Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, April 30, 2013

Kenapa saya tinggalkan Anwar? Sebab lumayannya wang yang UMNO beri!

Oleh: notan
"Assalamualaikum Saya teringat kisah lampau ketika menghuni  di blok D tingkat 3, kolej keempat UM bersama sama  sebahagian besar rakan rakan pelajar dari Kelantan termasuk Proffesor Agus Yusof.

Pada masa pemilihan UMNO yang pertama kali menemukan DSAI dan Dato' Suhaimi Kamaruddin untuk jawatan ketua pemuda UMNO, ada seorang senior saya yang mengikuti perkembangannya melalui radio dan setiap perkembangan itu akan dilapurkan di bilik saya, bilik D-304 dan beberapa bilik rakan rakan yang lain termasuk bilik Agus.

Paling menarik apabila senior saya ini memberi komennya terhadap ucapan pendahuluan calon yang  bertanding.Katanya "Dato' Suhaimi kata saya serahkan kepada perwakilan untuk memilih tetapi Anwar(masa tu belum dapat dato' lagi)kata saya serahkan kepada ALLAH.  Anwar serah kepada  ALLAH, sedang Dato suhaimi serah kepada perwakilan, tak dok gapo  satu, Anwar sudah menang!

Keyakinan yang tinggi kepada kuasa ALLAH mengatasi segala galanya.Sementara sahabat yang menjadi room mate Agus, ketika mula mula menjadi pensyarah di ITM pernah juga menyatakan bahawa DSAI adalah seorang pemimpin yang mahu memartabatkan Islam, bukan PAS sahaja yang mahu memartabat Islam.DSAI mewakili keinginan ahli UMNO untuk turut sama memperjuangkan Islam.

Akhirnya saya faham dan yakin dengan kata kata sahabat yang ketika mula mula memulakan karier pensyarahnya sudah terdedah dengan apa yang mahu DSAI perjuangan.Dan saya juga faham bahawa ketika DSAI diusir dari UMNO, maka terhakislah usaha menjadikan Islam sebagai panduan dalam UMNO.Saya juga pernah membaca  risalah yang ditulis oleh DSAI ketika beliau masih dalam ABIM dan  mengajar di Yayasan Anda.Terus terang saya katakan saya kagum dengan cara DSAI menulis dan menyelitkan ayat quran di antara hujah dan keterangannya.Saya yakin DSAI adalah seorang yang mahir dengan quran walaupun saya tidak pernah setuju dengan keputusan DSAI menyertai UMNO.

Saya pernah berkata kepada rakan rakan bahawa DSAI hanya seekor ular yang masuk ke kelompok manusia, terdedah kepada dua kemungkinan samada dia membunuh atau dibunuh.DSAI membuktikan kata kata saya benar kerana akhirnya ular itu dibunuh oleh kelompok manusia yang bernaung di bawah UMNO.

Keputusannya menyertai UMNO adalah salah tetapi kesan dari penyingkirannya amat besar kepada politik negara. Kalau bukan kerana penyingkiran DSAI dari UMNO, usaha pembangkang untuk menyedarkan rakyat tidak akan jadi seperti hari ini.Kalau dulu PAS ditertawakan kerana bermimpi untuk menegakkan negara Islam sedang bertanding  cuma 70 kerusi tetapi hari ini mimpi itu bukan mimpi lagi, ianya hampir menjadi kenyataan.Kalau dulu PAS tidak dianggap boleh bergabung dengan DAP kerana ideologi yang bertentangan seperti dua orang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain lain tetapi hari ini DAP sudah bersedia menjadi adik kepada PAS dan mempertahankan PAS walaupun masih lagi tegas  dengan ideologi mereka.

Itulah perancangan ALLAH yang maha besar dan tidak terfikir oleh manusia sebaliknya manusia yang memakai jenama UMNO tidak dapat melihat hikmah dari segala yang berlaku.Mereka masih lagi bebal dan kebal jahil kerana enggan mengakui yang berlaku ini adalah kehendak ALLAH.Sekuat mana mereka merancang dan berusaha membunuh karektor DSAI, tetapi ALLAH tetap melindunginya, maka sehingga hari ini DSAI terus hidup.

Malangnya UMNO tak pernah berhenti untuk mencuba membunuh DSAI.Lepas satu, datang satu permainan UMNO yang merupakan fitnah walaupun sudah ada bukti yang  jelas mengenai fitnah itu, namun UMNO tetap tegar untuk mengatakan itu adalah benar.

Terbaru UMNO mengedarkan risalah yang memuatkan sebab kenapa bekas rakan rakan DSAI meninggalkannya.Berbagai alasan yang diberi termasuk penegasan Dato Eskey bahawa orang yang ada dalam video fitnah itu adalah DSAI dan entah apa apa lagi.Tetapi yang peliknya, kalau benar mereka ini rakan DSAI kenapa selepas meninggalkan DSAI mesti bersubahat dengan UMNO sehingga ada yang mendakwa UMNO sajalah yang benar padahal dakwaan itu sendiri merupakan pembohongan.

Kalau mereka semua berkata sebab kenapa mereka tinggalkan DSAI adalah kerana tawaran kewangan UMNO sukar ditolak sedangkan DSAI tidak pernah memberikan apa apa kepada mereka, itu boleh diterima.

0 comments: