UMno terpaksa mengimport otai pencen UMno Tun Mahathir berkempen di Johor. Letih bagi UMno Johor apabila Kit Siang bertanding di Johor. Modal Mahathir tentulah mencemuh Anwar, TG Nik Aziz dan Lim Kit Siang. Apa lagi Mahathir mula menggulung hujah.
“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis … biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik. Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal,” kata Tun Mahathir – TheMalaysianInsider
Nampak hujah Mahathir yang dalam ketakutan, takut kerana Johor tak akan lagi menjadi deposit BN.
Adakah kerja bodoh Lim Kit Siang untuk bertanding di sana tanpa membuat perkiraan apa-apa.
Salahuddin Ayub juga bertanding di sana. Perkiraan kita untuk Salahuddin menang menjadi payah. Itu yang kita fikir tetapi tak mustahil kejutan akan berlaku dalam suasana politik kini. Kalah menang bukan perkiraan Salahuddin apabila beliau ke sana tetapi semangat yang di bawa. Semangat untuk menentang UMno BN walaupun di kubu UMno sendiri.
Inilah yang buat Lim Kit Siang dan Salahuddin ke sana. Mereka membawa semangat untuk orang-orang Johor menambah luka UMno.
Tuesday, April 2, 2013
Lim Kit Siang bertanding di Johor perbuatan bodoh, kata Mahathir
Posted by Suhaimi at 10:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment