Menurut sumber, maklumat yang diperolehi dari Wisma Putra mengatakan Awie diberi ruang untuk bertanding disitu kerana namanya amat popular sebagai artis dan boleh menarik ramai pengundi muda untuk menyokong BN.
Jika benar dakwaan ini, maka kini nampaknya golongan artis sudah pun mendapat tempat dikalangan pemimpin politik di negara kita.
Semuanya gara-gara untuk menarik undi orang muda yang bakal menjadi penentu keputusan pilihanraya umum ke-13 ini.
Bertuah benar golongan artis yang menyertai politik, dek kerana populariti mereka maka peluang lebih terbuka luas untuk dicalonkan.
Apapun, terdapat maklumat PAS Jempol amat kecewa keputusan pencalonan Aisyah di situ. Ini kerana, ia langsung tidak menghormati pemimpin kawasan yang sudah lama membuat kerja untuk parti selama ini.
Namun, mereka terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Menentang bererti dituduh pengkhianat, maka terimalah kenyataan!~ Sumber
0 comments:
Post a Comment