Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, April 2, 2013

TMJ tunjuk hero!!

Sumber ekeleh.com
TMJ_Johor
Apa kita nak katakan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Syabas kerana berani melawan FAM atau apa?

TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terang-terang  melanggar pergantungan FAM ke atas dirinya apabila berani duduk di bangku simpanan pasukan Johor Darul Takzim (DT) ketika menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Ramai yang melihat TMJ berada di bangku simpanan kerana ia disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena.

Sebelum ini, kata FAM, TMJ melanggar Artikel 88 kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia dan digantung selama enam bulan.

Berita Harian melaporkan tiada pegawai tertinggi FAM boleh komen kerana gagal dihubungi.

Eloklah, Artikel 88lah, langgar itulah, langgar inilah…bola sepak Malaysia masih gitu-gitu juga…mati segan, hidup tak mahu-mahu juga. Hanya duit yang habis. Juga episod anak raja yang cuba-cuba mencabar raja dan anak raja yang menjadi ‘pemilik’ FAM.

0 comments: