Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, October 24, 2010

Festival Busana Islam (IFF): Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang

Oleh Malaysiakini


Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/146169


Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah agar memohon maaf kepada umum.Dr Asri juga meminta agar satu pengisytiharan bahawa program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.

Sehubungan itu Dr Asri menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu. Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi.Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi, sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.

Berbeza dengan Fathul Bari, yang merupakan salah seorang ulama' muda UMNO memilih jalan mempertahankan Rosmah yang merupakan penaung penganjuran IFF. Ulama' muda ini sanggup menyebarkan dakyah dengan mengatakan menaungi festival hina Islam tidak salah sepenuhnya.
Ketika mempertahankan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor dalam Festival Busana Islam (IFF), itu Fathul Bari Mat Jahya kata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu dengan meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu isteri Perdana Menteri itu tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya (lihat Malaysiakini hari ini "IFF: Ulama muda pertahan Rosmah, selar pembangkang").

Sedangkan;

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Jadi ulama apakah ini?

Bagi saya,inilah contoh ulama' su' (jahat) yang ada pada akhir zaman. Yang bukan sahaja tersesat malah menyesatkan orang lain. Demi menjaga periuk nasi dan mendapat habuan dunia, mereka sanggup menjual agama seolah agama ini tiada nilainya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

(al-Bukhari)

0 comments: