Oleh Berita Semasa
Koleksi gambar Proton Waja Lancer yang anda lihat daripada atas berita ini merupakan gambar yang berjaya ditangkap ketika Proton Waja Lancer ini berada di sekitar Genting Highland. Pastinya mereka menggunakan kesempatan yang ada terutamanya lokasi di Genting Highland untuk memandu uji buat kali-kali yang terakhir sebelum Proton Waja Lancer ini mula dilancarkan tidak lama lagi. Setakat ini, berdasarkan gambar-gambar Proton Waja Lancer yang berjaya “dikantoikan” hanya terdapat dua warna sahaja yang mungkin ditawarkan ketika ini iaitu warna merah dan putih. Mungkin……
Berdasarkan cakap-cakap kakitangan Proton yang selesai memandu uji di sekitar lokasi tersebut, Proton Waja Lancer ini mempunyai dua varian (1.8 dan 2.0) :
- Paling menarik adalah model 2.0, mempunyai paddle-shift, auto cruise dan spoiler kecil yang sporty seperti model Persona. Versi 2.0 juga mempunyai kusyen berbalut kulit
- Proton mengambil model Mitsubishi Lancer EX untuk menggantikan Waja, dengan enjinnya masih sama cuma mereka menggantikannya dengan suspensi baru dan rim bersaiz 16 inci.
Tambahan info terbaru datang dari kakitangan Proton sendiri yang mana division permotoran Proton iaitu R3 juga sedang membina model Waja Lancer R3. Mungkin sebab-sebab untuk memastikan pelancaran Proton Waja Lancer ini berada dalam keadaan terbaik dan sempurnan sebelum dibuka untuk jualan, akhirnya berlaku penangguhan Proton Waja baru ini.
Dijangka Proton Waja Lancer yang dikilangkan di Shah Alam dan akan mula dijual bermula Disember 2010. Harganya dalam lingkungan RM60,000-RM70,000 untuk versi 1.8 dan versi 2.0 berharga antara RM80,000-RM90,000. Ini maklumat terbaru berkenaan dengan harga Proton Waja Lancer baru ini. Tetapi kalau mereka sendiri yang terdiri daripada kakitangan Proton berkata begitu, ada asasnya.
Walaubagaimanapun, kepada peminat Proton Waja Lancer yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, nanti tarikhnya……
0 comments:
Post a Comment