Saluran video Internet Pro-pakatan Rakyat Media Rakyat melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan senarai calon untuk lapan kerusi Parlimen di Utara Johor dan Melaka.
Ketua pembangkang semalam dalam rangka jelajah ceramah di kedua-dua negeri itu.
Pengumuman itu sekali gus meredakan pertikaian pembahagian kerusi PKR-DAP di Johor yang berpanjangan hingga sebulan.
Chua, bekas menteri pusat yang mengalahkan PKR pada 2009, sebelum ini tidak tampil di khalayak umum selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon Gelang Patah pada 18 Mac, yang turut diintainya.
Memecahkan kesunyian, Chua pada 5 April menyifatkan dirinya sebagai calon "tanpa rumah" yang tidak memiliki kerusi. Beliau bagaimanapun menggesa penyokongnya menyokong Lim.
0 comments:
Post a Comment