu atau pihak ketiga,” katanya.

    3.40pm: Karpal membaca pengakuan Saiful yang menyebut bahawa beliau bukan “orang ulu” kerana mendapat pendidikan tinggi.

    “Saiful berkata beliau takut kepada Anwar tetapi beliau boleh meninggalkan tempat itu. Pintu tersebut tidak berkunci, dia boleh melepaskan diri. Dia menghadiri satu majlis pada keesokan harinya. Jelas sekali dia membohong apabila berkata kejadian itu berlaku tanpa kerelaan.

    “Saiful melengahkan laporan polis dua hari selepas kejadian. Beliau tidak pergi ke HKL terlebih dahulu tetapi pergi ke hospital lain.

    3.55pm: Karpal berkata Saiful bertemu ramai orang tetapi tidak melaporkan perkara itu secara langsung.

    Beliau berkata Saiful menemui (bekas pembantu Anwar) Ezam Md Noor dan juga Mumtaz Jaafar (seorang rakan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor), tetapi tidak membuat laporan polis.

    Karpal berkata doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan kerana Saiful memberitahu doktor berkenaan bahawa dia diserang dengan satu objek plasti yang dimasukkan ke dalam duburnya.

    “Ini bukan kelakuan sesorang yang telah dinoda.”

    Katanya, pihak pendakwaan tidak membuat penafian semata-mata kerana telah memanggil dua orang pakar.

    3.35pm: Berdasarkan kenyataan yang diperolehi, Karpal mengemukakan hujah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri.

    Katanya, mahkamah sepatutnya mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh Saiful dengan berhati-hati, seperti yang dilakukan mahkamah ke atas Azizan Abu Bakar dalam kes Liwat I.

    Hakim perbicaraan pada masa itu menyifatkan Azizan sebagai saksi yang kukuh, namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan.

    3.25pm: Karpal mengemukakan hujah berhubung ketidakpastian sama ada sampel tersebut diusik.

    Katanya, hakim perbicaraan bertindak dengan betul apabila membebaskan Anwar kerana terdapat persoalan berhubung integriti sampel berkenaan.

    “Salah jika dikatakan bahawa hakim tidak mengambil kira saksi pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian McDonals. Terdapat kecacatan yang terpendam dalam kes pendakwaan.

    “Sampel itu diambil 56 hingga 58 jam selepas kejadian. Sampel itu tidak disimpan dalam tempat sejuk beku tatapi dalam keadaan baik walau dengan ancaman degradasi dari bakteria.”

    3.00pm: Karpal berkata Jude, yang menjadi saksi utama, memberi keterangan bahawa degradasi mungkin berlaku ke atas sampel.

    "Dr Siew meminta Jude untuk meletakkan sampel di dalam tempat sejuk beku tetapi beliau tidak melakukannya dan ini menunjukkan sampel tersebut terjejas apabila beliau meletakkannya di dalam kebinet.

    "Kabinet tersebut bukan tempat sejuk beku, dan apabila ditanya oleh Sankara Nair jika ini melanggar prosedur polis, Jude tidak menjawab soalan tersebut.

    “Beliau mengetahui bahawa beliau patut meletakkannya di dalam tempat sejuk beku untuk mengelakkan degradasi. Ini menunjukkan Jude tidak mengikut arahan Dr Siew dan menunjukkan beliau melanggar arahan tetap ketua polis negara.

    Ram Karpal berkata sampel tersebut diberikan pada awal 29 Jun dan beliau membukanya pada pagi tersebut. Ram menambah, Jude hanya memberi sampel berkenaan pada malam 30 Jun.

    Karpal berkatal Shafee memfitnah Anwar dan patut memohon maaf.

    2.50pm: Karpal berkata setiap perkara dalam kes jenayah mesti terbukti melampaui keraguan munasabah.

    Tambahnya, Shafee bercakap mengenai bukti Jude – saksi sama yang dikecam dalam pendengaran Suhakam.

    2.40pm: Persidangan mahkamah bersambung semula.

    Karpal mengemukakan bahawa mahkamah mesti menuruti bahan bukti yang dikemukakan. Beliau mengemukakan bantahan keras ke atas kenyataan Shafee terhadap Anwar.

    12:40pm: Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut. “Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?,” soalnya.

    Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab: “Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?”

    "Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebakan Anwar dibebaskan).

    "Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain”.

    Hakim Aziah menjawab, “Kami tonton CSI”, yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.

    Shafee berkata rayuan mesti dibenarkan memandangkan bukti amat besar sehingga mahkamah tidak boleh mengelak dari melakukannya.

    Persidangan mahkamah ditangguhkan dan akan bermula semula pada jam 2.30 petang.

    12.25pm: Shafee menunjukkan notis alibi Anwar dan tempoh waktu ketika ketua pembangkang itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian itu didakwa berlaku.

    Katanya, Awanr menyatakan dalam notis tersebut bahawa beliau berada di unit bersebelahan dan ini adalah tindakan licik.

    Tambahnya, tiada seorangpun di antara 14 orang saksi dipanggil untuk menyokong notis alibi tersebut.

    12.15: Shafee berkata rakaman gambar dan video di kawasan kejadian menunjukkan Anwar berada di lokasi.

    Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.

    12.05pm: Mahkamah meminta Shafee menjelaskan sekiranya hakim rayuan menerima kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

    Shafee ketika menjelaskan penghakiman Mahkamah Tinggi berkata ia umpama membaca novel seram Agatha Christie.

    Katanya, hakim hanya memutuskan untuk membebaskan Anwar berdasarkan dua hujah terakhir.

    Shafee berkata hakim tidak mengambil kira kernyataan tertuduh dari kandang.

    Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh itu hanya penafian semata-mata, selepas memberi notis alibi.

    11.55am: Shafee membandingkan kes tersebut dengan satu lagi kes di mana mahkamah menerima tiga tabung uji yang tidak dimaterai, namun mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti memandangan rantaian bukti itu tidak terjejas.

    “Dalam kes (Anwar), ahli kimia menerima sampel yang dimaterai, namun ia menyebakan tertuduh dibebaskan.”

    11.45am: Shafee berkata hakim perbicaraan membuat kesilapan apabila membuat menafsirkan bahawa botol mengandungi sampel itu telah diusik.

    Sedangkan, saksi pembelaan David Wells hanya bersetuju bahawa beg plastik itu sahaja yang diusik, katanya.

    "Bagaimanapun, apabila ditanya oleh (bekas ketua peguamcara negara II Mohd) Yusof (Zainal Abiden), saksi itu berkata beliau tetap tidak pasti sekiranya integriti sampel itu terjejas.”

    Shafee juga membangkitkan bahawa dalam kes jenayah, hujah perlu diberikan ke atas keseimbangan kemungkinan.

    Tambahnya, pegawai penyiasat mematuhi IGSO mengikut bantuan saintifik, di mana kesemua bahan perlu dibungkis berasingan dan tidak boleh dicampur bersama, dan dilabel dengan jelas.

    Dalam kes ini, doktor HKL meletakkan kesemua sampel dalam satu beg plastik.

    11.30am Prosiding bersambung.

    Shafee berkata pakar luar kepada Anwar, Dr David Wells berkata bahawa beg plastik yang mana sampel telah diletakkan tidak mengganggu bukti.

    Peguam yang dilantik berhujah bahawa di Australia, mereka tidak boleh mendapatkan sampel selepas 36 jam tetapi itu bukan standard emas.

    11am Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.

    “Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup,” katanya.

    Mahkamah berhenti rehat 15 minit.

    10:50am Shafee berkata ahli kimia mengambil semua langkah berjaga-jaga daripada hospital dan pegawai penyiasat (IO) dan bagaimana hakim boleh tidak mengendahkannya.

    Tinbalan Pendakwa Raya yang dilantik itu berkata Borang Pengendalian yang didedahkan juga menunjukkan sampel itu disimpan dengan baik oleh Dr Siew.

    “Sukar untuk katakan doktor-doktor dan IO berkomplot.”

    Di luar mahkamah, berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis melarang kira-kira 40 orang penyokong berkumpul di ruang legar depan pintu masuk Istana Kehakiman.

    Seorang pegawai polis beruniform menghalang penyokong berkumpul ketika Uncle Sow menyampaikan puisi.

    Arahan itu menimbulkan sedikit ketegangan apabila mereka dilarang memasuki ruang legar itu untuk tujuan keselamatan.

    "Kami punya ketua (Anwar) ada dalam (mahkamah), macam mana kami semua tak dibenarkan berada di sini.

    "Kami datang nak sokong ketua kami! Mereka (polis) kata untuk tujuan keselamatan, kita datang tak berbahaya. (Kami) cuma menyokong, polis boleh periksa kita (kalau mahu)," kata seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini.

    Akhirnya polis memberikan kebenaran mereka berada di ruang legar itu tetapi tidak boleh menghalang laluan pintu masuk ke pintu istana kehakiman.

    10.46am Shafee tunjukkan beg plastik HKL yang digunakan bagi menyimpan sampel, yang dibuka oleh Jude.

    Bagaimanapun semua sampel disimpan dalam sampul berasingan menurut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

    Ahli kimia tidak menolak sebarang sampel yang diberikan Jude walaupun dalam keadaan itu.

    10.40am Ahli kimia Dr Seah Lay Hong memberi keterangan bahawa sampel yang diambil Hospital Kuala Lumpur kekal dalam keadaan baik.

    10:30am Di luar mahkamah, seorang lelaki Cina berumur 65 tahun yang enggan mendedahkan namanya menarik perhatian dengan menyampaikan puisi dan lagu mengutuk pentadbiran kerajaan BN, termasuk bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

    Antaranya rangkap yang disampaikan:

    Mahathir hantu punya guru
    Kata Cina, pakai hitam punya baju
    Mahathir penipu nombor satu
    Tanya apa lagi Cina mahu?


    Beliau yang berasal dari Pulau Pinang dan sekarang menetap di Kuala Lumpur sudah berada di Istana Kehakiman sejak pukul 8 pagi.

    Menurut seorang penyokong Anwar, lelaki yang dikenali sebagai “Uncle Sow” itu sentiasa setia berada di mahkamah setiap kali perbicaraan Anwar.

    10.25am Shafee berkata, pegawai penyiasat meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal dalam keadaan baik.

    Tambahnya, hakim terkhilaf memutuskan beg plastik yang terkoyak menunjukkan ia diusik.

    “Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup.”

    10.13am Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan “asli” walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.

    Shafee berkata, hakim perbicaraan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.

    Katanya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.

    Shafee berkata, hakim salah anggap terhadap fakta.

    “Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal.”

    Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.

    10.10am Menurut Shafee, kadang kala kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY).

    Katanya, daripada kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh.

    10.08am Shafee berkata, tiada penjelasan bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.

    “Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar.”

    10.05am Shafee berkata, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur dan menurut mereka terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful.

    Anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan suaminya (kanan) turut berada dalam mahkamah. Mereka berdua berdiri di bahagian belakang.

    9.55am Berhubung keraguan munasabah, Shafee berkata, tidak perlu mencipta 100 peratus keraguan munasabah.

    Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.

    9.45am Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap integriti sampel itu.

    “Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,

    “Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas,” kata Shafee.

    9.45am Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.

    Katanya lagi, hakum juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.

    “Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan.”

    9.40am Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi.

    Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.

    Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.

    9.35am Shafee memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu. Turut hadir Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    Shafee berkata, penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.

    Kesemua tempat duduk dalam mahkamah penuh dan ramai lagi yang menunggu di luar kerana tiada tempat duduk.

    9.30am Sesi mahkamah bermula dengan hakim Balia Yusof Wahi mengetuai tiga panel Mahkamah Rayuan.

    9.28am Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

    Keadaan di luar Istana Kehakiman tenang dan hanya beberapa orang penyokong Anwar dan sekumpulan kecil polis beruniform kelihatan di luar mengawal keadaan.

    9.20am Pasukan pendakwaan sudah bersedia di dalam mahkamah dan menunggu peguam pembelaan Karpal Singh. Khabar angin tersebar bahawa Anwar akan failkan permohonan menukar hakim.

    Di luar, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, beberapa aktivis dan penyokong AMK disekat memasuki Istana Kehakiman.

    Beberapa minit kemudian hanya Rafizi dibenarkan masuk.

    9.19am Mahkamah penuh sesak, termasuk kehadiran pemerhati antarabangsa.

    Antara kelihatan di galeri awam wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen Mark Trowell.

    9:10am Ketibaan Anwar di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah serta dua anak perempuannya.

    Beliau terus menuju ke kamar Mahkamah Rayuan di tingkat 2.

    9.05am Kawalan keselamatan ketat di mahkamah ekoran insiden semalam yang menyaksikan orang ramai cuba merempuh pasukan keselamatan.

    Orang ramai hanya dibenarkan memasuki mahkamah melalui pintu depan sahaja yang dilengkapi dengan mesin X-ray.

    Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi. Anggota lain Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh -mk

Baca Seterusnya......

S'pura: M'sia hilang hak semak harga air...

Sumber Mkini

Menteri Luar Singapura K. Shanmugam berkata berdasarkan Perjanjian Air, selepas Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula harga air pada 1987, maka ia tiada lagi berhak untuk berbuat demikian selepas itu.

"Pendirian Singapura ialah Malaysia sudah kehilangan haknya untuk menyemak harga air. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun. Secara khusus, terdapat hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987.
   
"Bagaimanapun, Malaysia secara sedar memilih untuk tidak melakukan semakan semula harga air dan mempunyai alasan yang baik tidak berbuat demikian," katanya ketika menjawab satu soalan di Parlimen di Singapura semalam.
   
Ellen Lee dari Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang menyoal menteri berkenaan sama ada Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan perjanjian air dua hala pada bila-bila masa sebelum tarikh luputnya pada 2061.
   
Shanmugam berkata Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali.

Beliau berkata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Februari 2014 berkata: "perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya.
   
"Jika ada keperluan untuk semakan, kami akan memaklumkannya dan jika maklum balas mereka adalah positif, kita akan memulakan rundingan."
   
Shanmugam berkata jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singapura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990. 
   
Sebaliknya, beliau berkata Malaysia memilih untuk tidak menyemak harga air pada 1987, dan atas dasar itu, Singapura mengambil beberapa tindakan yang turut memanfaatkan Malaysia. 
   
Ini termasuk pembinaan Empangan Linggiu pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor serta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau.-Bernama

Baca Seterusnya......

Monday, March 3, 2014

Bagaimana menjadikan Diri Comel dan Cantik dihadapan Allah?

Sumber akuislam.com

Semua orang nak cantik.. semua orang nak comel. Mungkin kita akan berusaha membuat apa sahaja supaya orang akan anggap kita cantik dan comel. Malah kadang-kadang kita sanggup beli produk kecantikkan yang beratus ringgit hanya ingin kulit yang putih, gebu dan halus.

Wanita dan lelaki takkan lari daripada rasa ingin cantik dan kacak. Tak salah nak cantik, malah Allah suka dengan kecantikkan. Namun perlulah cantik bersyariat.

Namun, pernahkah kita terfikir untuk “cantik” dihadapan-Nya? Ya, kita mampu cantik dihadapan manusia, tapi mampukah kita cantik dihadapan-Nya?

Kita mampu tarik perhatian orang dengan amalan kita, namun mampukah kita mendapat perhatian Allah dengan amalan kita yang menunjuk-nunjuk?

Sebenarnya, orang yang mahu “cantik” dihadapan Allah, tidak ingin manusia menilai “kecantikkannya” walaupun seinci.

“Cantik” yang dimaksudkan disini adalah dari segi akhlak dan amalan.

Orang yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya cantik dihadapan manusia. Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak semestinya cantik dihadapan Allah.

Hakikatnya, kecantikan akan terpancar dari dalam ke luar, bukannya dari luar ke dalam.

Mahu nilai kualiti solat kita tengok akhlak kita semasa luar solat. Cantik atau tidak?

Apapun status seseorang itu, yang Allah lihat adalah hati.

Jika hatinya baik, sudah tentu akhlaknya juga baik.

Walaupun orang itu ustaz, ustazah mahupun habib, jika akhlaknya pada keluarga dan masyarakat buruk, umpama buah yang cantik warnanya, namun masam isinya.

Daripada Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, drpd Rasulullah SAW. Baginda bersabda:

    “ Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan. Nescaya perkara itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan AKHLAK YANG BAIK”-   (HR Tarmizi)

Kecantikkan luaran akan pudar namun kecantikkan dalaman akan kekal.

Bagaimana pula kecantikkan amal ibadat kita?

Adakah amalan kita di cantikkan dengan reben keikhlasan?

Berapa ramai yang tidak menutup aurat, riak dengan auratnya?

Berapa ramai yang menutup aurat, riak dengan menutup auratnya?

Berapa ramai yang memuat naik gambar di laman sosial dapat lari dari sikap riak walaupun sedetik?

Bukan niat untuk menghukum namun hukumlah mengikut niat masing2.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan.”-    (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

    Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya”-    (Surah Ali-Imran, ayat 29)

Riak adalah seperti parut. Parut yang merosakkan kecantikkan.

Imam Ibnu Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil.”

Riak sangat mudah menghinggap dipipi amalan kita, manakala keikhlasan mudah terluntur. Tidak hairan Nabi kita yang tercinta bimbang dengan sikap riak.

    Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.”-    (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sebagai penutupnya, biarlah kita berusaha lebih untuk “cantik” dan “comel” dihadapan Allah.

Tak perlu ada ungkapan “macam” tapi biarlah ia bertukar “memang cantik dan comel” di hadapan Allah tanpa diparuti dengan perasaan riak.

Jika perasaan riak timbul perlu kita segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Jom jadi “comel” dan cantik dihadapan Allah!

Baca Seterusnya......

MB Selangor: Prospektus saham air diterbit lepas 6 bulan penstrukturan berjaya

KAJANG 2 MAC: Prospektus saham industri air Selangor dijangka diterbitkan dalam jangka masa enam bulan hingga setahun selepas penstrukturan industri air berjaya dimuktamadkan.

Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata masa itu diperlukan bagi memberi laluan kepada proses pengambil alihan, penyusunan semula organisasi dan lain-lain kajian dijalankan sebelum Kerajaan Negeri memutuskan harga saham yang akan ditawarkan kepada rakyat.

“Selepas enam bulan hingga setahun penyusunan semula barulah kita boleh keluarkan prospektus untuk pembelian saham.
“Pembeli saham tidak akan berminat nak beli kertas saham sekiranya mereka tak tahu bagaimana pulangannya, asetnya dan sebagainya,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Perhimpunan Perdana JMB/MC dan Anugerah K-Star Pangsapuri Selangor di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Seri Putra di sini, hari ini.

Sebelum sesebuah syarikat menerbitkan saham awam dengan kelulusan Bursa Saham Malaysia dikehendaki mengeluarkan prospektus atau tawaran awam terlebih dahulu.

Ia bertujuan selain memenuhi prosedur bagi membolehkan orang awam berminat membeli saham mengetahui kedudukan kewangan, aktiviti perniagaan, pegangan aset dan pulangan dari pelaburan yang akan dibuat mereka.

Abdul Khalid turut memberi jaminan Kerajaan Negeri tidak akan membayar lebih daripada harga RM9.65 bilion yang ditawarkan bagi pengambilalihan empat syarikat-syarikat konsesi pengurusan air negeri itu.

Kata Abdul Khalid, RM9.65 bilion ditawarkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) merupakan nilai optima sekaligus mengelakkan kerugian wang pembayar cukai negeri itu.

“Kita tidak akan biarkan harga tinggi, kalau tidak pihak konsesi akan dapat untung lebih tetapi rakyat Selangor tidak mahu bayar lebih.

“Kalau dia minta harga lebih saya akan lawan dengan tawaran permulaan RM5 bilion bukan RM9.65 bilion. Rakyat Selangor juga minta saya bawa ke mahkamah jika nak minta lebih.

“Kalau mahkamah minta saya bayar kurang RM9.65 bilion saya akan bayar RM9.65 bilion juga kerana kita sudah janji. Kata-kata kita adalah suatu jaminan,” kata Abdul Khalid lagi.-sk.

Baca Seterusnya......

Fakta-fakta unik tentang Jambatan kedua Pulau Pinang

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau JK2PP dirasmikan PM, Najib Razak 12.01 awal pagi 1/3/14. Ia dinamakan sempena nama Agung, dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Acara bersejarah penuh warna-warni itu turut disaksikan bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeane Abdullah, bekas KM Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Jambatan tersebut sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan.

Baca Seterusnya......