Presiden MCA, Gerakan dan SUPP hilang legitimasi politik, moral pemimpin
Tiga presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden MCA, Datu Seri Dr Chua Soi Lek, Dr Koh Tsu Koon (Gerakan) dan Peter Chin (SUPP) yang tidak akan dipilih sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Presiden PPP, Datuk M Kayveas juga mungkin menyertai mereka tidak akan dipilih bertanding kali ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, UMNO sebagai ‘Abang Besar’ bukan mengetepikan pemimpin tertinggi parti komponen berkenaan, malah memaksa Gerakan, MCA dan MIC menyerahkan kerusi yang mereka tandingi sebelum ini kepada UMNO.
Antara kerusi yang mungkin dirampas dan ditandingi calon UMNO ialah Parlimen Grik yang menjadi milik Gerakan, Parlimen Kuantan; Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan dan Gelang Patah, Johor (MCA) dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, di Perak (MIC).
“Jika trend ini berterusan, BN mungkin akan menukar namanya kepada UMNO Plus kerana ia akan terdiri daripada UMNO lebih dominan serta beberapa parti komponen lemah yang diterajui Presiden yang diputuskan Presiden UMNO.
“Tambahan pula, pemimpin berkenaan kehilangan semua hak untuk memimpin parti masing-masing dalam BN.
Mereka tidak akan mewakili BN di Parlimen atau dalam Kabinet melainkan menjadi Menteri menerui ‘pintu belakang’ iaitu dilantik senator seperti Dr Koh Tsu Koon,” katanya pada sidang media di Gelang Patah, hari ini.
Kit Siang berkata, Dr Chua Soi Lek sendiri tidak dapat menjamin ‘anak didik’ Jason Teoh yang dipuji melambung sebelum ini akan dipilih bertanding di Gelang Patah.
Katanya, jika semua pemimpin komponen BN serius mahu pemimpin muda mengambil alih tempat mereka mereka harus berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden parti masing-masing selepas PRU-13 ini.
“Setakat ini, tidak ada seorang pun daripada pemimpin terbabit yang berjanji untuk meletakkan jawatan kerana mereka tidak berani menghadapi pengundi untuk mendapatkan mandat baru.
“Jika pemimpin parti komponen tidak bersedia menghadapi pengundi pada PRU-13 iasitu ibu pilihan raya tetapi kekal sebagai presiden, saya minta semua rakyat Malaysia menolak semua calon parti berkenaan kerana pemimpin mereka sudah kehilangan legitimasi politik dan moral,” katanya.- Roketkini.com
Monday, April 15, 2013
Tiga Presiden Parti Komponen BN, Tidak Akan Dipilih Sebagai Calon PRU13
Posted by Suhaimi at 8:22 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment