Dalam dunia haiwan, Lobster (Udang Kara) adalah salah satu haiwan yang takkan mati kerana sakit tua! Biasanya, hidupan seperti manusia dan haiwan mempunyai jangka hayat tertentu. Selepas beberapa ketika, hidupan tersebut akan jadi kurang sihat, mula menunjukkan kemerosotan dan kemudian akan mati secara semula jadi.
Tapi tidak bagi lobster! Sebuah restoran dipercayai telah membela seekor Lobster yang dianggarkan berusia 140 tahun, lebih tua daripada manusia tertua yang pernah direkodkan. Lobster terbesar yang pernah direkodkan adalah seberat 51.5 paun (23.3KG). Bayangkan anda makan lobster sebesar itu.
Setakat ini, masih tiada sebab kukuh kenapa lobster tidak menunjukkan tanda penuaan. Spesis udang ini akan membesar dan terus membesar. Saintis juga percaya bahawa Lobster bertambah subur dan semakin giat membiak walaupun usianya semakin meningkat. Apabila badan lobster semakin membesar dan cangkerangnya sudah tidak mampu menampung penambahan saiz badan, Lobster hanya perlu menjalani proses bersalin kulit untuk mendapatkan cangkerang yang lebih besar.
Ada pendapat saintis mengatakan bahawa "kunci" lobster memanjangkan usianya adalah kerana DNA spesis udang ini tidak merosot malah kekal stabil sepanjang hayatnya, tidak seperti hidupan yang lain.
Ini bermakna, selagi ia tidak terlibat dalam kemalangan ataupun ditangkap dan dimasak oleh anda yang sedang lapar, lobster mungkin boleh hidup beratus tahun lamanya!
Jika anda teringin untuk makan lobster bersaiz besar, mungkin usianya adalah 2 atau 3 kali ganda lebih tua berbanding anda dan semestinya mempunyai lebih ramai cucu dan cicit berbanding anda
Wednesday, March 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment