Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, April 16, 2013

Siapa yang kianati melayu, PAS atau UMNO?

Menjelang PRU 13, timbul satu dakwaan dari UMNO untuk melayu yang mengatakan PAS kianati melayu. Ianya merupakan satu bahan kempen demi memenangi hati pengundi melayu khususnya di Terengganu yang majoriti pengundinya melayu.

Saya tidak faham apakah tujuan UMNO berkempen cara ini sedangkan tawaran untuk memakmurkan negara tidak langsung dibangkitkan, harga minyak yang terlalu mahal, pijaman pendidikan yang membebankan, kemudahan kesihatan yang teruk tidak langsung disentuh, sebaliknya mencanangkan PAS kuda tunggangan DAP dan PAS kianati melayu.

Saya tidak mahu menyentuh mengenai dakwaan PAS kuda tunggangan DAP kerana suasana di Terengganu yang tidak pernah menyaksikan aksi DAP tetapi akan fokus kepada PAS kianati melayu kerana yang sebenarnya, sejak lebih 50 tahun lalu, bukti yang dapat dilihat ialah UMNO yang sebenarnya kianati melayu.

Saya masih ingat ketika di sekolah menengah dulu dan masih belum layak mengundi, PAS keluar dari BN dan ketika itu PAS berada dalam keadaan yang amat dhoif sekali. Ketika PRU pertama selepas PAS keluar BN(tahunnya lupa), PAS cukup cukup kesian. Kalau di Kemaman tempat saya membesar dan belajar apa erti politik yang melibatkan parti melayu yang bernama UMNO, suasana ketika berkempen amat menyedihkan. Di kampung saya ketika itu cuma ada satu markaz PAS dan petugasnya cuma seorang, itupun rakan sekolah saya yang masih belum layak mengundi. Poster PAS bertimbun kerana tiada siapa yang sudi untuk menampalnya sementara yang ada cuma beberapa orang warga emas yang sudah tidak larat bekerja.

Sementara calon Parlimennya yang saya masih ingat ialah Pak Subky Latif yang datang dari jauh untuk bertanding di Kemaman. Bayangkan betapa susahnya PAS ketika itu tetapi apa pula tindakan UMNO?UMNO tahu PAS juga adalah parti melayu kerana umumnya orang Islam di Malaysia adalah melayu. Saya cuma merujuk kepada keadaan di Kemaman ketika itu yang sudah menunjukkan tanda tanda pengkianatan melayu oleh UMNO.

JKK mereka merupakan orang yang paling berkuasa ketika itu. Apa saja maklumat JKK akan menjadi undang undang. Kalau JKK meng"cop" seseorang itu sebagi pembangkang, maka semua hak warga negara akan gugur. Saya masih ingat seorang kawan yang setelah beberapa tahun selepas PRU pertama itu, diterima bekerja di pejabat daerah Kemaman, tetapi kemudiannya datang JKK yang paling berkuasa di kampung mendakwa dbeliau anak penyokong PAS tegar dan tidak layak diterima bekerja di jabatan kerajaan. Akhirnya rakan yang malang ini diberhentikan kerja dan sehingga hari ini beliau mengikut suaminya berniaga di Pasar Malam.

Aksi JKK yang menjadi bukti jelas pengkianatan melayu oleh UMNO. Siapa jua yang membangkang kerajaan akan digugurkan dari segala kemudahan yang disediakan kerajaan walaupun dalam mengutip cukai tiada pengecualian diberikan. Sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan antara sebab kenapa saya tidak pernah menyokong UMNO, kerana pada saya, merekalah pengkianat melayu sebenarnya.

Itu tidak termasuk kontraktor melayu yang bekerja untuk UMNO untuk menindas melayu. Dalam seramai senarai kontraktor yang ada di bumi Kemaman ini, berapa ramai yang tidak menyokong UMNO?sebut saja mana mana kontrak kerajaan, berapa banyak komisyen yang mesti masuk ke tabung UMNO? Dan dalam kontrak itu, boleh dilihat dengan jelas kelemahan binaan yang berpunca dari komisyen yang terpaksa dibayar kontraktor kepada UMNO.

Saya menegaskan UMNOlah sebenarnya pengkinat melayu sejak dulu lagi. Hari ini pengkiantan UMNO menjadi semakin besar dan jelas. UMNO berupaya menjadikan seseorang yang disukai mereka sebagai usahawan jadian, jutawan jadian tanpa segan dan silu kepada melayu yang menjadi majoriti di Terangganu.

Kalau di Kemaman nama seperti Haji Dol cukup terkenal sekarang sebagai usahawan jadian UMNO. Bukan setakat itu, UMNO menerusi pemimpin atasannya, turut menjadikan seorang berbangsa Cina dan pernah menjadi pesalah PCO, sebagai jutawan jadiannya. Nama AGU yang pernah disebut oleh TV 3 seketika kemelut perlantikan MB dulu(kalau tak silap), kini sudah menjadi orang penting dalam mengaut harta rakyat yang sebahagiannya disumbangkan kepada UMNO.

Di MPK pula ada nama seorang kontraktor Cina yang menentukan mana mana projek yang mesti dilaksanakan MPK, sedang MPK sibuk mencabut bendera PAS di atas jambatan Geliga dan di mana mana bahagian bandar yang menyakitkan mata pemimpion UMNO.

Apakah erti semuanya ini? Ertinya inilah pengkianat melayu sebenarnya, yang menyebabkan rakyat berbangsa melayu hidup susah dan melarat bukannya PAS, malah PAS meninggalkan dua jasa besar kepada rakyat Terengganu setelah menyerahkan kerajaan kepada UMNO pada tahun 2004, ia itu menghapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud dan mengharamkan judi empat ekor dan spot toto yang kekal sehingga hari ini.

Mana mungkin PAS yang sudah menyelamatkan ribuan malah mungkin jutaan wang rakyat melayu dikatakan pengkianat melayu?Waraslah wahai pengundi Terengganu! "

0 comments: