Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, April 25, 2013

Tanah Iskandar Malaysia di Nusajaya 12.5 Ekar Bernilai RM13.4 Bilion Dijual RM182 Juta Sahaja. Tahniah Robert Kuok!

Sumber Beritasemasa

Harga Tanah Puteri Harbour
Berita Semasa mencari-cari juga kalau-kalau media-media arus perdana di malaysia memberikan liputan mengnai berita terkini mengenai situasi penjualan tanah Iskandar Malaysia yang cukup bernilai di Nusajaya di mana berlaku sekitar 2 minggu sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13).

Ini kerana rakyat perlu dan berhak mengetahui dan pihak berwajib perlu menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat Johor amnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana…..

Jenaka politik di Johor suatu ketika dahulu yang cukup popular adalah :

“Hanya angin dan tanah kubur sahaja yang tidak dijual”

Itu kata-kata “nakal” orang politik dahululah….

Harga Tanah Nusajaya Johor
Terbaru dan boleh Berita Semasa kategorikan sebagai berita mengejutkan apabila akhbar utama di Singapura (The Straits Times) melaporkan orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok (KLIK SINI) & manusia terkaya di Asia Tenggara yang setakat ini memiliki kekayaan sejumlah RM46.1 bilion telah berjaya membeli tanah yang cukup bernilai Iskandar Malaysia di Nusajaya.

Pertama sekali, tahniah Berita Semasa ucapkan kepada Robert Kuok kerana….

    “Rakyat Malaysia yang lain pun tidak dapat tawaran dan peluang sebegini rupa. Hanya ‘insan-insan terpilih sahaja yang layak.”


Butiran Pembelian Tanah Iskandar Malaysia di Nusajaya oleh Robert Kuok?

Sumber : Straitd Times Singapore

    “Mudah rupanya untuk menjadi kaya di Malaysia”

Hairan, bagaimana tanah yang bernilai tinggi di Nusajaya yang sekarang sudah mencecah RM13.4 bilion (RM720 sekaki persegi) boleh dijual pada harga semurah ini, sekitar RM182 juta sahaja? Hebat…..

0 comments: