KUALA LUMPUR 31
MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru
sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua
Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.
Beliau berkata demikian
dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di
Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau
dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen
rasmi dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengheret parti itu ke
muka pengadilan.
Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar
Pertubuhan telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi
penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan
cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno
dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.
“Namun, hanya
25 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 75 peratus
lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan
haram,” ujarnya.
Menurut Chegu Bard, isu yang mahu dibangkitkan
sekarang bukan soal Umno lama atau Umno baru, tetapi isu mengenai
undang-undang dan perlembagaan.
“Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.
“Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan,” Katanya.
Umno
diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar
keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.
Secara
teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno
yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan
presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.
Sumber: keadilandaily.com
Tuesday, April 2, 2013
75 % cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah
Posted by Suhaimi at 10:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment