Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, April 21, 2013

Terbukti Pakatan Hargai Wanita

Debat PRU13 : Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (KLIK SINI) dan pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat (PR) (DI SINI) sudah pun dikemukakan kepada rakyat Malaysia umumnya dan secara amnya kepada penyokong-penyokong setianya.

Sudah semestinya kebanyakan penyokong tegar dan setia dari parti masing-masing baik daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Rakyat akan terus bersetuju dan menerima kesemua tawaran daripada pimpinan parti mereka tanpa sebarang perbincangan dan diskusi yang sihat. Tetapi…..

Bagaimana pula dengan nasib ramai pengundi “atas pagar” yang masih tercari-cari dasar negara dan tawaran yang dirasakan terbaik untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk dibuat penerlitian yang seimbang….

Sebenarnya, generasi yang atas pagar akan melihat pemimpin yang lebih berani untuk diundi. Debat PRU13 seharusnya di buat LIVE di TV kerana ia mencerminkan budaya demokrasi sebenar.

Setelah sehingga pukul 10:30 malam, Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak kelihatan.

 Akhirnya debat PRU13 antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim bertukar menjadi ceramah Pakatan Rakyat pada malam tadi, apabila wakil Barisan Nasional pun tidak keihatan pada majlis tersebut.

Sepatutnya, andaikata Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir, mungkin boleh dihantar wakil untuk mempertahankan polisi dan manifesto masing-masing.

Ini kerana perlu diingat, bahawa, tiap-tiap majlis yang ada nama besar sebegini, ia menjadi perhatian ramai walaupun di dalam Youtube yang disiarkan secara langsung. Di situ sahaja, peratusan pengundi atas pagar dan generasi Y yang “sentiasa haus” dengan maklumat yang lebih telus dan terbuka yang mana mereka tidak perolehi melalui media arus perdana hari ini sedang mencari-cari hala tuju utk mengundi teramat tinggi.

Generasi Y contohnya, sebenarnya tidak perlukan hiburan yang berlebihan untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 contohnya nyanyi-nyanyi, adakan konsert hiburan, tidak perlu sebenarnya tetapi apa yang generasi Y perlukan sebenarnya adalah suasana dan wacana yang lebih bermentaliti tinggi untuk mereka berfikir mengenai halatuju dan dasar negara untuk 5 tahun seterusnya.

Gen-Y majoritinya adalah celik ilmu & sedar bahawa hiburan hanyalah sandaran sementara

Generasi Y tidak menganggap hiburan ini sebagai “candu” sehingga perlu sentiasa dihidangkan untuk mereka

Kita renungkan semula sejarah lampau di zaman nabi-nabi kita dahulu termasuklah Nabi Muhammad pun debat dengan kaum kafir Quraisy. Debat sudah digunapakai dikalangan pemimpin Islam dahulu lagi untuk  berdepan dengan orang ramai untuk pertahankan kebenaran, dasar, pendirian dan polisi yang ingin mereka laksanakan untuk masyarakat zaman dahulu.

Sedang pemimpin wanita BN bersedih dan berdukacita di atas tindakan pemimpin tertinggi mereka tidak mengambil mereka sebagai calon pada PRU nanti, calon wanita Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk Kelantan semakin bertambah.

Bukan hanya mengekalkan calon-calon wanita yang telah mencapai kemenangan sebelum ini, tetapi juga menambah calon baru.

Namun Ketua Wanita MCA Kelantan yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ng Yen Yen, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim antara pemimpin tertinggi wanita BN yang tidak dicalonkan pada PRU ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Norhasimah Deraman, ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menyifatkan Pakatan Rakyat terutama PAS lebih menghargai kaum wanita berbanding Umno dan BN.

Menurutnya, sebagai contoh di Kelantan, dahulu hanya tiga wanita yang dicalonkan iaitu Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, Wan Ubaidah Omar dan Rohani Ibrahim.

“Tetapi kini bekas anggota Dewan Negara yang telah tamat tempohnya selama dua penggal Mumtaz Md Nawi (gambar kiri atas) juga telah dipilih sebagai calon dan juga mengekalkan calon yang ada,”ujarnya.

Ianya jelas membuktikan kepada semua siapa yang lebih perihatin terhadap wanita kalau bukan Pakatan Rakyat.

Tambahnya, suasana itu bukan hanya berlaku di Kelantan, sebaliknya di negeri-negeri lain termasuk Johor, Kedah, Perak dengan mengekalkan calon yang sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kaum wanita di negara ini supaya lebih sedar tentang perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.

“Seharusnya Pakatan Rakyat yang perlu menjadi pilihan dan bukannya Umno dan BN,”ujarnya.~ hd

0 comments: