Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, April 10, 2013

Bekas Pegawai Khas Mahathir Akui Terlibat Rancang Konspirasi Fitnah Liwat 1

Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).

“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).

“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).

“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.

Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.

“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.

Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.

Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.

Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.

“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.

“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.

Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.

Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.

Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.-GB

0 comments: