Rais Yatim berkata Kerajaan interim berhak menggunakan alat-alat kerajaan selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.
Akibat
terlalu lama selalu menggunakan harta kerajaan dan merasa tak menjadi
salah kalau bantai harta kerajaan untuk kempen UMno BN. Berbohonglah
kalau itu bukan kempen UMno BN. Mereka menggunakan khidmat Jabatan
Penerangan dalam acara anjuran parti itu dua hari lepas.
Lihat pula apa kata-kata Lim Guan Eng apabila menyerahkan kereta rasminya semalam…
Wednesday, April 10, 2013
Beza Lim Guan Eng dan Rais Yatim
“Tetapi penggunaan jentera kerajaan bagi
tujuan pentadbiran dan fungsi eksekutif tetap seperti biasa. Hanya untuk
tujuan berkempen alatan kerajaan tidak boleh diguna. Sekarang kita
dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan
masih wujud…semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga
seperti biasa. ” kata Rais Yatim. – SH
“Tindakan ini menunjukkan integriti yang
kita pegang walaupun kita hanya pemegang amanah ketika ini berikutan
pembubaran Dun baru-baru ini. Kenderaan yang diberikan perlu digunakan
dengan betul, untuk majlis rasmi, bukan untuk berkempen atau urusan
parti. Kita mesti jujur dalam menggunakan harta rasmi kerajaan negeri,”
kata Guan Eng. – SH
Posted by Suhaimi at 11:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment