Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 13, 2010

Anda boleh terkena virus Leptospirosis. Sila guna straw minuman atau cawan.

BASUH DAHULU BAHAGIAN ATAS TIN MINUMAN SEBELUM TERUS MINUM.

Sekiranya anda menggunakan cawan atau straw lebih selamat dari terus minum dari tin minuman.

Ini Kes Serius!

Kejadian ini baru saja terjadi di Texas Utara.

Seorang wanita telah pergi memancing diatas sebuah perahu pada hari minggu dan membawa beberapa tin coke yang disimpan didalam bekas pendingin.

Pada hari Isnin beliau jatuh sakit terus dikejar ke rumah sakit dan ditempatkan di Intensive Care Unit (ICU).

Wanita tersebut meninggal dunia pada hari Rabu berikutnya.

Setelah autopsy dilakukan, keputusan menunjukkan wanita itu terkena virus Leptospirosis (Air kencing tikus).

Setelah disiasat kes bagaimana wanita tersebut terkena virus Leptospirosis, didapati wanita itu minum terus dari tin minuman tanpa menggunakan cawan atau pun straw.

Keputusan ujian menunjukkan tin tersebut telah dicemar oleh virus air kencing tikus yang sudah kering dan itulah yang menyebabkan beliau terkena Leptospirosis.

Air kencing tikus mengandungi virus yang tidak ada penawar sehingga sekarang yang mana boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat.

Disyorkan kepada pembaca membasuh dahulu tin minuman secara merata dibahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya atau basuh dahulu sebelum menyimpan didalam peti sejuk.

Tin minuman biasanya disimpan di dalam gudang dan dihantar ke kedai-kedai tanpa dibersihkan.
Sebuah penelitian di NYCU menunjukkan bahawa bahagian atas tin minuman lebih tercemar berbanding tandas awam (contohnya). Penuh dengan kuman dan bakteria. Jadi cuci dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk mengelakkan segala sebarang jangkitan.


0 comments: