KUALA LUMPUR 31
MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru
sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua
Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.
Beliau berkata demikian
dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di
Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau
dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen
rasmi dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengheret parti itu ke
muka pengadilan.
Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar
Pertubuhan telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi
penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan
cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno
dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.
“Namun, hanya
25 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 75 peratus
lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan
haram,” ujarnya.
Menurut Chegu Bard, isu yang mahu dibangkitkan
sekarang bukan soal Umno lama atau Umno baru, tetapi isu mengenai
undang-undang dan perlembagaan.
“Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.
“Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan,” Katanya.
Umno
diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar
keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.
Secara
teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno
yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan
presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.
Sumber: keadilandaily.com
Tuesday, April 2, 2013
75 % cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah
Posted by Suhaimi at 10:48 AM 0 comments
Saya tak takut PAS

我
不管伊党的回教化,我要支持伊党,我死都不会投卖华求荣的马华。 (Saya tak takut PAS , saya mesti sokong
PAS , saya sampai mati pun tak undi parti yang kianat dan menipu kaum
cina itulah parti MCA)
Seorang pembaca berbangsa Cina memberi komen (Chen Keith) Tidak
apa yg perlu takut dengan PAS. Pas tidak rompak rakyat. Pas tidak
Rasict.Pas adil kepada setiap orang.....100% sokong PAS.... MCA
podahhhhh.......
Fenomena sekarang bukan sahaja Cina tidak akan sokong UMNO, malah mereka sendiri tidak suka lagi MCA.
Bayang seorang Cina tak suka MCA, ini bermakna mereka lebih daripada 10X tak akan sukan UMNO.
Kedudukan sekarang UMNO, MCA dan MIC tak ada tempat untuk bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Bagaimana dengan Melayu?
Melayu masih lagi ketinggalan dalam memahami politik negara secara lebih rasional. Lihat ini dia minda Melayu Islam.
Posted by Suhaimi at 10:43 AM 0 comments
Cubaan MPS turunkan bendera PAS di DUN Paroi gagal?
Sumber dari facebook PASNS (Pas Negeri Sembilan) yang menyebut ; "Baru pulang dari Dataran Tok Dagang, cubaan Majlis Perbandaran Seremban menurunkan bendera gergasi PAS gagal dengan campur tangan penyokong PAS." Adakah tindakan tidak bertamadun ini arahan kerajaan sementara? Kenapa dibiarkan bendera gergasi umno di atas traffic light Stadium Paroi dan banyak lagi bersepah di bandar Seremban ?”
Di harapkan semua petugas dan ahli PAS dapat meningkatkan tahap keselamatan terutama di Bilik Gerakan, Markas dan UPU kita seluruh Negeri Sembilan. Banyakkan melakukan solat hajat serta berzikir dan mohon perlindungan dari Allah serta berdoa agar diberi kekuatan untuk terus berjuang. Elakkan terjebak dengan provokasi pihak tertentu yang sentiasa menunggu kita membuat silap.
Ya ALLAH , berilah kekuatan kepada kami dan berilah kemenangan kepada kami. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:40 AM 0 comments
DUN Pahang Bubar Automatik Pada 7 April 2013.
"Pahang negeri kedua DUN bubar secara automatik pada 7 April 2013 selepas DUN Negeri Sembilan. Sejarah tercipta kali kedua era Najib Razak menjadi perdana menteri. Dewan rakyat (parlimen) masih tidak bubar lagi.
Plihanraya umum ke-12 (8/3/2008) Dewan undangan Negeri Pahang (DUN) mempunyai 42 kerusi. PAS menang 2 kerusi, DAP 2 kerusi dan 1 kerusi Bebas. Barisan Nasional menang 37 kerusi.
Pahang mempunyai 14 kerusi parlimen, Barisan Nasonal 12 kerusi parlimen dan 2 PKR. PRU ke-12 DAP tidak beroleh kemenangan kerusi parlimen.
Tahun 2013 dan tahun pilihanraya umum ke-13 bakal melakar sejarah baru kepada rakyat Pahang. Mengikut pandangan pesuruhajaya PAS Pahang peluang Pakatan rakyat (DAP, PKR dan PAS) menambah kerusi DUn dan Parlimen cukup baik.
Rakyat Pahang akan mencipta sejarah PRU13 malah pakatan rakyat dijangka memperolehi kerusi 10 DUN dan 4 kerusi parlimen. Perkiraan ini berdasarkan kawsan yang paling selamat untuk pakatan rakyat dengan kerja sama yang cukup erat DAP. PKR dan PAS serta gerakkerja yang cukup mantap.
Walauapa pun itu perkiraan diatas kerta berdasakan pecahan kaum dan isu setempat serta aura politik semasa. Mungkin kerusi pakatan rakyat (DUN, Parlimen ) berubah bilangannya sebaik selepas parlimen bubar dan selepas hari mungundi.
Disaat-saat ini rakyat Pahang bangkit mahu perubahan. Isu loji Lynas, isu balak, isu Air dan isu rasuah menjadi topik hangat dikalangan rakyat Pahang. Malah isu Najib Razak menjadi isu utama PRU13. Rakyat sedar dan rakyat cukup benci pada BN/UMNO.
Secara umumnya Pahang akam mencatatkan sejarah baru PRU13 dengan sekurang kurangnya Pakatan Rakyat Pahang memperolehi 8 hingga 10 kerusi DUn dan 4 atau 5 kerusi Parlimen .
Posted by Suhaimi at 10:34 AM 0 comments
Satu Demi satu terbongkar. Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR dedah pengalaman
KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.
Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.
Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.
Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, strategi lama yang pernah digunakan Umno dan BN diulang semula sekarang dengan melemparkan tomahan kepada Pakatan.
“Sedangkan berdasar kepada maklumat yang kami dapat dua minggu lepas beberapa NGO Umno mengadakan perjumpaan di sini difahamkan ada kaitan sabotaj perjalanan pilihan raya.
“Malah perjumpaan itu diadakan di seluruh negara bagi memastikan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan Putrajaya habis-habisan menjadi realiti,” katanya di sini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mendakwa pihaknya mengesan beberapa rancangan jahat parti politik tertentu bagi mengganggu PRU 13 termasuk mencetus ketegangan dengan pegawai SPR.
Menurutnya, pihak terbabit juga dikatakan akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.
Sebelum ini Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan ada pihak keluar masuk kampung memperalat penduduk mengenai penggunaan dakwat kekal.
Wan Nik berkata, usaha mensabotaj pengundi menggunakan dakwat hanya mampu dilakukan pihak yang ada kuasa bagi melindungi kegiatan mereka.
“Tidak masuk akal Pakatan yang tidak ada kuasa boleh melakukan perbuatan itu. Sedangkan apa diperjuangkan Pakatan melalui Bersih bagi mewujudkan pilihan raya yang adil.
“Kami mengikut segala lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan. Nampak sangatlah mereka kelam kabut sekarang. Perancangan dan agenda mereka sudah diketahui ramai,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap badan-badan pemantau pilihan raya dan pemerhati bebas memastikan komplot jahat tersebut dapat dibongkar.
“Kami juga sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak berkuasa lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama,” katanya.
Posted by Suhaimi at 10:24 AM 0 comments
TMJ tunjuk hero!!
Sumber ekeleh.com

Apa kita nak katakan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Syabas kerana berani melawan FAM atau apa?
TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terang-terang melanggar pergantungan FAM ke atas dirinya apabila berani duduk di bangku simpanan pasukan Johor Darul Takzim (DT) ketika menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.
Ramai yang melihat TMJ berada di bangku simpanan kerana ia disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena.
Sebelum ini, kata FAM, TMJ melanggar Artikel 88 kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia dan digantung selama enam bulan.
Berita Harian melaporkan tiada pegawai tertinggi FAM boleh komen kerana gagal dihubungi.
Eloklah, Artikel 88lah, langgar itulah, langgar inilah…bola sepak Malaysia masih gitu-gitu juga…mati segan, hidup tak mahu-mahu juga. Hanya duit yang habis. Juga episod anak raja yang cuba-cuba mencabar raja dan anak raja yang menjadi ‘pemilik’ FAM.
Posted by Suhaimi at 10:19 AM 0 comments
Lim Kit Siang bertanding di Johor perbuatan bodoh, kata Mahathir
UMno terpaksa mengimport otai pencen UMno Tun Mahathir berkempen di Johor. Letih bagi UMno Johor apabila Kit Siang bertanding di Johor. Modal Mahathir tentulah mencemuh Anwar, TG Nik Aziz dan Lim Kit Siang. Apa lagi Mahathir mula menggulung hujah.
“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis … biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik. Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal,” kata Tun Mahathir – TheMalaysianInsider
Nampak hujah Mahathir yang dalam ketakutan, takut kerana Johor tak akan lagi menjadi deposit BN.
Adakah kerja bodoh Lim Kit Siang untuk bertanding di sana tanpa membuat perkiraan apa-apa.
Salahuddin Ayub juga bertanding di sana. Perkiraan kita untuk Salahuddin menang menjadi payah. Itu yang kita fikir tetapi tak mustahil kejutan akan berlaku dalam suasana politik kini. Kalah menang bukan perkiraan Salahuddin apabila beliau ke sana tetapi semangat yang di bawa. Semangat untuk menentang UMno BN walaupun di kubu UMno sendiri.
Inilah yang buat Lim Kit Siang dan Salahuddin ke sana. Mereka membawa semangat untuk orang-orang Johor menambah luka UMno.
Posted by Suhaimi at 10:15 AM 0 comments